Sharul Nazeem Hargai Pengalaman Bersama Skuad Kebangsaan

Pertahanan tengah Selangor FC, Sharul Nazeem sentiasa menghargai pengalaman ketika dipanggil ke skuad kebangsaan dan berharap ianya dapat membantu meningkatkan prestasinya bersama Selangor untuk musim 2024/2025. Biarpun berjaya membantu Selangor menadapatkan slot beraksi di pentas Asia, bagi Sharul, beliau masih belum berpuas hati dengan apa yang dicapai dan berharap tahun 2024 akan jadi lebih baik […]

Sharul Nazeem ‘Selongkar’ Watak Berbeza Pertahanan Harimau Malaya

Pemain pertahanan Selangor, Sharul Nazeem tekad untuk memberikan yang terbaik jika diberi peluang untuk bermain. Pemain berusia 23 tahun itu akui ada persaingan sihat dalam kalangan pemain pertahanan Harimau Malaya ketika ini. Menurut Sharul, Malaysia kini lengkap dari segenap sudut dan emain pertahanan pula berbeza watak serta mempunyai gaya permainan berbeza. Bagi Sharul, ini memberi […]

Selangor Hilang Tiga Tonggak Utama Berdepan Sri Pahang

Selangor bakal berdepan tugas sukar menentang Sri Pahang dalam aksi pusingan kedua Piala FA esok. Selain menentang pasukan yang masih belum kalah dalam Liga Super, Gergasi Merah juga tempang tanpa tiga tonggak utama yang mengalami kecederaan. Tiga pemain tersebut ialah duo pemain import Noor Al-Rawabdeh dan Alex Agyarkawa serta bek tengah Sharul Nazeem. Ini memeningkan […]

Sharul Nazeem Anggap Kekalahan Jadi Pengajaran Bermakna Menjelang Piala Asia

Tersingkirnya Malaysia di pusingan separuh akhir Piala AFF semalam memang sukar untuk ditelan. Tetapi bagi bek tengah kebangsaan Sharul Nazeem, ia diharap dapat menjadi batu asas untuk Harimau Malaya tampil lebih mantap menjelang Piala Asia 2023. Ini kerana terdapat beberapa kelemahan pasukan yang perlu dibaiki selepas ini. Walaupun dari segi taktikal, Malaysia mengamalkan taktik sama […]

Piala AFF: Afro Tak Tahu Kenapa Pengadil Beri Penalti Kepada Myanmar

Skuad negara mungkin kehilangan dua mata dalam aksi pembukaan Piala AFF Mitsubishi Electric, jika tidak kerana kecemerlangan Ahmad Syihan Hazmi menyelamatkan sepakan penalti Myanmar pada minit ketiga masa kecederaan. Syihan menduga dengan tepat apabila terbang ke kiri gawangnya untuk menafikan percubaan Myat Kaung Khant sekaligus membantu Harimau Malaya mempertahankan kelebihan 1-0 jaringan Faisal Halim sehingga […]

“Kemasukan Sharul Nazeem Bukan Sebab Taktikal” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon akhirnya menjelaskan sebab membawa masuk pertahanan Selangor, Shahrul Nazeem untuk beraksi pada posisi tengah menentang Tajikistan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu menegaskan bahawa keputusan itu dilakukan bukan disebabkan oleh percaturan taktikal pasukan. Menentang lawan yang berada pada kedudukan yang lebih baik, beliau mahu membawa elemen fizikal yang lebih bagi […]

Aksi Kebal Sharul Nazeem Sekat Hasrat KL City

Pertahanan tengah pasukan Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar beraksi dengan cukup cemerlang untuk menafikan peluang KL City FC ke suku akhir Piala FA. Pemain berusia 23 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan dan membentuk gandingan yang cukup ampuh bersama Yaza Al’-Arab. Malah, beliau yang mesra disapa ‘Afro’ ini telah menyukarkan usaha barisan serangan pasukan […]

Kelibat 3 Pertahanan Tengah Yang Kena ‘Selera’ Kim Pan-gon

Pasukan Harimau Malaya yang kini berwajah baharu di bawah kendalian jurulatih, Kim Pan-gon dilihat memberi aksi yang cukup meyakinkan semasa siri perlawanan persahabatan di Singapura baru-baru ini. Namun begitu, perlawanan persahabatan kedua menentang Singapura itu menceritakan kerapuhan barisan pertahanan negara apabila ketiadaan pertahanan tengah, Khuzaimi Piee dilihat sebagai satu kehilangan besar apabila pasukan negara tewas […]

Sharul Nazeem Anggap Safiq Rahim Watak Penting Buat Malaysia

Pertahanan muda Selangor FC, Sharul Nazeem menganggap bekas kapten kebangsaan, Safiq Rahim adalah watak penting buat skuad negara musim ini kerana beliau diberi kepercayaan untuk kembali beraksi. Pemain yang berusia 23 tahun ini mengakui teruja dengan kehadiran pemain senior terutamanya Safiq Rahim sekaligus mahu menuntut ilmu dengan mereka. Dalam pada itu, Sharul juga menjelaskan saingan […]

Tuah Afro, Dari Liga Sosial Ke Skuad Kebangsaan

MakanBola.com, Petaling Jaya, 25 Sept –Senarai nama pemain skuad kebangsaan yang baru dipanggil kali ini telah menampilkan beberapa muka baharu bagi menghadapi kempen Piala AFF Suzuki dan kelayakan Piala Asia kelak. Harimau Malaya akan bertemu Jordan dan Uzbekisten pada Oktober depan sebagai persiapan awal. Perlawanan persahabatan ini bakal menjadi medan ujian buat Tan Cheng Hoe […]