AFC Asian Cup: Indonesia Tewaskan Vietnam

Indonesia berjaya menewaskan Vietnam untuk meraih kemenangan pertama di pentas Piala Asia 2023. Skuad kendalian Shin Tae-yong menampilkan aksi bertenaga apabila kerap menekan pemain Vietnam dan pantas melakukan serangan sehinggakan Vietnam bergelut untuk menyerang. Sandy Walsh hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-36 namun tandukan beliau berjaya ditepis penjaga gol Vietnam, Philip Nguyen. Indonesia akhirnya […]
AFC Asian Cup: Shin Tae-Yong Akui Pemain Indonesia Gugup

Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong menyifatkan barisan pemain muda kegugupan ketika beraksi dalam perlawanan pertama Piala Asia tempoh hari. Indonesia terpaksa akur tewas kepada pasukan Iraq dengan keputusan 1-3. Jurulatih berasal dari Korea Selatan itu percaya pasukannya telah melakukan persediaan yang rapi menjelang perlawanan pertama. “Kami telah membuat persediaan dengan baik, tetapi hanya kerana terdapat begitu […]
“Bekerjalah Di Tempat Anda Dihargai” – Saddil Ramdani

Pemain sayap sensasi Timnas Indonesia, Saddil Ramdani memuat naik satu kenyataan yang menggambarkan isi hatinya ketika ini. Bintang berusia 25 tahun itu merupakan pemain utama di peringkat kelab sejak beberapa musim kebelakangan ini bersama The Rhinos. Beliau juga menjadi taruhan ketua jurulatih Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee sehingga berjaya membantu kecemerlangan Sabah di pentas […]
Netizen Indonesia Berang Saddil Ramdani Disisihkan

Ramai peminat bola sepak Indonesia terkejut apabila nama Saddil Ramdani disisihkan daripada barisan 26 pemain yang akan menghadapi kempen Piala Asia 2023. Nama pemain sayap Sabah FC itu dan Arkhan Fikri (Arema FC) sah digugurkan menerusi senarai yang dikeluarkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) pada 11 Januari lalu. Apabila ditanya sebab pengguguran Saddil oleh media, […]
Piala Asia: Selamat Tinggal Saddil Ramdani

Pemain sayap sensasi pasukan Timnas Indonesia, Saddil Ramdani secara rasminya tidak akan berada dalam skuad Sang Garuda di Piala Asia. Bintang lincah Sabah FC itu menikmati musim terbaik bersama The Rhinos musim ini selepas beraksi hampir semua perlawanan dalam Liga Super Malaysia. Beliau juga memainkan peranan yang amat besar bersama pasukan Timnas Indonesia di bawah […]
Shin Tae-yong Tak Pandai Guna Jordi Amat?

Ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong dikatakan tidak tahu untuk menggunakan pemain pertahanan pasukan, Jordi Amat sejak beliau bersama pasukan. Pemain berusia 31 tahun itu menjadi pilihan utama oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu setelah berjaya didaftarkan sebagai pemain warisan Sang Garuda akhir tahun lalu. Bekas pertahanan Swansea City itu diturunkan kali pertama pada aksi […]
Kesilapan Pertahanan Kembali Hantui Indonesia

Kesilapan mudah kembali menghantui Indonesia dalam aksi kedua pemanas badan pra-Piala Asia 2023 menentang Libya semalam. Sebelum ini, dua kesilapan yang dilakukan bek tengah muda Wolverhampton Wanderers, Justin Hubner mengakibatkan Indonesia dibelasah The Knights of Mediterranean 4-0 dalam aksi pemanas badan pertama pada 2 Januari lalu. Kini, giliran bek tengah Persija Jakarta Rizky Ridho Ramadhani […]
Shin Tae-yong Bawa 7 Pemain Kelas Eropah Di Piala Asia

Kemunculan Indonesia yang dibimbing jurulatih Korea Selatan, Shin Tae-yong di Piala Asia 2023 bakal bawa aura berbeza. Ini kerana daripada 26 pemain yang diumumkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) semalam, tujuh daripadanya beraksi di Eropah. Mereka ialah Sandy Walsh (KV Mechelen), Shayne Pattynama (Viking FK), Elkan Baggott (Ipswich Town), Justin Hubner (Wolverhampton Wanderers), Marselino Ferdinan […]
Shin Tae-yong Bongkar Corak Latihan Unik Indonesia

Indonesia semakin bersedia untuk menghadapi kempen Piala Asia 2023 Qatar melalui latihan berintensiti tinggi di bawah kendalian Shin Tae-yong. Jurulatih dari Korea Selatan itu memberi bayangan bahawa para pemain Indonesia akan merasai tekanan dan kepenatan sebelum mereka berangkat ke Qatar. Skuad kebangsaan Indonesia kini sedang berkampung di Turki untuk latihan pusat selain menghadapi beberapa perlawanan […]
Kim Pan-gon Jadikan Park Hang-seo & Shin Tae-yong Sebagai Sumber Inspirasi

Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyifatkan dua rakan senegara, Park Hang-seo dan Shin Tae-yong sebagai sumber inspirasi beliau. Pan-gon berpandangan sedemikian kerana kejayaan yang dilakar dua jurulatih itu masing-masing bersama Vietnam dan Indonesia. Tempoh enam tahun Hang-seo bersama Pahlawan Bintang Emas menyaksikan Vietnam muncul juara Piala AFF edisi 2018. Selain itu, beliau juga turut membimbing […]
Dua Pemain Indonesia Buat ‘Hal’, Shin Tae-yong Berang

Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong naik berang selepas dua pemain muda Indonesia dikesan tidak menjaga pemakanan ketika berada di dalam kem kebangsaan. Kedua-dua pemain itu telah pun ditegur Tae-yong selepas dikesan telah makan mi segera di bilik hotel penginapan mereka di Turki. Melalui satu hantaran di Makanbola Indonesia, pembantu jurulatih, Nova Arianto mengesahkan […]
Indonesia Dalam Posisi Terbaik Pintas Filipina & Malaysia

Pasukan kebangsaan Indonesia berpeluang untuk memintas kedudukan Filipina dan Malaysia sekiranya mencatatkan keputusan positif di aksi Piala Asia 2023. Skuad bimbingan Shin Tae-yong mengharungi tempoh yang agak mencabar selepas gagal mencatatkan sebarang kemenangan di Kelayakan Piala Dunia 2026. Sang Garuda merekodkan keputusan seri 1-1 berdepan Filipina namun sudah pun tewas besar dengan keputusan 5-1 pada […]
Shin Tae-yong Yakin Indonesia Mampu Layak Ke Pusingan 16 Terbaik Piala Asia

Pasukan kebangsaan Indonesia kendalian Shin Tae-yong telah mensasarkan untuk layak ke pusingan 16 terakhir di Piala Asia 2023 Qatar bulan hadapan. Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh jurulatih berasal dari Korea Selatan itu seperti yang dilaporkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI). “Persiapan kita (adalah untuk) 16 terakhir. Untuk itu saya dan seluruh pemain akan berusaha […]
“Jangan Ulangi Kesilapan Semasa Menentang Iraq” – Shin Tae-yong

Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong mengharapkan barisan anak buahnya tampil lebih baik bila menentang Filipina esok. Aksi pertama Kumpulan F membabitkan Tim Garuda dan Iraq menyaksikan pasukan itu tewas 5-1 di tangan tuan rumah. Bukan itu saja, tiga daripada lima gol yang dijaringkan Singa Mesopotamia dalam perlawanan itu terhasil akibat kesilapan pemain Indonesia sendiri. Justeru, jurulatih […]
Ranking FIFA: Peluang Indonesia ‘Bedil’ Pasukan 68 Dunia, Lonjak Ke Tangga Ke-3 ASEAN

Pasukan kebangsaan Indonesia berpeluang untuk menghampiri kedudukan jiran serumpun, Malaysia dalam kedudukan ranking FIFA menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad bimbingan Shin Tae-yong berdepan dua ujian getir apabila bakal berdepan pasukan ke-68 dunia, Iraq dan juga Filipina bagi dua aksi awal kelayakan. Prestasi memberangsangkan Indonesia menyaksikan mereka sudah melonjak tiga tangga dalam kemas […]
Bekas ‘Orang Kuat’ Shin Tae-yong Kini Jurulatih Kelab Vietnam

Bekas penolong Shin Tae-yong di Indonesia, Gong Oh-kyun sah bergelar jurulatih juara V. League 1 musim lepas, CAHN. ASEAN Football mendedahkan Oh-kyun dibawa masuk menggantikan Flavio Cruz dari Brazil. Jurulatih Korea Selatan itu bakal melatih CAHN selama dua tahun. Dengan pengumuman ini, jurulatih interim Tran Tien Dai bakal kembali kepada jawatan asalnya sebagai pengarah teknikal […]