JDT Mula Atur Pelan Musim 2024/25 Lebih Awal

Johor Darul Ta’zim (JDT) mula mengatur pelan musim 2025/2045 lebih awal walaupun masih berbaki 3 bulan sebelum saingan liga Malaysia bermula. Malaysian Football League (MFL) sebelum ini telah mengumumkan secara rasmi bahawa sepak mula Liga Malaysia bakal bermula pada 10-12 Mei 2024. Namun juara Liga Super sepuluh kali berturut-turut, JDT pantas melakukan persiapan awal bagi […]
Kelayakan Hoki Olimpik: Malaysia Dibelasah Sepanyol 7-0

Skuad hoki wanita Malaysia memulakan kempen kelayakan Sukan Olimpik Kumpulan B dengan langkah kiri apabila kalah besar 7-0 di tangan Sepanyol. The Speedy Tigress yang dibimbing oleh jurulatih Nasihin Nubli Ibrahim tahu mereka memerlukan keputusan positif dalam perlawanan pertama untuk mencerahkan peluang layak ke separuh akhir. Bagaimanapun, Sepanyol menjanjikan ujian getir buat anak buah Nasihin […]
Hoki Piala Dunia Remaja: Sepanyol Unggul Raih Tempat Ketiga Atasi India

Sepanyol mengakhiri kempen Hoki Piala Dunia Remaja 2023 di tempat ketiga setelah menumbangkan jaguh Asia, India dalam penentuan tempat ketiga dan tempat keempat. Kedua-dua pasukan yang kali terakhir bertemu di peringkat kumpulan minggu lalu menyaksikan Sepanyol membelasah India dengan jaringan 4-1 dan India semestinya mahu membalas dendam di atas kekalahan tersebut. Permainan seimbang dengan aksi […]
Hoki Piala Dunia Remaja: Perancis Atasi Sepanyol Untuk Raih Tiket Ke Final

Perancis mengiringi Jerman ke pentas akhir setelah mengenepikan cabaran Sepanyol dalam aksi separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2023. Perancis tidak menunggu lama untuk mempimpin perlawanan menerusi Brieuc Delemazure yang menyudahkan pukulan sudut penalti seawal minit kedua. Sebelum berakhir suku pertama permainan, pemain tengah Sepanyol, Aleix Bozal menyamakan kedudukan apabila pukulan sudut penaltinya terus menerjah […]
JDT Bakal ‘Terbang’ Ke Sepanyol & Portugal

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengesahkan bahawa pasukan akan menjalani pra-musim 2024 dan 2025 di Sepanyol dan Portugal. Menerusi perkongsian yang dilakukan oleh laman Johor Southern Tigers, keputusan ini susulan perbincangan yang menggalakkan antara DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan pemilik Portimonense FC, Constantin Teodoro Panagopoulos. DYAM […]
Dani Alves Berdepan Hukuman Penjara 9 Tahun

Bekas bek kanan Brazil, Dani Alves berdepan kemungkinan dikenakan hukuman penjara untuk tempoh yang lama. BBC Sport melaporkan pendakwa raya Sepanyol mahukan bekas pemain pertahanan Barcelona itu dihukum penjara selama sembilan tahun atas kesalahan rogol. Alves didakwa merogol seorang wanita Sepanyol di sebuah kelab malam di Barcelona sebelum ditahan pihak berkuasa pada Januari lalu. Bekas […]
Piala Dunia U17: Jerman Ke Separuh Akhir, Ketepikan Cabaran Sepanyol

Semangat juang yang dimiliki ubi muda Jerman membantu mereka mengatasi Sepanyol dalam aksi suku akhir Piala Dunia B-17 2023. La Roja berharap dengan melangkah ke separuh akhir, mereka berpeluang cerah mengulangi pencapaian layak ke final Piala Dunia B-17 edisi 2017. Sementara Jerman pula mahu mengulangi pencapaian layak ke separuh akhir yang dicapai pada edisi 1997, […]
FIFA Bayar RM104,000 Sehari Kepada Barcelona Kerana Gavi

Susulan kecederaan ACL yang dialami bintang muda Barcelona, Gavi, kelab itu bakal menerima pampasan lumayan daripada FIFA. Akhbar Mundo Deportivo melaporkan Barca bakal dibayar €20,548 (RM104,000) sehari oleh FIFA susulan kecederaan serius yang dialami pemain berusia 19 tahun itu. Gavi mengalami kecederaan ACL semasa perlawanan kelayakan EURO 2024 menentang Georgia baru-baru ini. Beliau dijangka berehat […]
Piala Dunia U17: Sepanyol Ke Suku Akhir Singkirkan Jepun

Pasukan bawah 17 tahun Sepanyol mencatatkan kemenangan dramatik untuk melangkah ke suku akhir selepas membenam cabaran Jepun dengan keputusan 2-1. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Manahan, Surakata Indonesia itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik untuk meraih kemenangan. Sepanyol dilihat lebih mendominasi perlawanan selepas melancarkan asakan bertali arus pada 5 minit pertama permainan. Mereka akhirnya […]
Kelab Terpencil Sepanyol Pilihan David De Gea?

Gosip perpindahan bekas penjaga gol Manchester United masih lagi belum tamat apabila pemain tersebut turut dikaitkan dengan kelab divisyen kedua Sepanyol, Eldense. Penjaga gol berusia 33 tahun itu sebelum ini kembali dikaitkan dengan United apabila dikhabarkan Andre Onana akan terlepas beberapa aksi penting liga ekoran kejohanan Piala Negara-Negara Afrika tahun hadapan. Namun kini De Gea […]
Piala Dunia U-17: Kehebatan Sepanyol Buat Kanada Gigit Jari

Sepanyol bermula langkah kanan dalam kejohanan Piala Dunia U-17 apabila berjaya menewaskan Kanada 2-0. Sepanyol mempertaruhkan penyerang muda Barcelona, Marc Guiu untuk mengetuai jentera serangan pasukan dalam perlawanan ini. Marc Guiu tidak mengecewakan kepercayaan jurulatih apabila meledak gol pertama perlawanan pada minit ke-20 permainan menerusi tandukan hasil hantaran Lopez Gomez. Malang buat Kanada apabila terpaksa […]
Bakat Muda Malaysia Bakal ‘Terbang’ Ke Sepanyol

Hasrat untuk melihat lebih ramai bakat muda Malaysia untuk beraksi di luar negara semakin tercapai apabila beberapa pemain bakal dihantar ke Sepanyol. Perkhabaran memberangsangkan ini tekah dikongsikan oleh Ketua Pembangunan Pemain Kerteh FC, Adam Sariman kepada Harimau Malaya tentang potensi bakat muda negara menapak di Eropah. Beliau memberi gambaran bahawa projek pembangunan kelab tersebut memiliki […]
Lamine Yamal Pecahkan 2 Rekod Sepanyol

Pemain sayap muda Barcelona, Lamine Yamal telah memecahkan 2 rekod kebangsaan Sepanyol dalam perlawanan menentang Georgia. Lamine Yamal bukan sahaja muncul pemain termuda mewakili skuad kebangsaan Sepanyol malah turut muncul sebagai penjaring termuda untuk pasukan Sepanyol pada umur 16 tahun 57 hari menurut Sport Bible. Ini sekaligus memadamkan rekod Gavi yang telah menyarung jersi La […]
Allee Putra Rungkai Perbezaan Liga Malaysia dan Sepanyol

Pemain baru Kelantan FC, Allee Putra Azril mengakui wujud perbezaan dari corak permainan bola sepak yang diamalkan di Malaysia dan Sepanyol. Pandangan ini timbul terima kasih kepada pengalamannya pernah berada di Akademi Malaga City selama dua musim. Malah, nama Allee juga menjadi sebahagian daripada 14 pemain terbaik Akademi Malaga City yang ditawarkan biasiswa penuh bagi […]
Pengalaman Tembusi Pasaran Sepanyol Bantu Allee Putra ‘Hidupkan’ Kelantan

Kemunculan pemain muda baharu Kelantan FC, Allee Putra Azril ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi bualan ramai peminat bola sepak tanah air. Pemain berusia 18 tahun sudah menghabiskan dua musim bersama Akademi Malaga City di Sepanyol untuk terus mengembangkan potensinya di Eropah. Beliau juga merupakan antara 14 pemain terbaik Akademi Malaga City yang ditawarkan […]
Gergasi Asia, Jepun Lanyak Sepanyol Di Piala Dunia

Pertembungan antara pasukan kebangsaan Jepun dan Sepanyol berlangsung cukup sengit sebelum kemenangan berpihak kepada wakil Asia. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik apabila terikat dengan 6 mata dalam kumpulan C selepas dua perlawanan. Aksi yanh berlangsung di Wellington Regional Stadium itu menyaksikan anak didik Futoshi Ikeda membuka tirai jaringan menerusi Riko Ueki pada minit ke-12 sebelum […]