De Gea Jumpa Aksi Sebenar Selepas Tinggalkan Man Utd

Bekas penjaga gol Manchester United, David de Gea terus mempamerkan aksi mantap bersama kelab barunya, Fiorentina. Terbaru, de Gea muncul wira dengan memastikan La Viola meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas kelab tercorot Serie A, Genoa. Pemain sayap kiri, Robin Gosens muncul wira pelawat di Stadium Luigi Ferraris dengan meledakkan gol kemenangan pada separuh masa […]

Mario Balotelli Kembali Warnai Serie A

Bekas penyerang Manchester City, Mario Balotelli kembali mewarnai saingan Serie A dengan menyertai kelab Genoa. Sebelum ini, penyerang Itali berusia 34 tahun itu berstatus ejen bebas selepas meninggalkan kelab Turkiye, Adana Demirspor pada 1 Julai lalu. Balotelli dikatakan mencari satu lagi cabaran dalam dunia bola sepak sebelum mengumumkan persaraan. Pada satu ketika, graduan akademi Inter […]

De Gea Jadi Makin Hebat Selepas Tinggalkan Man United

Bekas penjaga gol Man United, David de Gea semakin menyerlah bersama kelab barunya, Fiorentina. Terbaru, penjaga gol berusia 33 tahun itu menjadi wira Viola dengan menewaskan A.C Milan 2-1 di Stadium Artemio Franchi pada 6 Oktober lalu. De Gea berjaya menafikan dua penalti Rossoneri yang diambil Tammy Abraham dan Theo Hernandez. Fiorentina meraih dua gol […]

Como 1907, Pendatang Baru Serie A Rupa-Rupanya Milik Jutawan Indonesia

Pendatang baru Serie A musim 2024/2025, Como 1907 rupa-rupanya dimiliki oleh jutawan Indonesia sejak kelab tersebut dibeli pada tahun 2019 yang lalu. Como 1907 mencatatkan musim yang gemilang walaupun menamatkan saingan Serie B di tangga kedua liga apabila kembali ke pentas Serie A setelah 21 tahun. Como meraih 73 mata hasil 21 kemenangan, 10 seri […]

Jurulatih Tanduk Pemain Lawan, Akhirnya Dibuang Kerja

Tindakan seorang jurulatih menanduk pemain lawan dalam aksi terbaru Serie A baru-baru ini mencetuskan keributan dalam kalangan peminat bola sepak Itali. Akhbar Daily Mirror melaporkan insiden ini tercetus antara pengurus Lecce, Roberto D’Aversa dengan pemain Hellas Verona, Thomas Henry. Perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan panas kerana membabitkan dua pasukan yang semakin menghampiri zon penyingkiran Serie A […]

Paul Pogba Digantung Kerana Doping

Bintang tengah Perancis dan Juventus, Paul Pogba menerima tamparan hebat apabila dikenakan penggantungan empat tahun oleh pejabat pendakwaraya anti-doping Itali. Sky Sports melaporkan hukuman tersebut dijatuhkan selepas Pogba gagal ujian air kencing yang dijalankan pada Ogos 2023. Penggantungan berkuatkuasa dari tarikh beliau gagal melepasi ujian air kencing tersebut. Pogba dijangka menamatkan tempoh penggantungan sekitar Ogos […]

3 Kelab Gergasi Itali Mahu Serie A Kurangkan Jumlah Pasukan Bertanding

serie a-inter

3 kelab gergasi Itali mahu mencadangkan pengurangan pasukan yang bertanding dalam Serie A kepada Konfederasi Bola Sepak Itali (FIGC). Pihak Juventus, Inter Milan dan AC Milan telah mengusulkan perkara tersebut kepada presiden FIGC, Gabriele Gravina tetapi majoriti kelab lain dalam Serie A tidak bersetuju dengan idea tersebut. Inter Milan diwakili oleh ketua pegawai eksekutif, Bepper […]

Terkini: Jose Mourinho Tinggalkan AS Roma

Saingan Serie A Itali dikejutkan dengan berita pengurus Portugal, Jose Mourinho telah meninggalkan kelab AS Roma. Pengumuman ini dibuat oleh pemilik kelab, Dan dan Ryan Friedkin menerusi satu kenyataan media di laman sesawang rasmi mereka hari ini. Selain Mourinho, beberapa staf kejurulatihan Giallorossi juga disahkan meninggalkan kelab itu bersama beliau. Semakan pada senarai staf kejurulatihan […]

Helah Kanak-Kanak Ini Tertangkap Ketika Liputan Langsung

Seorang kanak-kanak tidak dapat menahan diri untuk menzahirkan kesetiannya kepada pasukan kesayangannya apabila dikesan oleh liputan langsung pada perlawanan tersebut. Aksi antara pasukan Serie A, Torino berdepan Inter Milan mencuri tumpuan apabila seorang kanak-kanak yang mengiringi skuad Inter menzahirkan sokongan padu kepada tuan rumah. Kemenangan bagaimanapun memihak kepada pasukan pelawat hasil ledakan Marcus Thuram, Lautaro […]

Bekas Penyerang Juventus Sertai Selangor

Pasukan gergasi Liga Super, Selangor FC membuat keputusan untuk membawa masuk penyerang baharu bagi jendela perpindahan kedua Julai ini. Pemain yang dimaksudkan ini ialah Boakye-yiadom yang kali terakhir beraksi di Liga Libya bersama Al-Akhdar. Penyerang berusia 30 tahun itu memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Eropah dan pernah beraksi bersama beberapa pasukan […]

Pemilik Monza Janji ‘Hadiahkan’ Pelacur Kepada Pemain Jika Cipta Kejutan

Pemilik kelab Serie A, AC Monza, Silvio Berlusconi menawarkan hadiah pelik kepada para pemainnya jika kelab itu berjaya mencipta kejutan menewaskan kelab gergasi dalam saingan liga musim ini. Bekas Perdana Menteri Itali itu, yang membeli Monza pada 2018, memberitahu pemainnya dalam satu majlis makan malam kelab itu bersempena perayaan Krismas: “Musim lalu kita bermain di […]

Keunikan Kelab Itali Mengeksploitasi Konsep Pinjaman Pemain

Kebanyakan kelab gemar mendapatkan pemain secara pinjaman sebagai penyelesaian jangka masa pendek atau sebagai pilihan alternatif. Kebiasaannya kelab akan meminjam pemain apabila pemain utama mereka mengalami kecederaan atau sekadar menambah baik squad depth mereka. Contohnya, Manchester United pernah meminjam Odion Ighalo selama 6 bulan setelah Marcus Rashford mengalami kecederaan. Selain itu, Barcelona turut meminjam Luuk […]

Hatrik Ronaldo Bantu Juventus Tewaskan Cagliari 3-1

Cristiano Ronaldo dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan Serie A Cagliari menentang Juventus. Juventus berjaya menewaskan Cagliari 3-1 dengan ketiga-tiga jaringan Juventus dihasilkan menerusi hatrik Cristiano Ronaldo pada minit ke-10, 25 dan 32. TCafliari cuba bangkit pada separuh masa kedua menerusi jaringan Giovanni Simeone pada minit ke-61 namun Juventus berjaya mengekalkan keputusan perlawanan sekaligus memperoleh 3 […]

Inter 4-0 Lecce

Inter Milan bermula baik di Seria A musim 2019-2020 setelah berjaya menewaskan Lecce 4-0 di halaman sendiri. Romelu Lukaku berjaya menjaringkan jaringan pertamanya di Itali.