Jorn Andersen Akui Bukan Mudah Beraksi Di SSI

Ketua jurulatih Hong Kong, Joan Andersen akui bukan mudah untuk beraksi di tempat lawan seperti di Malaysia. Beliau sedar tidak banyak pasukan yang akan menang apabila bertembung di Stadium Sultan Ibrahim. Walaubagaimanapun, jurulatih berusia 60 tahun itu tetap memuji persembahan yang ditampilkan oleh anak buahnya di sini. Beliau percaya anak buahnya mendapat banyak pengalaman sepanjang […]
Suasana Ala EPL JDT Terima Pujian Penyokong Serantau

Kehangatan aksi Liga Super 2023 yang dilangsungkan pada sebelah petang terus hangat diperkatakan. Beberapa negara jiran seperti Indonesia dan Singapura turut mengikuti rapat perkembangan terkini saingan Liga Malaysia 2023. Menerusi tinjauan MakanBola di laman Twitter dan Facebook, beberapa akaun bola sepak Indonesia memuji langkah yang diambil MFL. Seperti yang sedia maklum, musim ini terdapat beberapa […]
Kelantan Terima Tajaan Khas Hino Ke SSI

Pihak Pengurusan TRW Kelantan mengumumkan telah menerima tajaan khas daripada Hino Malaysia bagi pengangkutan skuad Kijang Emas untuk ke Johor. Skuad Kelantan akan ke Stadium Sultan Ibrahim bagi mengharungi saingan Liga Super 2023 menentang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Sebelum ini, pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman membuat hantaran menerusi laman Facebooknya untuk mencari penaja yang […]
“Stadium Di Setiap Negeri Ditawarkan Rumput Zeon Zoysia” – Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengakui ada usaha untuk menaik taraf rumput yang digunakan di setiap negeri kepada rumput jenis Zeon Zoysia. Beliau yang ditemui semasa sesi latihan skaud Malayan Tigress itu berkata, pihaknya iaitu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ada memberikan tawaran kepada pihak exco sukan negeri berkenaan perkara ini. “Saya ada memberikan […]
Aksi Malaysia Berdepan Turkmenistan & Yaman Bakal Berlangsung Di Stadium Sultan Ibrahim

Pertembungan antara pasukan Malaysia dan beberapa lawan berstatus elit bakal berlangsung di stadium keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim. Menerusi satu penjelasan oleh Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin, Malaysia kini dalam perancangan secara berfasa untuk mengatur aksi persahabatan. Beliau mengesahkan bahawa anak didik Kim Pan-gon akan menghadapi dua aksi persahabatan menentang Turkmenistan […]
Kedai Barangan Rasmi JDT Bakal Diperkenalkan Di Stadium Sultan Ibrahim

Kedai Barangan Rasmi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim kini dalam peringkat terakhir pembinaan sekaligus bakal diperkenalkan kepada para penyokong tidak lama lagi. Usaha yang dilakukan ini dilihat bagi mengeratkan lagi hubungan antara kelab dan juga penyokong yang setia memberikan sokongan. Kedai ini merupakan sebahagian daripada fanzone di Stadium Sultan Ibrahim […]
Malaysia Lawan Turkmenistan Di Stadium Sultan Ibrahim Mac Ini

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Firdaus Mohamed mengesahkan bahawa pasukan kebangsaan Malaysia akan bermain dalam 2 perlawanan persahabatan pada bulan Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor. Stadium Nasional Bukit Jalil yang dijadualkan ditutup bermula Mac ini untuk memberi ruang penukaran rumput sedia ada kepada jenis Zeon Zoysia, rumput yang sama digunakan di Stadium […]
Rasmi: MFL Perkenal Sepak Mula Waktu Siang

Aksi Liga Super 2023 bakal membawa satu lagi perubahan besar apabila perlawanan akan diadakan bermula waktu petang. Menerusi satu pengumuman oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL), waktu bagi setiap aksi akan terbahagi kepada beberapa kelompok waktu yang telah dibincangkan. Bagi aksi di Semenanjung, perlawanan akan bermula seawal jam 5:15-5:30 petang manakala disusuli dengan aksi pada jam […]
Piala Sumbangsih: JDT & Terengganu Berentap Di Stadium Sultan Ibrahim

Juara Liga Super Malaysia 2022, Johor Darul Ta’zim bakal memulakan kempen Liga Malaysia bertemu dengan Naib Juara Liga Super 2022, Terengganu FC. Finalis Piala Malaysia 2022 itu sekali lagi akan berentap dalam memburu gelaran juara Piala Sumbangsih. Musim lepas, JDT berjaya menyandang gelaran tersebut apabila menundukkan pasukan KL City dengan keputusan 3-0. Tahun ini Terengganu […]
Stadium Sultan Ibrahim Dilengkapi Dengan Sistem Saliran Terbaik Di Malaysia

Stadium Sultan Ibrahim membuktikan kualiti dan kelas yang tersendiri dari segenap sudut dan ruang dalam binaannya. Stadium berkelas dunia itu yang telah pun dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan bertaraf antarabangsa kini mempunyai sistem saliran yang berkualiti tinggi. Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, stadium Harimau Selatan itu merupakan satu-satunya stadium yang dilengkapi dengan […]
Peluang Buat Rakyat Malaysia Saksikan Ronaldo Beraksi Di Malaysia

Rakyat Malaysia kini berpeluang untuk melihat aksi lagenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo yang berkemungkinan akan beraksi di Malaysia. Dunia digemparkan dengan berita perpindahan bekas penyerang berbisa Real Madrid ini yang telah membuat keputusan untuk meninggalkan bumi Eropah untuk berkelana di Al-Nassr, sebuah kelab Arab Saudi di Asia. Pemain berusia 38 tahun itu akan memperkuatkan […]
‘Sekecil Kuman’ Pun Dibaiki, Stadium Sultan Ibrahim Jalani Rutin Penambahbaikan

Dalam satu hantaran di laman rasmi media sosial Facebook Johor Darul Ta’zim (JDT), kelab gergasi dari Malaysia itu telah memaklumkan bahawa Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bakal mempertunjukkan wajah baharu pada musim 2023 bermula Februari depan. Menurut JDT, stadium ikonik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Stadium Sultan Ibrahim sedang menjalani beberapa kerja-kerja penambahbaikan dan menaik taraf. Johor […]
“Hanya Sri Pahang Yang Berjaya Curi Mata di Gelanggang JDT Tahun Ini” – Gamel

JDT mengharungi musim 2022 penuh gilang gemilang, mereka melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan kelab lain. Bukan sahaja menjulang tiga kejuaraan utama iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia ditambah Piala Sultan Ahmad Shah (Sumbangsih) tetapi lebih menarik tidak tewas dalam kesemua 35 perlawanan domestik. Dalam 35 perlawanan tersebut, 18 perlawanan adalah di gelanggang […]
Marco Reus, Mats Hummels & Emre Can Turut Serta Siri Jelajah Asia Di Johor

Borussia Dortmund mengesahkan beberapa pemain bintangnya akan turut serta dalam siri jelah Asia seperti Mats Hummels, Marco Reus dan Emre Can. Nama tiga pemain bukan asing buat peminat bola sepak seluruh dunia. Emre Can pernah beraksi di Liverpool selama empat musim dari 2014 hingga 2018. Ini termasuk tampil sebagai pemain gantian pada final Liga Juara-Juara […]
JDT Untuk Semua, Tiket JDT vs Borussia Dortmund Dijual Dengan Harga Tak Masuk Akal

Sesuatu yang amat mengejutkan terjadi sejurus jualan tiket perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Johor Darul Ta’zim dan Borussia Dortmund dibuka jam 2:00 petang tadi apabila harga tiket yang ditawarkan adalah serendah RM13.60 (termasuk cas tambahan). Dengan kualiti perlawanan yang bakal dipamerkan kedua-dua pasukan, harga tiket yang ditawarkan ibarat hadiah dari pemilik JDT, Duli Yang Amat […]
Pengarah Hubungan Antarabangsa Dortmund Teruja Bertemu JDT

Pengarah Hubungan Antarabangsa dan Komersil, Mr Benedikt Scholz akui teruja dapat bertemu dengan JDT dalam satu aksi persahabatan. Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, Scholz sudah lama menantikan saat untuk kembali ke bumi Johor setelah kali terakhir berkunjung pada tahun 2015. “Kami begitu teruja dan gembira dapat kembali semula ke Johor Bahru untuk bertemu […]