Pemain Ke-4 Tinggalkan Kedah

Pemain ke-4 dilaporkan bakal meninggalkan pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman FC. Skuad kendalian Nafuzi Zain berdepan pelbagai rintangan susulan masalah luar padang yang melanda. Situasi tidak menentu ini menyaksikan Sang Kenari tidak dapat mengharungi musim 2024/25 dan diakui oleh pengendali pasukan sebelum ini. Pada jendela perpindahan kedua Liga Super Ogos lalu, tiga pemain telah […]

Sony Norde Bakal Ke Liga 1 Indonesia

Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde bakal berkelana ke Indonesia pada Disember ini. Ini selepas wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi mendedahkan pemain sayap Haiti berusia 35 tahun itu bakal menyertai kelab Liga 1 Indonesia, Malut United. Berita ini sekaligus menamatkan tempoh empat tahun Norde mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak 2020. […]

FAM Hantar Surat Pertuduhan Kepada Sony Norde

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan telah menghantar surat pertuduhan kepada pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde. Surat pertuduhan tersebut telah dihantar kepada kapten pasukan Kedah itu selepas pemain itu secara lantang mengkritik mutu pengadilan pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perkara tersebut […]

Razman Roslan: Sony Norde Bantutkan Serangan Kedah

Bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan menganggap peranan pemain sayap Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde di bahagian serangan Kedah membantutkan corak serangan pasukan kendalian Nafuzi Zain itu. Bagi Razman, Sony telah membuat banyak gerakan namun Sony memperlahankan gerakan dan sekali gus membantutkan serangan Kedah. Keadaan itu dikesan Razman ketika Kedah tewas tipis 1-2 […]

Sony Norde: Pengadil Punca Kedah Kalah

Ketua pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde meluahkan rasa tidak puas hati dengan mutu pengadilan pada aksi separuh akhir Piala FA di antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman, semalam. Bagi Sony, jaringan pertama JDT yang dijaringkan oleh Oscar Arribas adalah tidak wajar selepas terdapat kekasaran yang dilakukan […]

“Selepas 5 Tahun Di Malaysia, Saya Hadapi Banyak Keadaan Seperti Ini”

Selepas 5 tahun berada di Malaysia, pemain lincah Kedah Darul Aman, Sony Norde mengakui telah banyak menghadapi keadaan seperti ini. Perkara itu dijelaskan oleh beliau selepas tamat perlawanan antara Kedah dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) di Darul Aman. Pemain berusia 35 tahun itu menjadi kapten pasukan dan berkata secara terbuka bahawa beliau tidak berpuas […]

Sony Norde Bertindak Ganas, Siku Muka Pemain Penang

Kapten pasukan Kedah Darul Aman FC, Sony Norde bertindak ganas apabila menyiku muka pemain Penang dalam satu aksi Piala FA. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu menyaksikan beberapa pertukaran serangan berlaku antara kedua pasukan. Usaha itu bagaimanapun tidak dapat mencipta sebarang jaringan sepanjang 45 minit pertama permainan. Aksi itu bagaimanapun dihiasi insiden panas […]

Terkini: Sony Norde Bawa Haluan Ke Kedah

Selepas meninggalkan Terengganu FC pada akhir musim 2023, Sony Norde kini berkelana pula ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Perpindahan pemain sayap Haiti itu diumumkan pengurusan Sang Kenari menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi pasukan hari ini. “KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Sony Nordé, pemain berasal dari Haiti yang cukup dikenali […]

Sony Norde Bakal Sarung Jersi Hijau Kuning?

Pemain berstatus ejen bebas, Sony Norde dilaporkan bakal menyarung jersi hijau kuning bagi saingan liga Malaysia musim 2024/25. Pemain sayap kelahiran Haiti itu akan memperkuatkan jentera serangan Kedah Darul Aman setelah beraksi buat pasukan Terengganu pada musim lalu. Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan sukan, T. Avineshwaran di laman media sosial rasmi X miliknya. Sony Norde […]

Sony Norde Kekal Di Malaysia Dengan Pasukan Berbeza?

Selepas meninggalkan Terengganu FC sebagai ejen bebas selepas tamat kempen Liga Super musim 2023, ramai ingin tahu destinasi terbaru Sony Norde. Kini, pemain sayap Haiti itu berada dalam radar pasukan utara tanah air iaitu Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam kepada hos Haji Zainal Abidin […]

Kelab Liga India Berminat Dapatkan Bintang Terengganu

Pemain-pemain Terengganu kini sedang hangat bagai ‘pisang goreng’ apabila dikaitkan dengan pelbagai khabar angin menjelang perpindahan musim hadapan. Terbaru, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi berkongsi berita berkenaan sebuah kelab di Liga India berminat untuk menandatangani pemain sayap kiri Terengganu FC, Sony Norde. “Sony Norde akui ada terima tawaran dari sebuah kelab gergasi di Liga Super […]

Sony Norde: Perlawanan Ini Penting Buat Kita, Kelab Dan Semua Orang

Penyerang Terengganu FC, Sony Norde mengingatkan semua bahawa perlawanan menentang Bali United ini amat penting bagi memastikan perjuangan Terengganu FC dalam kempen Piala AFC dapat diteruskan. Ketika ditemui di sidang media pra perlawanan, Sony Norde berkata berpeluang beraksi di pentas Piala AFC ini sangat istimewa dan sudah semestinya kemenangan adalah matlamat utama mereka. “Bermain di […]

AFC Cup: Terengganu Tamatkan Tentangan Sengit Stallion Laguna

Terengganu FC sekali lagi bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan kelab Filipina, Stallion Laguna dalam aksi keempat Kumpulan G Piala AFC hari ini. Skuad Peteh berharap dapat mencatat kemenangan hari ini selepas diikat 2-2 oleh lawan sama di Kuala Terengganu beberapa minggu lepas. Bagaimanapun, The Stallions sekali lagi buat jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner menggaru kepala dengan […]

Sony Norde: Kami Bangkit Terlalu Lambat

Penyerang Terengganu, Sony Norde mengakui aksi teruk separuh masa pertama menyebabkan pasukan tersebut keciciran 3 mata berharga dalam saingan Piala AFC. “Kami memandang rendah pihak lawan. Kami tidak bermain bola sepak dengan betul pada separuh masa pertama dan kami memberikan pihak lawan peluang.” ujar Sony kepada pihak media Astro Arena. Penyerang berusia 34 tahun itu […]

Liga Super: Terengganu Mudah Atasi Cabaran Perak

Hasrat Perak melakar kebangkitan di bawah jurulatih sementara, Yusri Che Lah tidak kesampaian hari ini. Ini selepas Terengganu mudah melakar kemenangan 2-0 ke atas tuan rumah di Stadium Perak. The Bos Gaurus berharap pasukan kembali bangkit selepas merehatkan Datuk Lim Teong Kim memulakan perlawanan dengan langkah kiri. Cubaan Bryan See mengeluarkan bola gagal apabila ia […]

Terengganu Bakal Rombak Pemain Import Pasukan

Dengan tetingkap perpindahan kedua bakal menjelang tidak lama lagi, pasukan-pasukan Liga Super sudah mula membuat perancangan memperkuatkan pasukan. Dan Terengganu difahamkan bakal mencari seorang pemain import baru. Ini berdasarkan satu laporan Nadi Arena yang menyatakan skuad Peteh bakal mencari seorang pemain import baru bagi menggantikan salah seorang daripada sembilan pemain import mereka. Ketika ini, Terengganu […]