Ingkar Panggilan Timnas, Shin Tae-yong Jatuhkan Hukuman Berat Kepada Pemain

Jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong sangat terkenal dengan ketegasan dan penerapan disiplin yang tinggi kepada para pemainnya. Dan yang terkini, giliran pemain muda Garuda iaitu Ramai Rumakiek dihukum. Shin Tae-yong dilihat bertindak tegas terhadap Ramai Rumakiek gara-gara ingkar panggilan ke skuad kebangsaan untuk Sukan Sea 2021. Melihat kepada ketidakhadiran Ramai Rumakiek dalam […]
Jurulatih Ansan Greeners FC ‘Tak Sebulu’ Dengan Shin Tae-yong Berkenaan Asnawi Mangkualam

Jurulatih Ansan Greeners FC, Cho Min-kook bertegas dengan pendiriannya mengenai posisi terbaik pemain kebangsaan Indonesia, Asnawi Mangkualam. Beliau akui tidak bersependapat dengan Shin Tae-yong dan tidak mengendahkan saranan daripadanya. Sebelum ini, Shin Tae-yong sudah memberi cadangan kepada Cho Min-kook untuk lebih kerap memainkan Asnawi di posisi bek sayap kanan supaya potensi Asnawi dapat digunakan semaksima […]
Bima Sakti Ganti Tempat Shin Tae-yong

Jurulatih skuad kebangsaan Indonesia Bawah 16 Tahun, Bima Sakti diberi tanggungjawab khas untuk mengetuai kem pusat latihan bagi Sukan SEA 2021 bagi skuad bawah 23 tahun. Kem latihan pusat sudah bermula dan difahamkan Shin Tae-yong tidak berada di kem latihan pusat Jakarta oleh kerana ketika ini beliau mempunyai tugas untuk mengendali pasukan kebangsaan Bawah 19 […]
Shin Tae-yong Perkenalkan Latihan Ala Askar, Fokus Tingkatkan Tahap Fizikal Pemain

Pengendali skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong yakin prestasi pemain bawah 19 tahun Indonesia akan terus meningkat setelah berkampung hampir sebulan di Korea Selatan. Menurut Shin Tae-yong, pemainnya pastu akan menimba ilmu ketika menentang pasukan-pasukan yang kuat. Shin Tae-yong meramalkan pada peringkat awal, para pemain akan menganggap penerapan latihan dan perlawanan disana adalah sukar namun itu […]
Indonesia Kekal ‘Darah Muda’ Di Kelayakan Piala Asia

Pasukan kebangsaan Indonesia dijangka bakal terus mempertaruhkan bakat muda di Kelayakan Piala Asia yang bakal berlangsung Jun ini. Hal ini disebabkan, 80 peratus daripada skuad yang bakal tampil di kejohanan tersebut terdiri daripada pemain yang beraksi di sukan SEA 2021. Menurut penjelasan jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong, beliau mahu mempersiapkan pasukan kebangsaan dengan senarai pemain […]
Bekas Pembantu Shin Tae-yong Kini Jurulatih Vietnam

Bekas pembantu jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Gong Oh-kyun kini secara rasminya telah diumumkan sebagai jurulatih baharu pasukan Vietnam. Menurut satu kenyataan oleh media di Vietnam iaitu Zingnews, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu bakal memperkuatkan pasukan bawah 23 tahun Vietnam sejurus sahaja Sukan Sea 2022. Jurulatih berusia 47 tahun itu sebelum ini difahamkan akan menjadi pembantu […]
Shin Tae-yong Risau, Kini Buru Pemain Warisan Dari Eropah

Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) PSSI, Hasani Abdulgani menyatakan bahawa Jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong mula risau sekaligus menyarakannya mencari pemain yang berturunan Eropah jika ada. Hasani menjelaskan PSSI kini dalam proses untuk memiliki 2 pemain warisan dari Eropah, antaranya adalah Sandy Walsh dan Jordi Amat. Dalam pada itu, Hasani juga melihat Tijjani Reijnders adalah salah […]
Langkah Bijak PSSI Naturalisasikan Pemain Pertahanan Berpengalaman Jordi Amat

Keputusan PSSI untuk menaturalisasikan pemain pertahanan terkemuka Eropah, Jordi Amat dilihat sebagai satu percaturan yang cukup baik dalam usaha mengukuhkan lagi jentera pasukan Indonesia. Sebelum ini, berita mengenai usaha yang dilakukan oleh pihak PSSI sudah pun tular apabila dikatakan bahawa jurulatih pasukan Indonesia, Shi Tae Yong berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut bersama beberapa orang […]
Shin Tae-yong Berang, PSSI & Kerajaan Lambat Selesaikan Masalah Pemain Warisan

Jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong dilihat kecewa dengan tindakkan PSSI & Kerajaan yang masih menangguh proses untuk selesaikan masalah pemain warisan ini. Shin tae-yong menjelaskan dokumen yang diperlukan untuk menjadi pemain warisan sudahpun lengkap namun perkara ini belum ada keputusan rasmi oleh PSSI sejak dua bulan lepas lagi. Sementara itu, nama pemain warisan yang belum […]
Shin Tae-Yong Kini Seorang Model

Pengendali pasukan bola sepak Indonesia, Shin Tae-Yong kini menceburi bidang permodelan setelah dipilih menjadi model kepada satu jenama kopi iaitu Kopi Luwak. Kopi Luwak merupakan salah satu jenama kopi yang ternama di Indonesia. Shin Tae-Yong berkongsi tentang perkara itu kepada pihak media dan wartawan Korea Selatan. Menurut STY, beliau kini sedang dalam satu penggambaran di […]
PSSI Dedah Gaji ‘Luar Biasa’ Diterima Shin Tae-yong Di Indonesia

Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Iwan Bule mendedahkan kos dan gaji diterima ketua jurulatihnya dari Korea Selatan, Shin Tae-yong dalam satu podcast bersama Deddy Corbuzier. Menurutnya bayaran yang diterima Shin Tae-yong adalah sekitar RP 1.1 bilion (RM320,000) sebulan dan termasuk pembantunya keseluruhannya sekitar RP 2 bilion (RM583,000) sebulan. Walaubagaimanpun, menurutnya bayaran tersebut […]
Shin Tae-yong Kejutkan Dunia, Panggil Ronaldo 17 Tahun Untuk Lawan Timor Leste

Kejayaan Shin Tae-yong dalam arena kejurulatihan sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Yang terkini adalah beliau berjaya membawa Indonesia menjadi naib juara Piala AFF Suzuki 2020 di mana rata-rata pemain Indonesia merupakan pemain muda. Jurulatih berasal dari Korea Selatan itu kini meneruskan cara beliau yang tersendiri dalam membentuk skuad terbaik buat Indonesia. Untuk tempoh FIFA Matchday […]
Shin Tae-yong Akui Posisi Penyerang Indonesia Adalah Posisi Terlemah

Indonesia terpaksa akur dengan kehebatan Thailand selepas tewas dengan agregat 6-2 dalam final Piala AFF Suzuki 2020 yang melabuhkan tirainya semalam. Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong memberitahu kepada wartawan selepas perlawanan bahawa terdapat kelemahan yang membuatkan mereka gagal menjulang trofi ‘agung’ bola sepak Asia Tenggara itu. Pengendali dari Korea Selatan itu akui bahawa posisi penyerang dalam […]
Shin Tae-yong Anggap Bola Itu Bulat, Polking Tak Puas Hati Lagi

Pertembungan akhir pertama Piala AFF 2020 di Stadium Nasional Singapura jelas memihak kepada Thailand dengan kemenangan mutlak buat pasukan bimbingan Alexandré Pölking dengan kemenangan 0-4. Timnas Indonesia dilihat sukar untuk bangkit dalam perlawanan akhir timbal balik yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini 1 Januari 2022 dengan 4 defisit gol namun ketua jurulatih Timnas, Shin Tae-yong masih […]
Shin Tae-yong Bagi Amaran Keras Kepada Pemain Indonesia Yang ‘Lupa Diri’

Sejurus tamat perlawanan separuh akhir ke-2 di antara pasukan Indonesia dan Singapura, ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong ternyata berang dengan tindakan pemainnya yang melakukan provokasi. Beliau ternyata tidak selesa dengan tindakan pemain Indonesia yang beraksi di Liga Korea, Asnawi Mangkualam melakukan provokasi kepada Faris Ramli yang gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit-minit terakhir perlawanan. […]
Shin Tae-Yong Anggap Dion Cools Sebagai Seorang Yang Tiada Stamina

Pasukan Indonesia menjadi Juara Kumpulan B selepas berjaya menundukkan Malaysia pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan sekaligus melayakkan diri ke pusingan separuh akhir dalam saingan Piala AFF Suzuki edisi kali ini. Jurulatih pasukan Indonesia, Shin Tae-Yong menyifatkan bahawa pemain kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools merupakan antara seorang pemain yang tiada stamina ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. Beliau […]