Suhaimi Husin Terima Pujian Fandi Ahmad

Jurulatih pasukan Sri Pahang FC, Fandi Ahmad akui berpuas hati dengan aksi anak buahnya yang berjaya mendapatkan satu mata berharga di Terengganu. Beliau pada awalnya sangat yakin dengan pasukannya mampu menewaskan pasukan tuan rumah, Terengganu. Namun, Fandi Ahmad tetap bersyukur dengan keputusan ini. “Alhamdullilah kita datang sini untuk mendapatkan mata, tidak dapat tiga dapat satu […]
Tomislav Steinbruckner: Terengganu Sebenarnya Bermain Tanpa 4 Pemain Utama

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mengakui Terengganu bermain di bawah prestasi sebenar walaupun meraih kemenangan selesa 3-1 ke atas Perak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. 3 jaringan Terengganu hadir menerusi jaringan Nurillo Tukhtasinov, jaringan sendiri Shivan Pillay serta pemain gantian, Nnaibuke Chukwu manakala Luciano Guaycochea meledak gol tunggal untuk Perak. Tomislav Steinbruckner berpandangan anak […]
Saingan Hebat Syihan Hazmi? Suhaimi Husin ‘Ikut’ Kata Kim Pan-gon

Penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin mengakui bersedia menjadi penjaga gol utama Malaysia sekiranya diminta oleh Kim Pan-gon. Perkara ini dinyatakan beliau apabila ditanya media tentang hal tersebut di Wisma FAM hari ini. Suhaimi melihat tidak kira siapa yang dipilih sebagai penjaga benteng terakhir negara nanti, beliau akan bersedia memberi yang terbaik. Ini kerana pada […]
Peluang Kedua Suhaimi Husin Bersama Harimau Malaya

Penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin kembali mendapat tempat bersama skuad kebangsaan bimbingan Kim Pan-gon. Ini merupakan kali kedua penjaga gawang berusia 29 tahun ini menerima panggilan ke skuad kebangsaan selepas kali pertama ketika kejohanan Pesta Bola Merdeka pada September yang lalu. Selepas itu, namanya tidak tersenarai oleh barisan kejurulatihan bagi aksi Kelayakan Piala Dunia […]
Nizaruddin Yusof: Malaysia Miliki Dua Penjaga Gol Terbaik Ketika Ini

Bekas pemain kebangsaan Malaysia, Nizaruddin Yusof melihat Malaysia mempunyai dua penjaga gol berbakat besar pada waktu ini. Nama Syihan Hazmi dan Suhaimi Husin menjadi bualan ramai berdasarkan prestasi semasa mereka yang semakin menyerlah bersama pasukan masing-masing. Syihan Hazmi ketika ini menjadi pilihan utama di JDT dan juga Kim Pan-gon untuk memegang peranan penjaga gol nombor […]
Suhaimi Husin Dalam Kesebelasan Terbaik AFC ‘Matchday 5’

Penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin terus membuktikan dirinya sebagai antara penjaga gol terbaik di Malaysia ketika ini. Ini selepas namanya disenaraikan oleh Footy Rankings dalam kesebelasan pemain terbaik Piala AFC untuk aksi kumpulan kelima. Suhaimi menyertai duo Macarthur, Tomislav Uskok dan Jake Hollman, Takaki Ose (Phnom Penh Crown) dan Eber Bessa (Bali United). Nama […]
3 Penjaga Gol Paling Sibuk Dalam Liga Super

Ketangkasan seorang penjaga gol seringkali menjadi tumpuan ramai dengan aksi penyelamatan bagi mengelak dari dibolosi pemain lawan. Ketika banyak mata tertumpu kepada penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Syihan Hazmi yang jarang dibolosi, pasti ramai yang terlupa untuk melihat penjaga gol manakah yang paling sibuk dalam mempertahankan gawang dalam saingan Liga Super musim ini. Melihat […]
Malaysia Bawa Dua Watak Berbeza Ke Pestabola Merdeka

Pemilihan dua tonggak berbeza untuk membawa cabaran Malaysia ke Pestabola Merdeka akhirnya dijawab oleh ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu menjelaskan bahawa pemilihan para pemain kali ini telah pun diteliti secara rapi oleh barisan kejurulatihan untuk berdepan pasukan ke-102 dunia, India. Menurut penjelasan Pan-gon, beliau tidak hanya menilai dari satu persembahan […]
Suhaimi Husin Akui Minit Bermain Jadi Keutamaan Buat Malaysia

Penjaga gol Terengganu FC, Suhami Husin mengakui minit bermain yang diperoleh dalam saingan liga amat penting untuk membawa cabaran Malaysia. Beliau berjaya mendapat panggilan buat kali pertama di bawah kendalian Kim Pan-gon setelah tampil cemerlang di peringkat kelab. Katanya, peluang yang diberikan oleh ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner untuk menjadi pilihan utama di peringkat kelab amat […]
Suhaimi Husin Diiktiraf Penjaga Gawang Terbaik Piala AFC Untuk ‘Matchday 1’

Penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin diiktiraf sebagai penjaga gol terbaik Piala AFC untuk aksi pertama peringkat kumpulan. Menerusi satu perkongsian yang dimuatnaik AFC Cup di X, Suhaimi berjaya menyelamatkan gawang skuad Penyu sebanyak enam kali daripada dibolosi juara A-League, Central Coast Mariners. Statistik ini turut disokong oleh Sofascore dengan penilaian 7.8 untuk beliau. Daripada […]
Suhaimi Husin Buka Mata Kim Pan-gon?

Pasukan Terengganu FC nyata tidak pernah ketandusan bakat penjaga gol. Terkini, Suhaimi Husin pula telah membuka mata ramai pihak selepas cemerlang dalam aksi sulung Piala AFC menentang juara Liga Australia, Central Coast Mariners. Penjaga gol berusia 29 tahun itu nyata tidak kekok walaupun beraksi buat pertama kali di pentas Asia. Dalam perlawanan yang menyaksikan kemenangan […]
Suhaimi Husin Tiada Dalam Radar JDT

Penjaga gol utama pasukan Terengganu, Mohd Suhaimi Husin, menafikan ura-ura yang mengatakan beliau akan menyertai pasukan dari selatan, Johor Darul Ta’zim seperti yang dilaporkan Berita Harian. Suhaimi boleh dikatakan beraksi dengan cemerlang musim lepas bersama Terengganu sekaligus menerima pujian daripada Tunku Ismail sendiri. Difahamkan, penjaga gol berusia 27 tahun itu sedia pertimbang keputusan untuk berpindah […]
Tunku Ismail Pamer Rasa Kagum Terhadap Aksi Cemerlang Suhaimi Husin

Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya kelmarin telah menampilkan dua gergasi bola sepak tempatan, Selangor FC dan Terengganu FC beraksi dalam perlawanan kelima, saingan Piala Malaysia 2021. Terengganu FC yang turun dengan formasi 4-4-2 berjaya membawa pulang tiga mata penuh, apabila menang 3-1 keatas Selangor FC. Aksi cemerlang penjaga gol pasukan pelawat, Suhaimi […]