“Saya Perlukan Minit Permainan” – Syafiq Ahmad

Penyerang terbaru Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad mengakui perpindahan pinjamannya ke pasukan itu didorong oleh keinginan mencari minit permainan. Hal ini dinyatakan beliau menerusi satu temubual bersama saluran YouTube rasmi Kedah baru-baru ini. Sejak beberapa musim kebelakangan ini, Syafiq tidak mendapat minit permainan yang kerap bersama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). […]

Syafiq Ahmad Dedah Perbualan Awal Dengan Nafuzi Zain

Penyerang berbisa pasukan Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad berkongsi perbualan awal bersama ketua jurulatih, Nafuzi Zain sebelum menyertai pasukan. Pemain berusia 28 tahun itu kembali bersama Sang Kenari bagi saingan Liga Super musim 2024/25. Beliau menyertai skuad kendalian Nafuzi Zain secara pinjaman daripada JDT sekaligus menyaksikannya pulang ke pangkuan kelab lamanya. Menerusi satu perkongsian […]

“Saya Gembira Kembali Ke Kedah” – Syafiq Ahmad

Kedah Darul Aman FC hari ini mengumumkan ketibaan seorang penyerang sensasi kebangsaan iaitu Syafiq Ahmad. Pemain berusia 28 tahun itu bakal menjadi watak penting dan tonggak utama Kedah dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Beliau akui begitu teruja diberi peluang kembali menyarung jersi Hijau Kuning. Syafiq yakin dengan pengalaman dan keupayaan sedia ada, beliau akan […]

Syafiq Ahmad Pulang Ke Pangkuan Kedah

Peledak berbisa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad secara rasminya pulang ke pangkuan Kedah Darul Aman. Pemain berusia 28 tahun itu dipinjamkan ke Sang Kenari dua musim lalu namun hanya bertahan setengah jalan. Desas-desus mengenai kepulangan beliau ke kelab utara tanah air itu bagaimanapun terjawab menerusi satu pengumuman oleh Kedah Darul Aman hari ini. […]

Syafiq Ahmad Masih Belum Berlatih Bersama JDT

Penyerang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad masih tidak kelihatan dalam sesi latihan pasukan bagi musim baru. Pemain berusia 28 tahun itu merupakan watak penting buat pasukan sejak beberapa musim namun berdepan cabaran hebat untuk mendapatkan tempat. Beliau sebelum ini telah dipinjamkan ke Kedah Darul Aman FC pada awal musim namun hanya bertahan setengah […]

“Syafiq Ahmad Antara Pemain Tempatan Paling Hebat Saya Pernah Lihat” – Fergus Tierney

Penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Fergus Tierney memberitahu bahawa peledak kebangsaan, Syafiq Ahmad antara pemain tempatan paling hebat yang pernah disaksikannya. Pemain skuad b-23 negara itu kali terakhir membawa negara pada aksi persahabataan di China tempoh hari. Menerusi satu temu bual bersama Bola Itu Life, pemain berusia 22 tahun itu diuji dengan kedudukan pemain […]

Terima ‘Habuan’ RM1.2 Juta, Kedah & Peledak JDT Kembali Bersatu?

Desas-desus mengenai perkhabaran pasukan Kedah Darul Aman kembali menjadi bualan selepas dikhabarkan seorang bintang berbakat JDT akan memperkuat pasukan bagi musim 2024/25. Sang Kenari mengharungi musim yang amat memberangsangkan apabila menamatkan saingan Liga Super 2023 di tangga ke-4. Kejayaan menamatkan saingan dalam kelompok 4 pasukan terhaik di Liga Super Malaysia membantu pasukan utara tanah air […]

Penang Buru 4 Pemain Prolifik Termasuk Syafiq Ahmad

Penang kini memulakan persiapan musim 2024 liga Malaysia apabila sedang merekrut beberapa muka baharu. Perkara tersebut dikongsikan oleh Fina Nasrom, wartawan sukan Astro Arena yang menyatakan Penang kini cuba membawa kembali dua bekas pemain mereka serta merisik khidmat dua pemain terkenal Malaysia. “Casagrande dan Ousmane Fane khabarnya bakal kembali ke Penang FC musim 2024/2025. Selain […]

Penyokong Indonesia Ucap Terima Kasih Kepada Syafiq Ahmad

Penyokong Indonesia baru-baru ini mengucapkan terima kasih kepada penyerang berbisa negara yang juga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad di ruangan komen Instagram pemain itu. Ucapan terima kasih yang dibuat oleh penyokong Indonesia itu adalah kerana Syafiq telah dikesan memukul kepala pemain Vietnam, Doan Van Hau dalam perlawanan Piala AFF 2018. Walaupun sudah lima […]

Syafiq Ahmad Bantu Tatarian All Stars Julang Piala Super

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad baru-baru ini telah membantu Tatarian All Stars menjulang Piala Super di SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (TATAR). Perlawanan Piala Super yang diadakan petang semalam menyasikan Tatarian All Stars yang diketuai Syafiq Ahmad dan turut disertai Ariff Farhan berjaya menewaskan SMK TATAR U17 dengan keputusan 2-1. “Perlawanan Super […]

Syafiq Ahmad & Ariff Farhan Perkuat Tatar All Stars

Kelibat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad di atas padang mungkin bakal dapat disaksikan pada Jumaat ini 5 Januari 2024. Syafiq dan bekas rakan sepasukannya di Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Ariff Farhan akan memperkuatkan pasukan Tatarian All Stars dalam perlawanan Super Cup di Stadium Mini SMK Tatar. SMK Tatar adalah singkatan nama […]

Hong Wan & Syafiq Ahmad Kekal Bermakna Buat Kim Pan-gon

Duo pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Hong Wan dan juga Syafiq Ahmad kekal bermakna dalam perancangan Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon. Pengendali kelahiran Korea Selatan ini sudah pun mengumumkan senarai 25 orang pemain Harimau Malaya yang bakal dibawanya ke kem latihan pusat sebagai persediaan awal ke Piala Asia. Skuad yang menjadi bayangan bagi membawa cabaran […]

Syafiq Ahmad Dan Stefano Lilipaly Alami Nasib Serupa

Malaysia dan Indonesia baru-baru ini telah mengeluarkan senarai pemain yang akan membawa cabaran negara masing-masing di Piala Asia 2023 Qatar bulan hadapan. Pemilihan yang dibuat oleh jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon dan jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong mencuri tumpuan ramai apabila pemain yang mempunyai nama besar turut terpilih seperti Dion Cools (Malaysia) dan Jordi Amat (Indonesia). Nasib […]

Syafiq Ahmad Dilaporkan Kembali Bersama Kedah

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad dilaporkan semakin hampir untuk menyertai pasukan gergasi dari utara tanah air, Kedah Darul Aman FC bagi musim 2024. Nama Syafiq Ahmad sememangnya bukanlah nama yang asing buat penyokong Sang Kenari apabila pernah menyarung jersi Hijau Kuning sejak 2013 hingga 2017. Syafiq juga pernah dipinjamkan dari JDT ke pasukan […]

Syafiq Ahmad Mahu ‘Bantu’ Kim Pan-gon

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad mahu menambat semula hati ketua jurulatih, Kim Pan-gon dan menyumbang sesuatu buat Harimau Malaya. Pemain berusia 28 tahun itu kembali mempamerkan bisanya selepas berjaya menjaringkan dua gol ketika membenam cabaran Perak FC pada peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2023. Beliau yang dimasukkan selaku pemain gantian berjaya menghadirkan […]

Syafiq Ahmad Hanya Perlukan 5 Minit Kembali Meledak

Kemasukan penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad terus menceriakan kem pasukan untuk melangkah ke final Piala Malaysia 2023. Pemain berusia 27 tahun itu dimasukkan oleh ketua jurulatih, Tano Solari pada babak kedua untuk menggantikan Fernando Forestieri. Beliau tidak mensia-siakan peluang yang dimiliki di hadapan gawang setelah masuk pada minit ke-57 perlawanan. Syafiq bijak […]