Jurulatih Kyrgyzstan Kumpul Data Lengkap Pemain Malaysia

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Kyrgyzstan telah mengumpul maklumat lengkap tentang kekuatan sebenar pemain Malaysia menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan pembukaan peringkat kumpulan itu menjadi detik penting buat anak didik Kim Pan-gon dalam misi memburu tiga mata pertama. Persiapan rapi pasukan lawan terutamanya selepas mendapat sentuhan 12 pemain utama […]
Hamidin Sahkan Padang SNBJ Kini Lebih Bersedia

Jika sebelum ini ada yang lantang mengkritik mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika berlangsungnya Pestabola Merdeka, kini padang tersebut difahamkan sudah sedia untuk digunakan. Perkara tersebut dikongsikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin dalam satu sidang media. “Apa yang saya boleh katakan padang di Stadium Nasional […]
PSM Puas Hati Dengan Sistem Perparitan, Perlukan 12 Bulan Untuk Benar-benar Bersedia

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mendedahkan mereka memerlukan sekurang-kurangnya 12 bulan bagi menyediakan padang baru Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Keadaan padang SNBJ yang menggunakan rumput baru jenis Zeon Zoysia semalam mengundang keluhan daripada penyokong Harimau Malaya. Ini kerana dengan tompok rumput yang banyak tercabut, ia sedikit sebanyak menggugat aksi menarik Malaysia dan India dalam saingan […]
TMJ Ulas Situasi Sebenar Padang Zeon Zoysia Di SNBJ

Keadaan padang baru Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang memuaskan mendapat perhatian DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Ramai mengeluh melihat aksi Pestabola Merdeka 2023 malam ini membabitkan Malaysia dan India terganggu akibat keadaan padang yang kurang elok. Untuk rekod, padang baru SNBJ ini menggunakan rumput Zeon Zoysia menggantikan rumput cowgrass yang digunakan […]
“10 Bulan Dah Selesai” – Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kini menghela nafas lega kerana kerja penggantian rumput cowgrass kepada Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) telah selesai. Usaha penggantian rumput ini merupakan sebahagian daripada kerja-kerja penambahbaikan ke atas SNBJ yang digerakkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Usaha penggantian rumput tersebut direalisasikan menerusi tajaan dana daripada DYAM TMJ, […]
Hannah Yeoh: Tak Guna Ada Kemudahan Canggih Jika Rakyat Tak Boleh Guna

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh melihat inisiatif merakyatkan kemudahan milik PSM patut diberi sokongan penuh. Ini kerana jika orang ramai tidak boleh mengakses kemudahan bertaraf antarabangsa, maka sukar untuk menyuburkan minat mereka terhadap sukan terutama dalam kalangan generasi muda. Dengan langkah ini, ini memudahkan usaha mengenalpasti bakat-bakat baru sukan yang boleh menjadi atlet pelapis […]
Penyokong Berpeluang Nikmati Pengalaman Baharu Di SNBJ

Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac percaya penyokong Harimau Malaya merasai pengalaman berbeza bila berada di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Selepas ditutup selama beberapa bulan untuk kerja-kerja penambahbaikan termasuk penggantian rumput Zeon Zoysia, kini SNBJ kelihatan lebih segar dan selesa untuk kegunaan penyokong. “Akan ada dua perlawanan berlangsung nanti dan kami harap […]
PSM Tawar Rumput SNBJ Percuma Kepada Orang Awam

Perbadanan Stadium Malaysia memaklumkan bahawa akan menawarkan rumput padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) secara percuma kepada orang awam. Penawaran ini dilakukan kerana kerja-kerja penggantian rumput baharu akan dibuat tidak lama lagi. Orang awam boleh hadir pada jumaat ini 31 Mac untuk mengambil rumput stadium yang dikenali sebagai Cow Grass. Waktu pengambilan mempunyai dua sesi […]
SNBJ Akhirnya Gunakan Kanvas Sendiri

Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ditutup menggunakan kanvas susulan hujan lebat pada petang tadi. Kanvas yang digunakan adalah milik Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk memastikan keadaan padang tidak banjir atau bertakung. Ini adalah tindakan yang drastik dibuat PSM demi menjaga kualiti padang menjelang pertembungan Piala AFF Mitshibushi pada malam ini. Perlawanan malam ini menyaksikan pertembungan […]
SNBJ Bakal Dibanjiri Lebih 20,000 Ekor Harimau Malaya

Sungguhpun Malaysia bakal memulakan aksi pembukaan menentang Myanmar hari ini, namun kehadiran di gelanggang keramat Harimau Malaya dikahabarkan sudah laku keras. Skuad kendalian Kim Pan-gon yang berada dalam Kumpulan B akan memulakan saingan di gelanggang sendiri pada aksi kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil menentang Laos. Setelah mendapat respon yang pelbagai mengenai harga tiket di […]