Steven Gerrard Tagih Khidmat Pemain Warisan Malaysia Di Arab Saudi

Legenda Liverpool, Steven Gerrard dikhabarkan bakal mendapatkan khidmat seorang pemain warisan Malaysia untuk kelab yang dilatihnya, Al-Ettifaq. Pemain warisan negara yang dimaksudkan ialah kapten Glasgow Rangers, James Tavernier. Dan menurut laporan Daily Record, bek kanan berusia 32 tahun itu kini menjadi sasaran bos lamanya. Tavernier menjadi sasaran utama Gerrard bagi menambah baik barisan pertahanan Al-Ettifaq […]

Steven Gerrard Makin Tertekan Urus Kelab Arab Saudi

Selepas berhijrah ke Arab Saudi untuk menjadi pengurus pasukan Al-Ettifaq, Steven Gerrard kini berdepan tekanan. Ini kerana kelab tersebut berdepan kemarau kemenangan dalam semua kejohanan ketika ini. Kali terakhir The Commandos meraih kemenangan ialah pada Oktober lalu. Pada ketika itu, Al-Ettifaq berjaya mengalahkan Al-Wehda 3-2. Sejak itu, The Commandos mengalami empat kekalahan dan tiga kali […]

Steven Gerrard ‘Sekolahkan’ Pasukan Cristiano Ronaldo

Keputusan barisan kejurulatihan Al-Nassr untuk merehatkan bintang utama pasukan, Cristiano Ronaldo ternyata silap apabila mereka ditumbangkan oleh Al-Ittifaq. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Prince Mohamed bin Fahd itu menyaksikan jentera serangan Al-Nassr diketuai oleh bekas bintang Liverpool, Sadio Mane. Beliau bagaimanapun bergelut untuk mencipta impak yang diharapkan apabila gagal menoktahkan kemenangan buat pasukan pelawat. Sungguhpun […]

Steven Gerrard Berdepan Detik Sukar Kendalikan Pemain Arab

Legenda England, Steven Gerrard berdepan masalah selepas dilantik sebagai pengurus kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq. Menerusi satu video yang dikongsikan di media sosial, bekas kapten Liverpool itu berdepan kesukaran berkomunikasi dengan pemain-pemain Al-Ettifaq. Gerrard bertanya sama ada mereka mahu merebut bola daripada beliau atau tidak. Malangnya, tiada siapa yang menjawab soalannya. Ini menyebabkan bekas pengurus Glasgow […]

Steven Gerrard Sah Pengurus Kelab Asia

Selepas sebelum ini menolak tawaran Al-Ettifaq untuk menjadi pengurus mereka, Steven Gerrard membuat pusingan U semalam. Ini selepas kelab Arab Saudi itu mengesahkan perlantikannya sebagai pengurus pasukan. Sebelum ini, legenda England itu menolak peluang menjadi jurulatih di Saudi Pro League. Tetapi Gerrard mengubah fikiran selepas pengurusan The Commandos bersedia memberi sokongan kepadanya termasuk mendapatkan pemain-pemain […]

“Saya Malu” – Pep Guardiola

Jurulatih Manchester City, Pep Guardiola telah membuat permohonan maaf kepada legenda Liverpool, Steven Gerrard susulan komen tak masuk akal yang diberikan suatu ketika dahulu. Beliau akui kejadian yang menimpa Gerrard ketika tergelincir dahulu membolehkan Manchester City merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada tahun 2014. Bekas jurulatih Barcelona ini tetap menghormati Gerrard dengan kejayaan cemerlangnya dalam […]

Gerrard Mohon Pep Rehatkan Haaland

Menjelang aksi Liga Perdana Inggeris yang menemukan Aston Villa dan Manchester City awal pagi esok, pengendali Aston Villa, Steven Gerrard sedar mengenai ketajaman penyerang berbisa City, Erling Haaland. Dalam masa yang sama, Gerrard berharap agar Haaland akan direhatkan dalam aksi menentang pasukannya di laman sendiri. “Dia sangat berbeza. Seorang penyerang yang fizikal. Kami akui bahawa […]

Klopp Berharap Steven Gerrard Akan Tolong Liverpool Juarai EPL

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berkata bekas pemain Liverpool yang kini membimbing Aston Villa iaitu Steven Gerrard akan memberikan segala-galanya dalam perlawanan menentang Manchester City Ahad ini. Jika Aston Villa mampu mencatatkan keputusan seri atau menang ke atas Manchester City, manakala dalam masa yang sama, Liverpool berjaya menang ke atas Wolverhampton, ini bermakna Liverpool bakal menjulang […]

Lagenda Liverpool, Steven Gerrard Menjadi Jurulatih Aston Villa Yang Baharu

Menurut laporan dari portal theguardian, kelab Liga Perdana Inggeris, Aston Villa berjaya mendapatkan khidmat lagenda pasukan Liverpool, Steven Gerrard. Villa dikhabarkan mematerai perjanjian bersama pengurus kelab Scotland, Rangers itu untuk kontrak 2 tahun setengah. Gerrard, 41, telah mengendalikan Rangers sejak Jun 2018 dan mengetuai kelab itu merangkul kejuaraan Liga Perdana Scotland musim lalu. Lebih manis […]