Shahrel Fikri Punyai Naluri Penyerang Berbisa Namun Nasib Tidak Menyebelahinya

Seorang penyerang memang sangat sinonim dengan jaringan gol. Namun kadangkala perkara itu tidak terjadi dalam setiap perlawanan. Itulah yang berlaku buat penyerang Selangor FC, Shahrel Fikri. Perlawanan menentang Negeri Sembilan malam tadi menyaksikan Shahrel Fikri membentuk trio serangan bersama Herlison Caion dan Hyuri Henrique. Walaupun gagal menjaringkan sebarang gol, namun kelibat Shahrel ternyata membantu serangan […]

3 Penyerang Tempatan Berpeluang Melengkapkan Jentera Serangan Kim Pan-gon

Malaysia menampilkan aksi yang positif dalam 2 aksi persahabatan antarabangsa menentang Filipina dan Singapura. Meraih 1 kemenangan dan 1 kekalahan, Malaysia bermain baik terutamanya dalam aspek menyerang walaupun Kim Pan-gon hanya membawa 2 penyerang tulen ketika itu setelah Darren Lok positif Covid-19. Malaysia tetap menyerang dengan baik walaupun hanya menggunakan Syafiq Ahmad dan Luqman Hakim […]

Harap Tuah Nombor 19, Eky Tekad Kembali Bangkit Gegar Jaring

Penyerang sensasi Selangor FC, Shahrel Fikri tekad akan menjadi penggempur terbaik pasukan pada saingan Liga Malaysia musim ini. Musim lepas, pemain berusia 27 tahun ini mengalami kecederaan yang memaksanya untuk berehat hampir separuh musim. Pemain yang dikenali sebagai Eky ini berazam untuk mempamerkan aksi terbaik buat pasukannya sekaligus dapat menggembirakan peminat Selangor. “Musim baharu ini […]

Shahrel Yakin Dan Percaya Dengan Pilihan Tan Cheng Hoe

Penyerang Selangor FC, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi tampil menjelaskan bahawa setiap pemain yang dipilih menyertai skuad kebangsaan dibawah kendalian Tan Cheng Hoe ketika ini merupakan pemain yang telah berjaya menampilkan persembahan yang baik sepanjang musim. Pemain yang berusia 27 tahun ini menyatakan bahawa rintangan yang bakal ditempuh oleh para pemain agak mencabar ekoran perebutan […]

Shahrel Laung Semangat Pada Halim Saari. Tahun Baru, Cabaran Baru

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram penyerang Selangor FC, Shahrel Fikri melaungkan kata-kata semangat kepada rakan sepasukannya Halim Shaari yang kini sedang dalam fasa pemulihan daripada kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).  Penyerang berusia 27 tahun itu mengatakan kepada rakannya itu untuk terus berfikiran positif tentang apa yang berlaku dalam kehidupan dan jangan lupa untuk terus […]

Kemunculan Semula Shahrel Fikri Warnai Pesta Gol Saingan Piala Malaysia

Penjaring terbanyak tempatan Liga Super 2020, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi kini kembali mewarnai saingan Piala Malaysia apabila beliau diturunkan ketika Selangor FC menundukkan Kuching City FC 5-1. Pemain yang mesra disapa Eky sudah dilihat kembali menjalani latihan bersama skuad Selangor baru-baru ini. Shahrel yang sebelum ini telah mengalami kecederaan retak tulang pergelangan kaki telah […]

Shahrel Fikri Mula Catur Langkah Selepas Bebas Kecederaan

Penyerang pasukan Selangor FC, Shahrel Fikri dilihat sudah mula diturunkan oleh pasukannya dalam usaha untuk membantu pemain tersebut kembali ke prestasi sebenarnya. Shahrel yang sebelum ini telah disahkan mengalami kecederaan retak tulang pergelangan kaki telah memaksanya untuk diketepikan hampir separuh musim sekaligus menyebabkan kelibat pemain yang mesra disapa ‘Eky’ tidak lagi kelihatan. Namun begitu, pemain […]

Krisis Semakin Memulih, Selangor FC Calon Juara Piala Malaysia 2021?

Piala Malaysia yang bakal memulakan aksi pada hari ini akan mempertemukan juara 33 kali, Selangor FC menentang pasukan yang sudah tersingkir ke Liga Perdana musim depan iaitu Perak FC. Seperti yang kita ketahui, musim 2021 bukanlah musim yang terbaik bagi pasukan Selangor FC apabila mereka hanya menamatkan liga di tangga kelima Liga Super. Namun kredit […]

Dua Krisis Utama Yang Menghantui Selangor FC Musim Ini

Liga Super 2021 hampir melabuhkan tirainya dengan Johor Darul Ta’zim telah mengesahkan kejuaraan liga manakala pasukan UiTM FC dan Perak FC mengalami nasib kurang baik selepas disahkan tersungkur ke Liga Premier bagi saigan musim hadapan. Tatkala tumpuan terarah kepada kejuaraan kali ke-8 pasukan JDT, momentum pasukan Selangor kini menjadi bualan para peminat bola sepak apabila mereka […]

Fisioterapi Selangor FC Kongsikan Kisah Transformasi Menakjubkan Shahrel Fikri

Helber Richard merupakan seorang Fisioterapi Selangor FC yang terlibat dalam proses pemulihan penyerang utama mereka iaitu Muhammad Shahrel Fikri bin Md Fauzi. Beliau ada berkongsi tentang perubahan pada pemain tersebut yang tular di media sosial baru-baru ini di laman Instagram rasminya. Penyerang berusia 26 tahun itu menjalani pembedahan akibat patah tulang Maisonnaive iaitu patah pergelangan […]

Shahrel Fikri Kembali Jalani Latihan, Perubahan Fizikal Persis Leon Goretzka Raih Perhatian Ramai

Penyerang Selangor FC, Shahrel Fikri kini telah pulih daripada kecederaan retak tulang fibula yang dialaminya ketika perlawanan menentang Sri Pahang awal Mei lalu. Kecederaan serius itu turut menyebabkan Shahrel Fikri terlepas peluang menyarung jersi kebangsaan bagi Kelayakan Piala Dunia 2022 pada Jun lalu. Pemain berusia 26 tahun ini bagaimanapun mengejutkan peminat bola sepak tempatan apabila […]