BG Pathum Beri Amaran Awal Kepada Terengganu

Jaguh Liga Thailand, BG Pathum United telah memberi amaran awal kepada Terengganu FC. Skuad kendalian Makoto Teguramuri kini sedang menjalani latihan pra-musim dengan berdepan beberapa kelab sekitar Asia dan Eropah. BG Pathum memulakan aksi pra-musim dengan mengejutkan finalis Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Borussia Dortmund dengan keputusan 4-0. Prestasi memberangsangkan ini diteruskan ketika menentang wakil Hong […]

Shopee Cup: Senarai 12 Pasukan, 2 Wakil Malaysia Sudah Terjawab

Senarai 12 pasukan yang bakal berentap dalam saingan Shopee Cup 2024/25 akhirnya terjawab. Senarai 12 pasukan ini lengkap apabila kelab Myanmar, Shan United dan kelab Kemboja, Preah Khan Reach Svay Rieng mengesahkan kelayakan ke peringkat kumpulan. Preah Khan Reach Svay Rieng layak selepas mengenepikan cabaran kelab Laos, Young Elephants dengan keputusan agregat 8-3. Sementara Shan […]

Terengganu Batalkan Kerjasama Dengan XFOX

Pasukan Pantai Timur, Terengganu FC memutuskan untuk membatalkan kerjasama dengan penaja terbaru mereka, XFOX. Keputusan ini diumumkan menerusi satu kenyataan media yang disiarkan di platform media sosial rasmi Peteh hari ini. Sebelum ini, XFOX diumumkan sebagai penaja rasmi Terengganu untuk saingan ASEAN Club Championship atau Shopee Cup untuk musim 2024/25. Menerusi kerjasama ini, Terengganu bukan […]

KL City & Terengganu ‘Ganti’ JDT

Dua wakil Liga Malaysia, Kuala Lumpur City dan juga Terengganu menjadi pengganti Johor Darul Ta’zim (JDT ) di Shopee Cup. Perkara itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkenaan usaha FAM dan MFL untuk membantu JDT memberi fokus terhadap saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Hal ini susulan tiada pertembungan aksi antara dua […]

AFF Hormati Permintaan Terengganu

Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) telah membuat perubahan bagi memenuhi keperluan pasukan Terengganu FC untuk kempen Shopee Cup 2024/25. Terengganu membawa cabaran Malaysia dalam saingan Shopee Cup atau nama rasminya, ASEAN Club Championship. Pasukan dari Pantai Timur itu turut disertai finalis Piala FA 2023, KL City FC sebagai satu lagi wakil negara. Majlis undian kumpulan […]

Terengganu Hadapi Laluan Mudah Di Shopee Cup

Jaguh Pantai Timur, Terengganu dijangka tidak berdepan masalah sukar untuk melepas peringkat kumpulan Shopee Cup 2024/2024. Menerusi undian Shoppe Cup yang dijalankan pada Khamis, anak didik Tomislav Steinbruckner telah diundi berada di dalam kumpulan A bersama wakil Thailand, BG Pathum United, PSM Makassar dari Indonesia dan Dong A Thanh Hoa dari Vietnam. Dua pasukan lagi […]

4 Lawan Kelas Tinggi Hadapi Tentangan Hebat KL City

Kelab Lembah Klang, KL City FC bakal memberi saingan hebat dalam saingan Shopee Cup musim 2024/25. Shopee Cup atau nama rasminya ASEAN Club Championship menyaksikan 12 pasukan bersaing bagi menentukan kelab terbaik di rantau Asia Tenggara. Malaysia diwakili oleh KL City selaku naib juara Piala FA edisi 2023. Sementara naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu […]

Shopee Cup: Terengganu Lega, KL City Hadap Sengsara Buriram & Lion City

Undian Shopee Cup 2024 menyaksikan Terengganu dan KL City FC menghadapi laluan berliku apabila diundi berdepan lawan yang bukan calang-calang. Majlis undian yang berlangsung di Ho Chi Minh City itu menyaksikan kejohanan berprestij Asia Tenggara ini dihangatkan oleh beberapa pasukan gergasi rantau ini. Thailand diwakili oleh dua kelab besar iaitu Buriram United dan juga BG […]

3 Kelab ACL Bakal Jadi Lawan Terengganu Dan KL City

Tiga kelab yang sangat sinonim di pentas tertinggi Asia iaitu Liga Juara-Juara AFC (ACL) disahkan bakal menjadi lawan buat dua kelab Malaysia, Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC (KL City) dalam kejohanan Shopee Cup. Ketiga-tiga kelab tersebut adalah Buriram United (Thailand), BG Pathum United (Thailand) dan Lion City Sailors (Singapura). Terengganu dan KL City […]

Dion Cools Berpotensi Beraksi Menentang Kelab Malaysia

Pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools berpeluang beraksi menentang kelab Malaysia apabila saingan Shopee Cup bermula pada 17 Julai ini. Ini selepas kelab beliau, Buriram United dinamakan sebagai salah satu daripada dua wakil Thailand yang beraksi dalam kejohanan itu. Sementara BG Pathum United dipilih sebagai satu lagi pasukan yang mengiringi Buriram ke Shopee Cup. Buriram dipilih […]

12 Pasukan Di Shopee Cup, Buriram & BG Pathum Turut Tersenarai

Peminat bola sepak Asia Tenggara teruja apabila dua kelab gergasi Thailand, Buriram United dan BG Pathum United tersenarai sebagai 12 kelab yang menyertai Shopee Cup. ASEAN Football melaporkan nama dua kelab itu dipilih sebagai wakil Thailand untuk Shopee Cup atau nama rasminya, ASEAN Club Championship. Kedua-dua kelab ini dipilih atas sebab Buriram merupakan juara Thai […]

Siaran Langsung Undian Shopee Cup: Terengganu & KL City

Siaran langsung Shopee Cup 2024 menjadi tumpuan dengan dua wakil Malaysia bakal membawa cabaran negara dalam kejohanan Asia Tenggara ini. Shopee Cup bakal menampilkan 12 pasukan utama rantau Asia Tenggara dan bakal bersaing dalam 40 perlawanan. Selaras dengan perubahan liga-liga serantau yang mengikut kalendar yang ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shopee Cup bakal berlangsung dari […]

Persija Jakarta Tarik Diri Sertai Shopee Cup

Kelab Liga 1 Indonesia, Persija Jakarta membuat keputusan mengejut dengan menarik diri daripada menyertai kejohanan terbaru kelab ASEAN, Shopee Cup. Pengumuman ini dibuat presiden kelab, Mohamad Prapanca di laman sesawang rasmi mereka semalam. Sebelum ini, nama Persija dan PSM Makassar dipilih sebagai wakil Indonesia untuk Shopee Cup atau nama rasminya, ASEAN Club Championship untuk musim […]

4 Kejohanan Besar Bakal Hangatkan Bola Sepak Asia

Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) mengumumkan empat kejohanan besar Asia Tenggara bakal diletakkan di bawah satu platform digital tunggal iaitu ASEAN United FC. Usaha ini terhasil menerusi kerjasama yang terjalin antara AFF dan rakan komersial eksklusif SPORTFIVE. ASEAN United FC bakal meliputi empat kejohanan utama rantau Asia Tenggara iaitu ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024, ASEAN […]

Brendan Gan Kekal Beraksi Di Asia

Hasrat pemain tengah, Brendan Gan untuk beraksi di pentas Asia masih belum terkubur. Musim lalu, Brendan menjadi tonggak utama pasukan Selangor membawa The Red Giants layak ke peringkat Asia selepas muncul naib juara Liga Super. Namun begitu, khidmat beliau tidak disambung oleh pihak pengurusan Selangor menyaksikan beliau akur membawa haluan baharu dengan menyertai seteru setempat, […]

KL City & Terengganu Jadi Wakil Malaysia Di Shopee Cup

Dua kelab Liga Super, Terengganu FC dan KL City FC sah menggalas cabaran negara ke saingan Shopee Cup musim 2024-2025. Pemilihan kedua-dua kelab ini dibuat disebabkan status mereka sebagai finalis Piala Malaysia 2023 dan finalis Piala FA 2023. Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard dan Pengarah Sukan Terengganu, […]