Bajet Sukan SEA 2027 Cecah RM700 Juta

Penganjuran Sukan SEA 2027 di Malaysia dilaporkan menelan bajet sehingga mencecah RM700 juta. Malaysia sebelum ini sah menerima tawaran untuk menjadi tuan rumah bagi temasya ini dengan usaha sama dari tiga buah negeri untuk menganjurkan bersama. “Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan keputusan kerajaan menerima tawaran Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah temasya […]
Sukan SEA 2027: KL & 3 Negeri Sedia Jadi Venue Utama

KL dan tiga negeri lagi bersedia untuk menjadi venue bagi temasya Sukan SEA 2027. Menerusi kenyataan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Rabu menyaksikan jemaah menteri bersetuju untuk menerima tawaran untuk menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA 2027. “Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan keputusan Kerajaan menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk […]
“Saya Luluskan Rekaan Baju Ini” – Khairy Jamaluddin Gamit Kenangan Baju Sukan SEA Malaysia Tahun 2017

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengimbau kembali kenangan baju rasmi kejohanan yang diluluskan olehnya ketika temasya Sukan Sea di Malaysia 2017. Khairy Jamaluddin atau lebih mesra disapa sebagai KJ kini bergelar penyampai radio dan hos bagi sebuah audio siar yang dikenali sebagai Keluar Sekejap bersama rakan hosnya, Shahril Hamdan. Dalam satu klip sesi […]
FAM Pertimbang Kembalikan Semula Skuad Harimau Muda

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bersedia menimbang idea untuk membentuk kembali skuad Harimau Muda. Harimau Muda merujuk kepada pasukan Malaysia Bawah 21 Tahun (B-21) yang beraksi dalam beberapa saingan liga sebelum dibubarkan pada November 2015. Pasukan ini membuat kemunculan pertama mereka dalam saingan Liga Perdana Malaysia musim 2007/08 dan 2009. […]
AFC Hukum Thailand & Indonesia

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menjatuhkan hukuman disiplin ke atas Thailand dan Indonesia susulan pergaduhan kedua-dua pasukan pada aksi final Sukan SEA 2023 pada Mei lepas. Keputusan yang dibuat hari ini menyaksikan 15 orang pemain, staf kejurulatihan dan pegawai kedua-dua pasukan dikenakan penggantungan dan denda. Empat pemain Thailand iaitu Soponwit Rakyart, Chayapipat Supunpasuch, Purachet Thodsanit […]
Presiden FA Thailand Letak Jawatan

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prawit Wongsuwon menggesa Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Dr. Somyot Poompanmoung agar meletak jawatan. Dan hari ini, Somyot akur dengan desakan berkenaan dan mengumumkan perletakan jawatannya. Ini sebagai menyahut seruan Prawit yang melihat Somyot patut bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Selain gagal meraih pingat emas dalam temasya berkenaan, final […]
Presiden FA Thailand Digesa Letak Jawatan

Kegagalan skuad bawah 22 tahun Thailand meraih pingat emas acara bola sepak Sukan SEA 2023 pada Mei lepas terus menghantui Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT). Dan akibat kegagalan ini, Presiden FAT, Dr. Somyot Poompanmoung digesa meletak jawatan atas apa yang berlaku. Desakan ini dibuat oleh Pemangku Timbalan Perdana Menteri (TPM) Thailand, Prawit Wongsuwon. Wongsuwon yang […]
Pingat Perak Dicampak Jonathan Khemdee Kini Berharga Kayangan

Insiden kontroversi pemain skuad bawah 23 Thailand, Jonathan Khemdee yang mencampak pingat perak kepada penonton selepas tamat perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2023 masih belum selesai. Pingat itu kini menjadi perhatian ramai terutamanya warga Kemboja dan ada yang sanggup membelinya dengan harga yang tak masuk akal. Dipetik dari artikel portal sukan Thailand, Thairath, […]
Thailand Gantung Pemain & Staf Terlibat Dalam Pergaduhan Final Sukan SEA

Final acara bola sepak Sukan SEA 2023 lebih diingati ramai orang kerana insiden pergaduhan membabitkan Thailand dan pemenang pingat emas, Indonesia. Dan hari ini, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengumumkan tindakan disiplin yang dikenakan terhadap individu-individu yang terlibat dalam insiden tersebut. Mengikut laporan Siam Sport, Jawatankuasa Siasatan FAT memutuskan penggantungan selama setahun dikenakan ke atas […]
Pemain B-22 Malaysia Perlu Lupakan Kegagalan Sukan SEA 2023

Semua maklum dengan kegagalan skuad B-22 Malaysia dalam kempen Sukan SEA 2023 baru-baru ini. Di sebalik semua itu, bekas jurulatih Penang, Datuk Zainal Abidin Hassan mengharapkan pemain-pemain ini menjadikan kegagalan tersebut sebagai medan untuk bangkit semula. Dengan saingan Liga Super kembali disambung, semua pemain sudah kembali menyertai pasukan masing-masing. Tetapi ada yang bimbang kegagalan mereka […]
Pengurus Skuad B-22 Thailand Letak Jawatan

Semua maklum kemeriahan aksi final Sukan SEA 2023 membabitkan Indonesia dan Thailand pada 16 Mei lalu dicemari dengan insiden pergaduhan membabitkan kedua-dua pasukan. Dan hari ini, sebagai mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku, pengurus skuad B-22 Gajah Perang meletak jawatan atas apa yang berlaku. Menurut laporan Siam Sport, Yutthana Yimkarun yang juga Naib Presiden Persatuan […]
Thailand Mohon Maaf Atas Kelakuan Hodoh Di Sukan Sea

Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) telah pun mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan insiden buruk yang berlaku pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2023 yang menemukan Thailand dan Indonesia semalam. Dalam perlawanan itu, Thailand terpaksa akur dengan kehebatan Indonesia apabila mereka tewas 2-5 kepada ‘Garuda Muda’ kendalian Indra Sjafri. Namun disebalik kekalahan itu, ada […]
Jokowi Janjikan Bonus Kepada Skuad B-22 Indonesia

Semalam, skuad B-22 Indonesia mencipta sejarah dengan meraih pingat emas acara bola sepak Sukan SEA buat kali pertama dalam tempoh 32 tahun. Dan sebagai meraikan kejayaan bersejarah Garuda Muda, Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi bersedia memberi bonus kepada semua pemain dan staf yang menyumbang kepada kejayaan berkenaan. Aksi final yang menemukan Indonesia dan Thailand […]
Sukan SEA: Indonesia Muncul Juara Tewaskan Thailand

Indonesia mengakhiri kemarau pingat emas acara bola sepak Sukan SEA selama 32 tahun hari ini. Ini selepas anak-anak buah Indra Sjafri membelasah Gajah Perang 5-2 selepas masa tambahan dalam aksi final Sukan SEA 2023 di Stadium Olympic, Phnom Penh. Persiapan Thailand sedikit terganggu dengan pengumuman mengejut persaraan Jonathan Khemdee beberapa jam sebelum aksi final. Ini […]
Pesta Kad Merah, Jurulatih Cedera Hiasi Aksi Huru-Hara Indonesia & Thailand

Aksi di pentas final Sukan SEA menyaksikan pertembungan Indonesia dan Thailand berlangsung penuh drama sebentar tadi. Perlawanan akhir yang cukup penting buat kedua-dua pasukan yang mahu memenangi ibu segala pingat di rantau Asia Tenggara ini. Aksi ini bagaimanapun dicemari dengan beberapa insiden yang kurang memuaskan kedua-dua pasukan yang akhirnya membawa kepada insiden yang lebih besar. […]
Bintang Muda Thailand, Jonathan Khemdee Bersara Dari Wakili Negaranya

Arena bola sepak Thailand dikejutkan pengumuman persaraan yang dibuat bek tengah Thailand-Denmark, Jonathan Khemdee. Pengumuman tersebut dibuat beberapa jam sebelum anak-anak buah Issara Sritaro turun beraksi di pentas final Sukan SEA 2023 menentang Indonesia. Pengumuman yang dibuat di akaun Instagram peribadinya itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab Khemdee bersara daripada skuad Gajah Perang. “Perlawanan hari ini […]