Stuart Ramalingam Beri Bayangan Tentang Masa Depan Kelantan

Masa depan Kelantan FC sama ada kekal di Liga Super atau tidak bakal diketahui tidak lama lagi. Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam bila ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Menurut Stuart, First Instance Body (FIB) bakal mengadakan mesyuarat pada minggu ini selepas menerima semua […]
VAR Tidak Digunakan Bagi Final Piala Malaysia Bersebab

Menjelang aksi final Piala Malaysia pada Jumaat ini, sistem pembantu pengadil video (VAR) tidak digunakan untuk membantu pengadil dalam perlawanan tersebut. Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam apabila ditemubual pengacara Nindia, Hafizal Hamad di Astro Arena semalam. Antara sebab VAR tidak dapat digunakan untuk aksi […]
Lesen Kelantan Ditangguhkan, Ini 13 Kelab Bagi Saingan Liga Super 24/25

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan bahawa 10 kelab berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan manakala 3 lagi kelab diberikan Lesen Kebangsaan berserta hukuman menyaksikan mereka layak bertanding dalam saingan Liga Super 2024-2025. Mesyuarat Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) kali ke-6 yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif telah diadakan pada 18 Oktober […]
Kelantan FC Bakal Kekal Di Liga Super?

Kelantan FC mendapat bayangan bakal kekal di Liga Super pada musim hadapan. Ini selepas CEO MFL, Stuart Ramalingam mendedahkan belum menerima dokumen daripada pasukan Liga M3 sebelum tarikh tutup yang berkuatkuasa baru-baru ini. Mengikut peraturan, dua pasukan dari Liga M3 boleh naik pangkat untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim depan. Dua pasukan itu akan […]
MFL Perkenal Kalendar Liga Baharu Musim 24/25

Seperti dijangka, MFL sah menyelaras kalendar Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan mengikut kalendar AFC untuk musim 2024-2025. Perkara ini disahkan sendiri oleh CEO MFL, Stuart Ramalingam hari ini. Dengan pengesahan ini, Liga M bakal bermula pada April 2024 dan berakhir pada April 2025. Penyelarasan kalendar ini dibuat bukan saja membantu kelab-kelab yang bersaing di […]
Liga Malaysia Dijangka Selari Dengan Kalendar AFC Musim 24/25

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bersedia memperkenalkan format baru Liga Malaysia (Liga M) dengan liga dijangka bermula pada pertengahan tahun hadapan. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, pengenalan kalendar baru ini pada pertengahan tahun dibuat atas beberapa faktor. Selain faktor kalendar AFC 2024/2025, MFL juga perlu menimbang faktor iklim dan hari perayaan. Ini kerana pada akhir tahun, negeri-negeri […]
MFL Belanja RM10 Juta Pertingkat Mutu Liga Malaysia

CEO MFL, Datuk Stuart Ramalingam mendedahkan anggaran kos maksimum untuk memperkenal sistem pembantu pengadil video (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan mencecah RM10 juta. Anggaran kos tersebut dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor kekangan untuk menjayakan sistem VAR. Antara faktor tersebut ialah kekuatan jalur lebar internet, peralatan yang digunakan, stadium yang bukan […]
Dua Pasukan Tercorot Liga Super Bakal Terima Padah

Dua pasukan yang menduduki tangga tercorot Liga Super musim ini berdepan risiko tersingkir ke Liga M3 musim hadapan. Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam. Sekiranya itu berlaku, juara Liga M3 akan layak secara automatik dengan naib juara liga bakal berdepan pasukan kedua tercorot Liga Super dalam perlawanan […]
Jawapan Stuart Ramalingam Berkenaan Isu Bakar Suar Dalam Stadium

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam melihat tindakan penyokong membakar suar mungkin menghasilkan suasana yang hebat di stadium. Tetapi disebabkan ini berkait dengan isu keselamatan dan tatatertib, beliau menyerahkan hal berkenaan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Isu pembakaran suar kembali hangat susulan tindakan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) membakar suar […]
Juara Liga Super Bakal Menerima RM2.4 Juta

Pasukan-pasukan Liga Super bakal mendapat durian runtuh musim ini. Ini selepas Malaysian Football League (MFL) mengumumkan peningkatan agihan pendapatan sebanyak 96.55% berbanding agihan yang diterima pada tahun lepas. Buat kali pertama, MFL memperkenalkan agihan secara merit di mana agihan diberi kepada pasukan mengikut kedudukan dalam Liga Super. Juara bakal menerima RM2.4 juta dengan pasukan tercorot […]
MFL Puji Tindakan Pantas FAM Gantung Pengadil

Tindakan pantas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung pengadil Zulkarnain Zakaria mendapat pujian Malaysian Football League (MFL). Ini kerana ini menunjukkan FAM amat serius dalam soal menjaga kualiti pengadilan Liga Malaysia (Liga M). Semalam, Zulkarnain dikenakan penggantungan oleh Jawatankuasa Pengadilan FAM susulan dua penalti kontroversi yang dianugerahkannya dalam perlawanan Sabah-Penang. Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan […]
Liga Malaysia Bakal Gunakan VAR Tahun 2023

Dengan Thailand dan Singapura menggunakan video bantuan pengadil (VAR) di liga masing-masing, ramai tertanya-tanya bila ia akan dilaksanakan di Malaysia. Tetapi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberi jaminan teknologi tersebut bakal digunakan di Liga Malaysia (Liga M) pada penghujung tahun ini. CEO MFL, Stuart Ramalingam mendedahkan MFL berpuas hati dengan kerjasama bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia […]
Stuart Ramalingam Jelaskan Isu Nilai Tajaan Yang Tak Didedahkan

Penstrukturan semula Liga Super menyaksikan pertambahan rakan penaja untuk MFL termasuk yang terbaru, Colgate dan BubblesO2. Tetapi sesetengah enggan mendedahkan nilai tajaan mereka secara terbuka – satu perkara yang dihormati oleh CEO MFL, Stuart Ramalingam. Beliau sedar isu ini menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak kenapa itu berlaku. Berbeza pada tahun-tahun sebelumnya, MFL dilihat […]
14 Kelab Warnai Saingan Liga Super 2023

Liga Super dijangka menjadi lebih meriah musim ini dengan kehadiran 14 buah pasukan berbanding 12 pasukan pada musim lepas. Pasukan-pasukan ini ialah Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu, Sabah, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur City (KL City), Sri Pahang, Kedah, Penang FC, Kelantan, Kuching City, Kelantan United, PDRM dan Perak. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart […]
“Liga Super 14 Pasukan Bukan Satu Masalah Asalkan Stabil” – Stuart Ramalingam

Satu demi satu pasukan menarik diri daripada Liga Super 2023, menyaksikan saingan yang sepatutnya berformat 18 pasukan, mungkin akan diteruskan dengan 14 pasukan sahaja. Bermula dengan kegagalan Melaka United dan Sarawak United mendapat lesen, kemudiannya PJ City menarik diri dan terbaru Uitm FC juga berbuat demikian baru-baru ini. Ini bermakna, akan berlaku penambahan dua pasukan […]
Shah Alam City Dijangka Ganti PJ City Di Liga Super

Sebuah pasukan yang dikenali sebagai Shah Alam City berkemungkinan akan mengambil alih tempat PJ City dalam saingan Liga Super 2023. Kelab yang berpangkalan di Shah Alam ini difahamkan akan dikendalikan oleh bekas pemain Selangor yang pernah memenangi anugerah Kasut Emas Liga Perdana Malaysia. Namun begitu, menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, […]