Tomislav Steinbruckner Buntu Terengganu Bolos Cara Sama Lagi

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui tiada jawapan tentang gol saat akhir Sri Pahang yang menyaksikan Terengganu terlepas peluang meraih tiga mata berharga. Tandukan Stefano Bruno pada minit ke-95 menjadikan kedudukan seri 1-1 sekaligus memaksa anak buah Tomislav Steinbruckner untuk berkongsi satu mata di gelanggang sendiri. Tomislav Steinbruckner mengakui sedikit kecewa kerana terlepas peluang meraih […]
Sri Pahang Mahu Kejutkan Terengganu Di SSMZA Sekali Lagi

Kapten Sri Pahang, Stefano Brundo memasang impian untuk mencatatkan kemenangan sekali lagi ke atas Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA). Sri Pahang akan turun ke Gong Badak untuk bertemu Terengganu dalam aksi Derbi Pantai Timur bagi saingan Liga Super 2024/2024 minggu ke-9 pada Jumaat. Menurut Stefano Brundo, lawannya nanti merupakan pasukan yang serba […]
Sri Pahang Yakin Kembali Kecapi Kemenangan

Tonggak import Sri Pahang FC dari Argentina, Stefano Brundo percaya pasukan itu memiliki momentum untuk menamatkan kemarau kemenangan dalam Liga Super. Enam aksi awal liga menyaksikan pasukan yang dibimbing Fandi Ahmad itu hanya merekodkan satu kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan. Satu-satunya kemenangan Tok Gajah diraih semasa menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada […]
Statistik Buktikan Serangan Sri Pahang Makin Berbisa

Liga Super musim 2023 menyaksikan jentera serangan Sri Pahang FC lebih berbisa dengan 35 gol daripada 20 perlawanan berbanding 33 gol daripada 22 perlawanan pada musim lepas. Daripada 35 gol, Kpah Sherman muncul penjaring terbanyak dengan 11 gol. Ini disusuli Stefano Brundo (lapan gol) dan Sergio Aguero (empat gol). Fadhli Shas, Azam Azih, Kevin Ingreso […]
Liga Super: Sri Pahang FC 1-2 KL City FC

Hasrat Sri Pahang FC merapatkan jurang dengan pasukan yang menduduki tangga kedua Liga Super, Selangor FC tidak kesampaian hari ini. Ini selepas anak-anak buah Fandi Ahmad tunduk 1-2 kepada KL City FC di Stadium Darul Makmur. Selepas Selangor FC diaibkan PDRM FC di Stadium MBPJ semalam, skuad Tok Gajah di tempat ketiga berpeluang merapatkan jurang […]
Liga Super: Gol Masa Kecederaan Lonjakkan Sri Pahang Ke Tangga Ketiga

Sri Pahang melonjak ke kedudukan tiga teratas Liga Super buat pertama kali musim ini, setelah menewaskan Kelantan United 1-0 di Stadium Darul Makmur pada Isnin. Ketika perlawanan seakan sudah pasti akan berakhir dengan keputusan seri, tandukan Stefano Brundo pada masa kecederaan menghadiahkan skuad Fandi Ahmad kemenangan keempat musim ini. Mereka melonjak ke tangga ketiga dengan […]
Sri Pahang Mahu Sambar Pertahanan Tengah Argentina

Pasukan daripada pantai timur, Sri Pahang FC dikhabarkan mahu menyambar khidmat pemain kelahiran Argentina, Stefano Brundo. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi yang menyatakan bahawa Sri Pahang mahu mendapatkan pertahanan tengah itu bagi Liga Super musim hadapan. Stefano Brundo, berusia 29 tahun dengan memiliki ketinggian 1.90m merupakan tonggak utama pasukannya Estudiantes BA […]