Sikh Izhan Harap Penang Cepat Serap Ilmu Merzagua Abderrazak

Penjaga gol kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel berharap Penang FC segera menyerap ilmu yang diajar pemangku jurulatih pasukan itu, Merzagua Abderrazak. Merzagua yang juga pengarah teknikal pasukan itu menggalas peranan sebagai pemangku jurulatih selepas pengurusan Penang memilih merehatkan jurulatih sebelumnya, Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Keputusan itu dibuat susulan Penang gagal merekodkan sebarang kemenangan dalam lima perlawanan. […]

3 Pemain Penang Buka Mata Pau Marti

Tiga tonggak Penang FC berjaya menambat perhatian pemangku jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente menjelang kempen Pestabola Merdeka 2024. Tiga pemain tersebut ialah Syamer Kutty Abba, Adib Ra’op dan Sikh Izhan Nazrel. Syamer dan Adib tersenarai dalam senarai 26 pemain yang menyertai kem latihan Harimau Malaya. Manakala Sikh Izhan pula diletakkan dalam senarai pemain yang […]

Nama 3 Pemain Dicadang Perkuat Harimau Malaya

3 pemain Harimau Malaya dicadang untuk memperkuat pasukan di bawah kendalian Pau Marti. Keputusan mengejut oleh bekas pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon meninggalkan pasukan telah membuak ruang buat jurulatih Sepanyol itu berkhidmat sebagai ketua jurulatih. Menurut pemerhatian bekas pemain negara, Razman Roslan, beliau mahu melihat pemain yang menyerlah dalam liga dipanggil untuk membawa cabaran Harimau Malaya. […]

Sokongan Penang Bantu Sikh Izhan Menyerlah

Penjaga gol utama Penang FC, Sikh Izhan Nazrel mengakui sokongan yang diberi Penang FC khususnya jurulatih, Akmal Rizal Ahmad Rakhli membantunya menonjolkan prestasi terbaik untuk musim 2024/25. Sejak menyertai Harimau Kumbang secara pinjaman semusim dari Selangor FC, penjaga gol berusia 22 tahun itu membuktikan dirinya antara penjaga gol terbaik negara ketika ini. Sikh Izhan bukan […]

Nasihat Johan Kamal Dorong Sikh Izhan Cari Angin Baru

Penjaga gol Selangor FC yang dipinjamkan ke Penang FC, Sikh Izhan menganggap nasihat daripada Ketua Pegawai Operasi (CEO) Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon mendorong beliau tinggalkan Selangor. Johan Kamal dikatakan telah menasihati Sikh Izhan untuk berhijrah bagi minit permainan serta masa depan penjaga gol muda berusia 22 tahun itu. “Penang adalah satu pasukan yang saya […]

3 Pemain Dicadang Perkuat Harimau Malaya

3 pemain muda negara dicadang untuk membantu kempen Harimau Malaya di Pestabola Merdeka 2024. Perkara ini disuarakan oleh bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan yang mahu melihat watak segar membarisi skuad negara. Katanya, Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon kini memiliki tempoh sekitar dua bulan untuk melakukan penilaian dan membawa skuad terbaik untuk menebus kehampaan edisi lalu. […]

Posisi Penyerang Hampir Buatkan Karier Profesional Sikh Izhan Musnah

Penjaga gol Penang FC, Sikh Izhan Nazrel mendedahkan bahawa karier profesionalnya tidak akan sampai ke tahap sekarang jika tidak kerana memilih posisi penjaga gol di saat akhir. Penjaga gol Harimau Malaya itu berkongsi bahawa pada awalnya, beliau bukanlah seorang penjaga gol tetapi posisi utamanya adalah penyerang utama. Namun dek kerana saingan yang hebat di posisi […]

3 Pemain Penang Tambat Hati Kim Pan-gon

3 Pemain Penang FC difahamkan telah berjayaenambat hati Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu giat berkunjung ke setiap venue perlawanan bagi memantau pemain yang layak dipanggil bersama skuad kebangsaan. Beliau dikesan menghadiri kedua-dua perlawanan The Phanters musim ini ketika berjaya mengikat Sabah dan juga Terengganu FC dengan keputusan 0-0. Menerusi […]

Perbezaan ‘Saham’ Tiga Penjaga Gol Malaysia Jadi Tumpuan

Perbezaan terkini saham tiga penjaga gol utama Malaysia mencetuskan perbualan dalam kalangan peminat. Skuad kendalian Kim Pan-gon baru sahaja tamat mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 yang menyaksikan Harimau Malaya tewas kedua-dua perlawanan dengan keputusan 2-0. Kedudukan ini menyaksikan Malaysia turun ke tangga ketiga kumpulan selepas mengumpul 6 mata daripada 4 perlawanan. Perkembangan posisi penjaga […]

Selangor Lepaskan 3 Pemain Ke Seteru Liga Super

Finalis Piala Malaysia 2022, Selangor FC membuat keputusan untuk melepaskan tiga bintang ke seteru Liga Super. The Red Giants sebelum ini terpaksa menerima hakikat apabila kehilangan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe yang berhijrah ke Thailand bersama Police Tero. Perpindahan itu menyaksikan pasukan Lembah Klang itu membuat keputusan untuk melantik Nidzam Jamil sebagai pengendali baharu. Keadaan […]

“Saya Lihat Dia Terbaring, Ini Bukan Kecederaan Biasa”

Penjaga gol Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Sikh Izhan Nazrel mengakui terkejut apabila melihat kecederaan yang menimpa rakan sepasukan, Azam Azmi Murad baru-baru ini. Azam yang ketika itu beraksi untuk skuad senior negara menentang Oman terpaksa diusung keluar pada babak pertama selepas mengalami kecederaan serius. Perkara ini turut diakui jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Disebabkan […]

Selangor Hilang Dua Penjaga Gol Dalam Satu Masa

Pasukan Liga Super, Selangor FC kehilangan dua penjaga gol berbakat dalam satu masa. Keputusan penjaga gol kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel yang membawa haluan ke utara tanah air menyaksikan pasukan hanya memiliki tiga penjaga gol berbakat. Pemain berusia 22 tahun itu dipinjamkan kepada Negeri Sembilan pada musim lalu berjaya menampilkan persembahan cemerlang. Beliau berjaya mencuri perhatian […]

Sikh Izhan Sedia Ambil Ilmu Dua Penjaga Gol Senior

Penjaga gol kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman sedia menuntut ilmu bersama dua penjaga gol senior, Ahmad Syihan Hazmi dan Muhammad Azri Ab Ghani. Penjaga gol berusia 21 tahun itu sekali lagi diberi tanggungjawab yang besar oleh jurulatih negara, Kim Pan-gon bagi menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan berlangsung pada 8 Mac ini. […]

Penjaga Gol Malaysia Pulang Ke Utara

Penjaga gol Malaysia, Sikh Izhan Nazrel hari ini diumumkan sebagai penjaga gol baru buat pasukan Penang. Beliau yang sebelum ini telah menandatangani kontrak lanjutan bersama pasukan Selangor memilih untuk pulang ke bumi utara bagi memperkuat skuad kendalian Akmal Rizal Rakhli. Selain Sikh, Penang turut menerima kehadiran beberapa pemain baru seperti Muhaimin Izzuddin, Nabil Latpi dan […]

Sikh Izhan Dipinjamkan Sekali Lagi

Penjaga gol skuad kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel difahamkan akan meninggalkan Selangor FC secara pinjaman sekali lagi selepas selepas melalui musim hebat bersama Negeri Sembilan FC musim lalu. Pemain berusia 21 tahun itu dilaporkan semakin hampir menyertai Penang FC bagi saingan musim baharu 2024/2025. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam […]

Dua Pemain Tunjang Malaysia Kekal Di Selangor

Selangor mengekalkan khidmat dua pemain yang merupakan tunjang pasukan kebangsaan Malaysia ketika ini. Penjaga gol muda, Sikh Izhan serta pemain pertahanan, Khuzaimi Piee sah melanjutkan kontrak bersama pasukan Gergasi Merah untuk saingan liga Malaysia musim 2024. Kedua-dua pemain tersebut merupakan pemain yang dipanggil oleh Kim Pan-gon untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan di Piala Asia 2023 pada […]