Asian Games: Hasrat Kuartet 4×100 Meter Malaysia Raih Pingat Tertangguh

Kuartet 4×100 meter Malaysia diketuai Azeem Fahmi hampa apabila mereka sekadar menduduki tangga kelima dalam aksi final acara berkenaan dalam Sukan Asia 2023. Kuartet ini yang turut mengandungi Jonathan Nyepa, Khairul Hafiz Jantan dan Muhammad Arsyad Mat Saat mencatat masa 39.19 saat. Kuartet China diketuai Chen Guanpeng muncul pemenang pingat emas dengan catatan masa 38.29. […]
Asian Games: Pandalela Rinong Raih Pingat Gangsa Acara Terjun

Atlet terjun Malaysia, Datuk Pandalela Rinong mengharumkan nama Malaysia apabila meraih pingat gangsa Sukan Asia 2023 dalam acara terjun 10 meter platform wanita. Ini menjadikan koleksi pingat yang dimenangi kontinjen terjun dalam Sukan Asia 2023 ialah empat pingat terdiri daripada satu pingat perak dan tiga pingat gangsa. Pandalela mengatasi cabaran penerjun Jepun, Matsuri Arai dengan […]
Asian Games: Impian Malaysia Ke Separuh Akhir Terbantut, Tewas Kepada Korea Selatan

Skuad hoki wanita Malaysia mengalami nasib sama seperti skuad hoki lelaki apabila gagal mara ke separuh akhir Sukan Asia 2023. Ini selepas mereka dibelasah Korea Selatan 5-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A hari ini. The Malayan Tigress tahu mereka perlu menang jika mahu mara ke separuh akhir. Malangnya, anak-anak buah Nasihin Nubli Ibrahim bermula dengan […]
Asian Games: Lee Zii Jia Mudah Mara Ke Pusingan Ketiga

Pemain perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia mudah mara ke pusingan ketiga acara perseorangan lelaki badminton Sukan Asia 2023 hari ini. Ini selepas anak jati Alor Setar itu mudah mengatasi cabaran pemain perseorangan Timor Leste, Mourinho De Jesus. Set pertama menyaksikan Zii Jia langsung tidak memberi ruang kepada lawannya yang tidak ternama itu mengutip mata. […]
Pemain Korea Utara Tak Dapat Terima Kekalahan, Mahu Bantai Pengadil

Pemburuan ibu segala pingat dalam Sukan Asia 2023 Hangzhou diteruskan dengan empat negara telah menempah tempat separuh akhir iaitu Jepun, Hong Kong, Uzbekistan dan juara bertahan, Korea Selatan. Namun begitu, laluan Jepun untuk ke separuh akhir agak berliku apabila mereka terpaksa bergelut sebelum menewaskan Korea Utara 2-1 pada peringkat suku akhir. Kejadian tidak diingini turut […]
Asian Games: Hasrat Malaysia Ke Separuh Akhir Terkandas, Diikat China

Skuad hoki lelaki Malaysia hampa apabila gagal layak ke separuh akhir Sukan Asia 2023 selepas diikat 4-4 dengan China dalam aksi terakhir Kumpulan B. Dengan tuan rumah mengutip 12 mata selepas membelasah Thailand 9-0 semalam, anak-anak buah Arul Selvaraj perlu menewaskan China untuk mara ke separuh akhir atas kelebihan jaringan. Begitupun, The Speedy Tigers bermula […]
Khairy Jamaluddin Dedah Malaysia Perlu Segera ‘Tapau’ Sukan Ini

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berpandangan Malaysia perlu merebut peluang besar dalam acara e-sports. Ini kerana acara ini dilihat mampu menambah prospek pingat yang boleh dimenangi negara di temasya-temasya besar seperti Sukan Asia dan Sukan Olimpik. Biarpun sukan fizikal seperti badminton dan basikal trek terus menjadi sandaran pingat kontinjen negara, Khairy melihat perkara […]
Asian Games: Dhabitah Sabri & Ng Yan Yee Sumbang Satu Pingat Buat Malaysia

Penerjun Malaysia, Nur Dhabitah Sabri meneruskan kecemerlangan dalam acara terjun Sukan Asia 2023 dengan meraih pingat perak acara 3 meter papan anjal serirama bersama Ng Yan Yee. Selepas meraih pingat gangsa acara 10 meter platform seirama wanita semalam bersama Datuk Pandalela Rinong, beliau dan Yan Yee menggalas cabaran dalam acara 3 meter papan anjal wanita. […]
Asian Games: Malaysia ‘Bantai’ Singapura 8-1

Skuad hoki wanita Malaysia bangkit daripada kekalahan besar 6-0 di tangan India dengan membelasah pasukan serantau, Singapura 8-1 dalam aksi keempat Kumpulan A hari ini. Skuad negara yang dibimbing bekas penjaga gol kebangsaan, Nasihin Nubli Ibrahim tahu mereka perlu menang hari ini jika mahu menghidupkan peluang mara ke separuh akhir. Babak pertama menyaksikan Malaysia mendahului […]
Asian Games: Azeem Fahmi Tamatkan Kemarau 41 Tahun, Julang Pingat Gangsa Buat Malaysia

Jaguh pecut 100 meter Malaysia, Azeem Fahmi mengakhiri kemarau 41 tahun pingat Sukan Asia dalam acara itu dengan meraih pingat gangsa dalam aksi final hari ini. Berlari di lorong kelapan, Azeem merekodkan catatan masa 10.11. Walaupun gagal meraih pingat emas, ini masih satu pencapaian membanggakan buat Azeem kerana ini penampilan sulung beliau di temasya berprestij […]
Asian Games: Azeem Fahmi Mara Ke Final

Jaguh pecut 100 meter Malaysia, Muhammad Azeem Fahmi terus mencipta sensasi apabila berjaya mara ke final acara kegemarannya dalam Sukan Asia 2023 hari ini. Azeem yang berlari di lorong keempat berjaya mara di tempat kedua dengan catatan masa 10.17. Catatan masa beliau hanya dipisahkan 0.05 saat dengan bekas juara remaja dunia dari Indonesia, Lalu Muhammad […]
Asian Games: Malaysia Kalah Kepada Korea Selatan

Aksi Malaysia-Korea Selatan yang dinantikan ramai dalam Kumpulan B Sukan Asia 2023 berakhir dengan kemenangan 4-3 buat Korea Selatan. Korea Selatan turun dengan misi membalas dendam selepas dua kali diaibkan skuad negara dalam saingan Trofi Juara-Juara Asia 2023 pada Ogos lalu. Begitupun, pasukan itu bermula dengan sumbang apabila Razie Rahim menyumbat gol pertama The Speedy […]
Gelagat Wartawan China Berbahasa Melayu Curi Tumpuan

Liputan Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China lebih menarik apabila seorang wartawan negara itu mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih. Kebolehan Liang Liang, seorang wartawan dari China Media Group (CMG) itu menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas video beliau menyanyi lagu Rasa Sayang tular di media sosial. Liang Liang yang mesra dipanggil Husna oleh […]
Asian Games: Thailand Raih Pingat Emas, ‘Libas’ Malaysia

Skuad sepak takraw Malaysia hampa bila gagal meraih pingat emas dalam aksi final acara regu berpasukan Sukan Asia 2023 hari ini. Ini selepas mereka tewas kepada musuh tradisi, Thailand. Kedua-dua pasukan mara ke final selepas mengatasi Laos dan Korea Selatan di pentas separuh akhir. Walaupun mengetahui Thailand merupakan pasukan pilihan kejohanan, anak-anak buah Ahmad Jais […]
Giliran Jepun Malukan Vietnam 7-0

Skuad bola sepak wanita Jepun mara ke pusingan 16 terbaik Sukan Asia 2023 dengan bergaya apabila membelasah Vietnam 7-0. Kedua-dua pasukan tahu sekiranya mereka menang hari ini, mereka akan layak secara automatik ke pusingan 16 terbaik. Sekiranya tewas, mereka perlu menunggu keputusan kumpulan-kumpulan lain bagi menentukan sama ada mereka pasukan kedua terbaik atau tidak. Malangnya, […]
Asian Games: Indonesia Tewas Kepada Uzbekistan

Skuad B-24 Indonesia terkandas di pusingan 16 terbaik Sukan Asia 2023 selepas tewas kepada Uzbekistan hari ini. Selepas layak sebagai pasukan ketiga terbaik Kumpulan F, Garuda Muda memerlukan lebih daripada tuah jika mahu layak ke peringkat suku akhir. Separuh masa pertama menyaksikan Uzbekistan banyak menguji penjaga gol Indonesia, Ernando Ari. Percubaan terbaik mereka hadir pada […]