Singapura Tambah Dua Tenaga Pakar Sebelum Lawan China

Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang China, Singapura mula menambahbaik barisan kejurulatihan mereka. Selepas merekrut jurulatih Jepun, Tsutomu Ogura, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan perlantikan Kosei Nakamura sebagai penolong jurulatih. Sementara jurulatih BG Tampines Rovers, Gavin Lee dijemput menyertai barisan kejurulatihan The Lions untuk aksi kelayakan menentang China. Nakamura, 42, memiliki pengalaman sebagai […]
BATC: Aaron Chia & Wooi Yik Ketuai Kemaraan Malaysia Ke Separuh Akhir, Tewaskan Singapura

Kontinjen badminton lelaki Malaysia menepati ramalan layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024. Skuad negara berjaya mara selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas negara jiran, Singapura di peringkat suku akhir hari ini. Kem negara membuat sedikit perubahan dengan meletakkan Ng Tze Yong sebagai perseorangan lelaki pertama menggantikan pemain perseorangan ke-10 dunia, Lee […]
Bekas Jurulatih Jepun Kini Bimbing Singapura

Bekas penolong jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Jepun, Tsutomu Ogura telah dinamakan sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Singapura yang baharu. Perkara ini telah dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menerusi satu kenyataan rasmi hari ini. Pengendali berusia 57 tahun itu bakal menjadi jurulatih Jepun ketiga berturut-turut yang mengendalikan Lions. Beliau memiliki reputasi yang cukup […]
Singapura Pecat Takayuki Nishigaya

Berita mengejutkan untuk bola sepak Singapura apabila Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) telah memecat ketua jurulatih Takayuki Nishigaya. Perkara tersebut diumumkan oleh pihak FAS setelah meneliti prestasi merudum skuad kebangsaan Singapura dibawah kendalian jurulatih berusia 50 tahun itu. “Masa untuk melaksanakan perubahan ini juga dicapai selepas pertimbangan yang teliti diambil.” “Persembahan dan keputusan pasukan kebangsaan […]
Giliran Kedudukan Jurulatih Singapura Bakal Tergugat

Selepas Thailand, giliran jiran Malaysia di seberang Tambak Johor iaitu Singapura pula merasai perubahan dari segi kejurulatihan. Perubahan ini bakal dibuat selepas Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) kurang berpuas hati dengan prestasi The Lions di bawah bimbingan Takayuki Nishigaya untuk tahun 2023. Ini termasuk dua kekalahan yang dialami Singapura dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 […]
Pasukan Antarabangsa Dijemput Sertai Liga Singapura

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) bakal membuat rombakan ke atas Singapore Premier League (SPL) pada musim hadapan. Ini selepas badan induk bola sepak Singapura itu mengeluarkan pengumuman Request for Proposal (RFP) kelab ke-10 SPL di laman sesawang rasmi mereka pada 6 Disember lalu. FAS berbuat demikian kerana mahu menambahbaik kualiti SPL termasuk menarik lebih ramai […]
Pasangan Bapa & Anak OKU Menyentuh Hati, Tamatkan Maraton Sambil Dukung Anaknya

Seorang bapa mencuri perhatian ramai apabila mendukung anaknya yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) dalam perlumbaan Maraton Standard Chartered Singapura yang berlangsung pada 3 Disember lalu. Wira Sudepja Rabu mendukung anaknya, Dihan yang mengalami cerebral palsi untuk menamatkan perlumbaan maraton kategori kerusi roda 10 kilometer (km). Selepas tamat perlumbaan, Wira meletakkan puteri kesayangannya itu dalam […]
Giliran Singapura Mahu Anjurkan Piala Dunia B-17

Selepas melihat Indonesia berjaya menjadi tuan rumah Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) 2023, Singapura kini mahu melakukan perkara sama. Ini berdasarkan satu kenyataan yang dibuat Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) kepada media semalam. FAS memaklumkan mereka sudah menandatangani Letter of Intent (Surat Niat) dengan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi membincangkan dan bidaan sebagai […]
Persahabatan Antarabangsa Wanita: Bangladesh Aibkan Singapura 8-0

Skuad wanita Singapura tiada jawapan kepada barisan serangan Bangladesh apabila dibelasah 8-0 di Stadium Bir Shrestha Shaheed Shipahi Mustofa Kamal hari ini. Selepas tewas 3-0 kepada lawan sama beberapa hari lepas, The Lionesses berharap dapat bangkit dan mencipta kemenangan di gelanggang lawan. Atas sebab itulah, Singapura yang dibimbing Karim Bencherifa membuat beberapa pertukaran termasuk menurunkan […]
Park Hang-seo Bakal Jadi Jurulatih Singapura?

Bekas pengendali skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo sehingga kini masih belum memutuskan pasukan mana yang akan dikendalikannya selepas meninggalkan Vietnam pada awal tahun ini. Sebelum ini, terdapat desas-desus mengenai dirinya yang akan menjadi jurulatih Thailand namun ianya tidak menjadi kenyataan apabila Thailand melantik jurulatih dari Jepun, Masatada Ishii. Bagi Hang-seo, setakat ini beliau hanya menjalankan […]
5 Negara ASEAN Catat Penurunan Ranking FIFA

Ranking FIFA Masa-Nyata ASEAN: 5 negara ASEAN merekodkan penurunan ranking FIFA selepas mengharungi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 baru-baru ini. Hal ini berbeza dengan Malaysia yang mempamerkan perjuangan hebat untuk menewaskan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei. Kemenangan membolehkan Malaysia meraih tambahan +26.1 mata untuk naik ke tangga 130 dunia dengan 1122.9 mata. 4 […]
“Lihat Badan Dia, Dia Kuat Seperti Mesin” – Mano Polking

Kemenangan 3-1 Thailand ke atas Singapura dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 semalam memperlihatkan beberapa pemain Thailand menunjukkan aksi memukau. Antara pemain yang mempamerkan permainan yang berkualiti adalah Suphanat Mueanta, Teerasil Dangda dan Supachok Sarachat. Suphanat berjaya meledak dua jaringan, abangnya, Supachok menjaringkan satu gol manakala Teerasil telah menghasilkan dua bantuan gol. Mengulas kemenangan berharga Thailand, […]
Kelayakan Piala Dunia: Singapura Tewas Di Laman Sendiri Kepada Thailand

Aksi Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 diteruskan dengan pertembungan dua pasukan Asia Tenggara iaitu Singapura yang melayan kunjungan Thailand di Stadium Nasional Singapura sebentar tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terbaik demi mencapai kemenangan sulung dalam kempen kelayakan ini. Perlawanan dimulakan dengan Thailand terlebih dahulu menguji penjaga gol Singapura, Hassan Sunny seawal minit pertama melalui […]
Safuwan Baharudin Teruja Kembali Beraksi Di Hadapan Penyokong Sendiri

Selepas tewas pada aksi sulung Kelayakan Piala Dunia 2026 di tangan Korea Selatan, Singapura mahu bangkit semula dalam perlawanan kedua menentang Thailand malam ini (21 November). Pemain pertahanan Singapura, Safuwan Baharudin telah melaungkan keyakinan untuk mendapatkan tiga mata di hadapan ribuan penyokong sendiri kerana perasaannya amat berbeza. “Rasa seronok dapat kembali terutama bermain di tempat […]
“Corak Permainan Singapura Menjengkelkan” – Mano Polking

Thailand bakal bertemu Singapura dalam perlawanan kedua Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 yang dijadualkan esok 21 November. Biarpun beraksi di gelanggang lawan, jurulatih Thailand, Mano Polking tetap yakin anak-anak buahnya akan berusaha sehabis baik untuk mencuri tiga mata dari Stadium Nasional Singapura. Pada pendapat beliau, Singapura bukanlah sebuah pasukan yang lemah namun corak permainan […]
Pertemuan Thailand & Singapura Datang Dengan Ujian Hebat

Pasukan kebangsaan Thailand menerima tamparan hebat apabila terpaksa turun tanpa beberapa tonggak utama berdepan Singapura di laman lawan. Pasukan ke -112 dunia itu bakal ke Stadium Jalan Besar dengan hasrat untuk melakar kebangkitan selepas tumbang kepada China dengan keputusan 2-1. Singapura pula sukar menandingi kehandalan jaguh Piala Dunia, Korea Selatan apabila dibelasah 5-0 di laman […]