Posisi Kim Pan-gon Tidak Tergugat

Kedudukan jurulatih skuad senior Malaysia, Kim Pan-gon tidak tergugat meskipun skuad negara gagal melepasi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026. Malaysia berdepan kesukaran untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Ini selepas Harimau Malaya tewas dua kali kepada Oman dalam dua aksi kelayakan pada Mac lalu. Dua kekalahan itu membuka ruang kepada Kyrgyzstan […]

Uber Cup: Taiwan Sekat Tentangan Hebat Malaysia

Malaysia membuka kempen Uber Cup 2024 dengan langkah kiri apabila terpaksa akur dengan kehebatan Taiwan dalam aksi pertama Kumpulan B. Dengan majoriti ahli kontinjen terdiri daripada pemain muda, Malaysia dilabel pasukan bukan pilihan jika dibandingkan dengan Taiwan. Pada masa sama, label ini turut memberi kelebihan kepada skuad negara kerana dapat beraksi tanpa sebarang tekanan. Goh […]

Stuart Wilkin: Malaysia Perlu Bangkit Kerana Peluang Masih Ada

Pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin kekal optimis bahawa Malaysia masih berpeluang melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam Kelayakan Piala Dunia 2026. Malaysia sekali lagi tewas 2-0 kepada Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil dan kini merekodkan 2 kemenangan dan 2 kekalahan dalam kumpulan D. Stuart Wilkin turut mengakui kemampuan pasukan Oman namun beliau percaya […]

Kyrgyzstan Tumbangkan Chinese Taipei Dengan 10 Pemain

Wakil Asia Tengah, Kyrgyzstan melupakan kekecewaan kempen Piala Asia 2023 dengan menewaskan Taiwan atau nama rasminya, Chinese Taipei dalam aksi ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 hari ini. Selepas tersingkir di peringkat kumpulan Piala Asia 2023, The White Falcons yang dibimbing Stefan Tarkovic berazam mengutip kemenangan kedua dalam Kumpulan D. Sementara Taiwan yang dibimbing Gary White […]

“Bola Sedikit Ringan, Padang Sedikit Keras” – Kim Pan-gon

Kemenangan 1-0 Malaysia ke atas Taiwan dalam aksi kedua Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 semalam ternyata bukanlah satu tugas yang mudah untuk dilaksanakan. Ini kerana, keadaan padang yang sedikit keras mengganggu rentak permainan Malaysia di bawah kendalian Kim Pan-gon. Namun Pan-gon akui tidak boleh menjadikannya sebagai alasan kerana Malaysia dan Taiwan menggunakan padang yang […]

Gary White: Malaysia Datang & Kalah 2-0 Dulu, Kami Tak Perlu Takut

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Taiwan, Gary White mengakui bahawa pasukannya tidak gentar untuk berdepan Malaysia terutamanya beraksi di laman sendiri. Dalam satu kenyataan pra perlawanan semalam, pengendali berpengalaman itu memberitahu bahawa pasukannya kini sudah pun bersedia sepenuhnya intuk menghadapi pasukan bimbingan Kim Pan-gon. Sungguhpun tewas pada aksi pembukaan berdepan Oman, White tetap optimis bahawa pasukannya […]

Ranking FIFA: Malaysia ‘Bakal’ Kembali Ke Kelompok 120 Dunia Selepas 18 Tahun

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang untuk kembali memahat sejarah apabila berada pada kedudukan yang amat baik untuk kembali ke kelompok 120 terbaik dunia selepas 18 tahun. Harimau Malaya mencatatkan permulaan cemerlang di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila berjaya menundukkan lawan daripada kelompok 100 terbaik dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 di Bukit Jalil. Kemenangan menyaksikan […]

Pemain Taiwan Sedia Berkorban Demi Kalahkan Malaysia

Pemain tengah berpengalaman Taiwan, Chen Po-liang bersedia beraksi di mana-mana posisi termasuk penjaga gol bagi membantu negara itu mengalahkan Malaysia. Sentimen itu dinyatakan beliau dalam sidang media pra-perlawanan Taiwan-Malaysia semalam. Bagi Po-liang, beliau tidak kisah beraksi di mana-mana posisi yang dimahukan jurulatih The Blue Wings, Gary White untuk perlawanan hari ini. Ini kerana yang penting […]

Dominic Tan Tidak Dapat Diturunkan Berdepan Taiwan

Pertahanan kental Malaysia, Dominic Tan difahamkan tidak dapat diturunkan berdepan Taiwan bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Maklumat rasmi telah pun diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin kepada Nindia Bola berkenaan keadaan terkini skuad negara. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon ke Taiwan bagi misi meraih tiga mata seterusnya setelah menewaskan […]

K. Rajagobal Harap Perancangan Malaysia Jelas Berdepan Taiwan

Bekas ketua jurulatih Malaysia, Datuk K. Rajagobal menitipkan pesanan khas kepada skuad Harimau Malaya yang bakal berdepan Taiwan di laman lawan pada 21 November 2023. Skuad kendalian Kim Pan-gon kini dalam momentum terbaik selepas berjaya menewaskan pasukan ke-102 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 di Bukit Jalil. Perjuangan Malaysia bagaimanapun akan diteruskan di laman lawan dengan […]

Kim Pan-gon: Keinginan Malaysia Lebih Tinggi Berbanding Taiwan

Menjelang aksi kedua Malaysia dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Taiwan esok (21 November), pengendali Malaysia, Kim Pan-gon telah menyuarakan keyakinan beliau. Bagi Pan-gon, beliau percaya para pemainnya akan berusaha sehabis baik untuk mendapatkan tiga mata untuk aksi genting esok biarpun sedar rekod lampau Malaysia di Taiwan adalah buruk. “Selepas kami mendapat keputusan yang […]

Malaysia Perlu Lenyapkan ‘Badi’ Taiwan

Menjelang aksi kedua kelayakan Kumpulan D membabitkan Malaysia dan Taiwan esok, skuad negara perlu turun dengan misi menghapuskan ‘badi’ yang dibawa negara Asia Timur itu. Ini kerana daripada tiga pertemuan terakhir Harimau Malaya dengan The Blue Wings, dua daripadanya memihak tuan rumah. Ini termasuk kekalahan 2-0 di tangan anak-anak buah Gary White itu pada 2018. […]

Corbin Ong: Kita Akan Bawa Tiga Mata Pulang Ke Malaysia

Bek kiri Malaysia, La’Vere Corbin Ong melihat misi meraih kemenangan ke atas Taiwan dalam aksi kedua Kumpulan D sebagai sesuatu yang boleh dicapai. Ini kerana dengan kualiti yang dimiliki Harimau Malaya, usaha mendapatkan tiga mata penuh tidak mustahil boleh dicapai. Biarpun mengakui The Blue Wings merupakan satu pasukan yang kuat, kemenangan yang diraih Kyrgyzstan pada […]

Malaysia Berpeluang Lonjak Ke Kelompok 120 Terbaik Dunia Lebih Awal

Pasukan kebangsaan Malaysia telah dibantu oleh kekalahan negara Afrika sekaligus mencerahkan peluang untuk mara ke kelompok 120 terbaik dunia lebih awal. Harimau Malaya mencatatkan kemenangan berdepan pasukan ke-101 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 November lalu. Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon memperoleh tambahan +15.49 mata FIFA untuk […]

Kim Pan-gon Mampu Pecah Rekod Di Taiwan

Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon mampu mencipta sejarah sekali lagi menjelang aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Taiwan pada 21 November ini. Sebelum ini Pan-gon berjaya memecahkan rekod 19 tahun membawa Malaysia menewaskan pasukan yang berada di ranking 100 ke atas iaitu Krygyzstan yang berada di ranking ke-97 dunia. Kali terakhir Malaysia berjaya […]

“Kim Pan-gon Suruh Saya Serang” -Daniel Ting

Pemain pertahanan Sabah FC, Daniel Ting mengakui beliau hanya mengikut arahan Kim Pan-gon semasa skuad negara mengalahkan Kyrgyzstan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada Khamis lepas. Harimau Malaya berupaya meraih kemenangan selepas beberapa pertukaran yang direncana jurulatih Korea Selatan itu berjaya menjerat The White Falcons. Ini termasuk kehadiran Daniel sebagai pemain gantian menggantikan Dominic […]