Aksi Piala Sumbangsih Batal, MFL Bakal Bincang Tindakan Susulan

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan aksi Piala Sumbangsih membabitkan Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada Jumaat ini dibatalkan. Pengumuman ini dibuat susulan keputusan Selangor menarik diri daripada menyertai aksi Piala Sumbangsih musim 2024/25 semalam atas alasan keselamatan. Sebelum ini, pengurusan Merah Kuning telah membuat permohonan kepada MFL untuk menangguhkan perlawanan […]