Abdi Hassan & Shahrom Kalam Dilantik Penolong Jurulatih Selangor

Selangor FC mengumumkan perlantikan Shahrom Kalam dan Abdi Hassan sebagai penolong jurulatih kepada pengendali pasukan, Nidzam Jamil. Perlantikan dua figura berkenaan diumumkan pengurusan Merah Kuning menerusi satu pengumuman di laman sesawang rasmi pasukan. Perlantikan Shahrom dan Abdi dibuat bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan penolong jurulatih sebelumnya, Conor Nestor. Jurulatih Ireland itu meninggalkan Selangor untuk menggalas […]
Pemain Gombak FC Tunaikan Hasrat Besar Shahrom Kalam

Selepas tewas dua kali berturut-turut dalam Liga A1 Semi Pro, Gombak FC akhirnya mengecapi kemenangan kedua pada 28 Julai lalu. Gombak terpaksa bekerja keras sebelum mengenepikan cabaran Harini FT 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Dua gol pasukan itu disumbang Nazrul Kamaruzaman dan Isa Raman. Kemenangan ini sekaligus merealisasikan hajat pengendali mereka, Shahrom Kalam untuk […]
Shahrom Kalam Buka Mulut Selepas Perlawanan Ke-3 Gombak

Jurulatih Gombak FC, Shahrom Kalam tampil memberikan komen mengenai persembahan pasukannya selepas aksi ketiga saingan Liga A1 Semi Pro pada Ahad. Gombak yang turun melayani kunjungan Armed Forces di Stadium MP Selayang bagaimanapun ketinggalan 0-2 menerusi dua gol daripada Faiz Ibrahim untuk memberikan kelebihan buat pelawat sebelum memasuki ke bilik persalinan. Tuan rumah meningkatkan tempo […]
Shahrom Kalam Puji Ketenangan Safwan Mazlan

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Shahrom Kalam memuji ketenangan yang dipamerkan Safwan Mazlan semasa menentang Kyrgyzstan semalam. Pemain pertahanan Terengganu FC itu merupakan sebahagian daripada enam pertukaran yang dibuat Kim Pan-gon untuk perlawanan itu. Meskipun ini merupakan penampilan pertamanya bersama skuad senior Malaysia, Safwan dilihat tidak kekok bila bergandingan dengan Dominic Tan dan Matthew Davies di […]
Cita-Cita Besar Gombak FC

Meskipun berstatus pendatang baru dalam saingan Liga A1 Semi Pro 2024/25, itu bukan halangan buat Gombak FC menyimpan cita-cita besar. Presiden pasukan, Muadzam Shariff menyifatkan dengan barisan pemain yang dipilih untuk mengharungi cabaran musim 2024/25, beliau percaya beberapa sasaran yang ditetapkan mampu dicapai. Selain menyasarkan kelayakan ke Piala Malaysia 2024/25, Gombak juga teringin untuk mengecapi […]
Shahrom Kalam Ramal 3 Pesaing Terhebat Gombak FC

Jurulatih Gombak FC, Shahrom Kalam menyifatkan Imigresen FC, KL Rovers FC dan Melaka FC sebagai pencabar utama pasukan itu musim ini. Gombak merupakan antara pendatang baru yang memeriahkan saingan Liga A1 Semi Pro musim 2024/25. Meskipun berstatus pendatang baru, Gombak sudah menzahirkan cita-cita untuk layak ke saingan Piala Malaysia 2024/25. Atas sebab itu, Shahrom yang […]
Shahrom Kalam: Pengadil Lebih Dilindungi Kerana VAR

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Shahrom Kalam menyifatkan sistem bantuan video pengadil (VAR) amat membantu pengadil menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Beliau berpandangan demikian selepas melihat sistem tersebut digunakan dalam perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 membabitkan KL City FC dan Negeri Sembilan FC semalam. Perlawanan tersebut merupakan sebahagian daripada lapan perlawanan pra-musim […]
Gombak Sasar Layak Ke Piala Malaysia

Meskipun berstatus pendatang baru dalam Liga A1 Semi Pro, kelab Gombak FC memiliki cita-cita besar untuk kempen Liga Malaysia (Liga M) 2024/25. Kelab tersebut bukan saja ingin memburu kedudukan tinggi dalam liga musim ini. Malah, pasukan yang dibimbing Shahrom Kalam itu ingin layak ke Piala Malaysia. Perkara ini dinyatakan sendiri beliau kepada media selepas tamat […]
Shahrom Kalam Puji Impak Amirul Hisyam Bersama Kedah

Biarpun Kedah Darul Aman FC (KDA FC) telah mengalami kekalahan 0-1 kepada Selangor FC tempoh hari, namun ada perkara positif yang dapat dikesan oleh bekas pemain Selangor, Shahrom Kalam. Shahrom melihat pemain tengah Kedah, Amirul Hisyam telah menunjukkan persembahan yang baik dalam perlawanan tersebut. Dalam satu ciapan di laman X, bekas pemain kebangsaan itu menganggap […]
Shahrom Kalam Sifatkan Tan Cheng Hoe Jurulatih Luar Biasa

Penganalisis bola sepak, Shahrom Kalam menyifatkan pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe sebagai jurulatih yang luar biasa kerana berjaya membawa pasukan Selangor mara ke perlawanan akhir kempen TM Piala Malaysia musim 2022. Bekas pemain kebangsaan itu telah memilih dua pasukan musim ini yang telah berjaya memenuhi sasaran cemerlang daripada jangkaan awal antaranya adalah Selangor FC. Beliau […]
Shahrom Kalam Rungkai Rahsia Musim Cemerlang JDT

Gergasi bolasepak tanah air, JDT telah meletakkan satu penanda aras yang cukup tinggi, dan hampir pasti tidak mungkin dapat diulangi oleh mana-mana pasukan lain dalam kancah liga domestik. Mereka mengharungi 35 perlawanan tanpa tewas dalam laluan untuk melakar sejarah hebat, bermula dengan menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah, dan selepas itu memenangi tiga trofi utama […]
Shahrom Kalam Sifatkan Nafuzi Zain Jurulatih Terbaik Liga Super

Bekas pemain kebangsaan, Shahrom Kalam menyifatkan ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain sebagai jurulatih yang terbaik Liga Super. Di bahagian serangan Shahrom melihat Bergson antara pemain yang boleh dikatakan pemain import terbaik Liga Malaysia kerana jumlah jaringan yang banyak diciptanya telah menunjukkan beliau ada pakej sempurna sebagai penyudah yang berbisa. Arif Aiman (JDT) dan Faisal Halim […]
Shahrom Kalam Akui Malaysia Merindui Kelibat Pemain ‘Nombor 6’ Dalam Pasukan

Bekas pertahanan pasukan kebangsaan, Shahrom Kalam menjelaskan bahawa skuad negara pastinya menagih kelibat pemain yang mampu menggalas tugas sebagai pemain tengah bertahan apabila pasukan negara bakal turun berdepan pasukan Kemboja bagi saingan kumpulan B hari ini. Beliau yang menjadi sebahagian daripada skuad Piala AFF pada tahun 2016 turut berdepan pasukan sama ketika itu mengakui telah […]