Skuad Muda Sabah Atasi Sulaman FC 7-4

Skuad Sabah Bawah 23 Tahun (B-23) membuka kempen pra-musim 2024/25 dengan langkah kanan apabila membelasah Sulaman FC 7-4. Skuad muda Badak yang dibimbing Johnny Dominicus tampak bersemangat lebih-lebih lagi diketuai bekas penyerang kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman. Walau bagaimanapun, mereka dikejutkan dengan gol awal Sulaman menerusi satu sepakan percuma yang menewaskan penjaga gol, Mohd Azlizan Azlan. […]