7 Pemain Masa Depan Malaysia Sertai Machan

Machan FC terus memperkukuh pasukan dengan membawa masuk tujuh pemain muda daripada pasukan Sarawak yang beraksi di SUKMA 2024. Pengumuman ini dibuat pengurusan pasukan itu selepas selesai mengadakan sesi pemilihan pemain secara tertutup di Kompleks Sukan Kanowit pada 24 dan 25 Ogos lalu. “Pada 24 dan 25 Ogos lalu, satu pemilihan tertutup diadakan di Kompleks […]

Hannah Yeoh Pertahan Hak Penerjun SUKMA Terengganu

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mempertahankan hak dua penerjun dari Terengganu yang meraih kejayaan di Sukan Malaysia (SUKMA) lalu. Terdahulu, 2 orang penerjun wanita dari Terengganu, Ilyssa Ixora dan Uzlifatil Jannah telah menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen Terengganu pada temasya SUKMA yang lalu. Walau bagaimanapun, timbul keraguan apabila kerajaan negeri tidak mengetahui mengenai penyertaan […]

“Pemain Tak Ada Duit Nak Sarapan, Tapi Masih Turun Berlatih”

Jurulatih Wilayah Persekutuan, Nidzam Adzha Yusof mendedahkan barisan pemainnya berdepan pelbagai dugaan dalam menggapai pingat emas SUKMA 2024. Wilayah Persekutuan muncul pemenang pingat emas baru SUKMA 2024 dalam acara bola sepak selepas mengatasi Melaka di final dengan keputusan 2-1. Wilayah Persekutuan meraih dua gol menerusi Harith Imran Hairee dan Nu’man Hakim Abd Rahman. Manakala Melaka […]

SUKMA: Pemain Wilayah Persekutuan & Melaka ‘Berperang’

Aksi final bola sepak SUKMA 2024 panas gara-gara pertelagahan yang tercetus antara pemain Wilayah Persekutuan dan Melaka. Aksi ini menentukan siapa juara baru SUKMA untuk acara bola sepak selepas juara bertahan, Terengganu disingkirkan di peringkat separuh akhir. Wilayah Persekutuan terlebih dahulu mendahului di Stadium Mukah menerusi Harith Imran Hairee pada separuh masa pertama. Melaka kemudiannya […]

SUKMA: Kilauan Emas Milik Wilayah Persekutuan, Tundukkan Melaka

Wilayah Persekutuan muncul juara baru SUKMA 2024 untuk acara bola sepak apabila menewaskan Melaka di pentas final. Kedua-dua pasukan masing-masing mengidam kilauan pingat emas selepas menewaskan Kelantan dan Terengganu di peringkat separuh akhir. Separuh masa pertama menyaksikan Wilayah Persekutuan berusaha mendapatkan gol pendahuluan menerusi Abdul Afiq Hilman Abd Halim. Hasilnya, pasukan itu mendapat kelebihan gol […]

SUKMA: Emas Milik Selangor, Sarawak Berputih Mata

Pingat emas acara futsal Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menjadi milik Selangor setelah menewaskan tuan rumah, Sarawak pada Jumaat. Setelah menumbangkan Pulau Pinang 3-0 di separuh akhir, Selangor turun menentang Sarawak yang diberi sokongan penuh para peminat di venue kejohanan. Kesebelasan utama Selangor diketuai pemain kebangsaan, Syahir Iqbal manakala Sarawak pula menaruh harapan buat Syukimi Farizan […]

SUKMA: Perak Genggam Gangsa, Tundukkan Pulau Pinang

Skuad futsal Perak menyumbang meraih pingat gangsa acara futsal SUKMA 2024 apabila menewaskan Pulau Pinang dalam penentuan pingat gangsa. Selepas kedua-dua pasukan masing-masing tewas kepada Sarawak dan Selangor di peringkat separuh akhir, ini peluang buat Perak dan Pulau Pinang menutup kempen futsal dengan pingat gangsa. Skuad futsal Harimau Kumbang meraih pendahuluan seawal minit ketiga menerusi […]

SUKMA: Wilayah Persekutuan Ke Final, Singkirkan Kelantan

Kelantan terlepas tiket ke final acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) apabila tunduk di tangan Wilayah Persekutuan. Skuad kendalian Ariff Hj Hashim membariskan kesebelasan terbaik selepas menundukkan Johor pada peringkat suku akhir. Kedua-dua pasukan saling bertukar serangan namun beberapa percubaan Kelantan tidak tepat ke sasaran. Wilayah Persekutuan cuba bangkit untuk mengatur gerak untuk mencari jaringan […]

SUKMA: Melaka Lebur Impian Final Terengganu

Melaka melangkah ke pentas final SUKMA 2024 apabila menyingkirkan juara bertahan, Terengganu dalam aksi separuh akhir. Melaka semakin berkeyakinan selepas menyingkirkan Perak di peringkat suku akhir. Manakala Terengganu pula semakin bersemangat untuk memburu slot ke final selepas menewaskan Selangor. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha mencari kelebihan gol awal di Stadium Mukah. Walau bagaimanapun, […]

SUKMA: Selangor Hampiri Kilauan Emas, Kecewakan Pulau Pinang

Aksi separuh akhir futsal Sukan Malaysia (SUKMA) pada Rabu menyaksikan Selangor menempah tiket ke pentas akhir setelah menewaskan Pulau Pinang. Kedua-dua pasukan mencatatkan kemenangan di suku akhir Isnin lalu dengan Selangor bangkit singkirkan Melaka dan Pulau Pinang mengejutkan Pahang melalui penentuan penalty shootout. Tonggak kebangsaan, Syahir Iqbal Khan mengetuai senarai pemain Selangor manakala Pulau Pinang […]

SUKMA: Sarawak Ke Final, Singkirkan Perak

Skuad futsal Sarawak menempah tiket final acara futsal SUKMA 2024 apabila menewaskan pasukan utara tanah air, Perak di peringkat separuh akhir. Selepas berjaya mengalahkan pemenang pingat emas yang lalu, Terengganu di peringkat suku akhir, Perak semakin bersemangat memburu tiket final. Manakala Sarawak juga mengidam perkara sama sebagai tuan rumah. Separuh masa pertama menyaksikan tuan rumah […]

SUKMA: Melaka Kejutkan Perak

Hasrat Perak mara ke separuh akhir acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 tidak kesampaian apabila tewas mengejut kepada Melaka di peringkat suku akhir. Kedua-dua pasukan masing-masing mengidam tiket ke separuh akhir. Ini selepas Perak dan Melaka mara selaku juara Kumpulan D dan naib juara Kumpulan C. Separuh masa pertama menyaksikan Perak berusaha menggugat gawang […]

SUKMA: Senarai Aksi Sengit Futsal Separuh Akhir

Ini merupakan senarai aksi sengit yang bakal berlangsung di peringkat separuh akhir acara futsal bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024. Empat semi finalis telah menempah tiket di separuh akhir dengan tuan rumah, Sarawak mengetuai senarai selain Perak, Pulau Pinang dan juga pasukan pilihan ramai, Selangor. Di peringkat suku akhir pada Isnin, berlaku kejutan apabila Perak […]

SUKMA: Kelantan Singkirkan Johor

Hasrat Johor untuk mara ke separuh akhir acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 tidak kesampaian apabila tewas kepada Kelantan di peringkat suku akhir. Kedua-dua pasukan memburu tiket ke separuh akhir selepas masing-masing mara selaku naib juara Kumpulan B dan juara Kumpulan A. Separuh masa pertama menyaksikan Kelantan yang dibimbing Ariff Haji Hashim berusaha mencari […]

SUKMA: Terengganu Ke Suku Akhir, Kalahkan Sabah

Terengganu berjaya layak ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Sabah 2-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B. Selepas tewas 1-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi pertama kumpulan, Terengganu memerlukan kemenangan 2-0 ke atas Sabah jika ingin mara ke peringkat seterusnya. Manakala Sabah pula hanya memerlukan keputusan seri atau menang jika ingin layak selaku juara […]

SUKMA: JDT Tanggung Kekalahan Menentang Sabah

Hajat Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam Kumpulan B SUKMA tidak kesampaian apabila tewas tipis kepada Sabah. Selepas meraih kemenangan ke atas Terengganu, JDT berharap dapat mengesahkan kemaraan awal ke peringkat suku akhir dengan menewaskan Sabah. Ini mendorong pengendali JDT, Gonzalo Sanz Zaballos menurunkan barisan berbeza untuk menentang Sabah yang dibimbing Jelius Ating. […]