Allee Putra Tinggalkan Sepanyol, Pilih PDRM

Bekas pemain TRW Kelantan FC, Allee Putra memilih untuk kembali ke Liga Malaysia selepas membuat keputusan untuk menyertai pasukan PDRM. Pemain berusia 19 tahun ini memperkuat pasukan PDRM selepas meninggalkan kelab yang berpangkalan di Sepanyol, FC Malaga City. Allee Putra kembali ke Malaysia atas urusan peribadi biarpun difahamkan beliau mendapat tawaran untuk kekal dan terus […]
Bintang JDT, Chico Geraldes Sertai Kelab LaLiga 2, Eldense

Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Chico Geraldes telah menyertai kelab La Liga 2, CD Eldense. Pemain berusia 29 tahun itu menyertai skuad Harimau Selatan bagi musim 2024/25 namun berdepan saingan sengit untuk mendapatkan tempat. Tonggak kelahiran Portugal itu kali terakhir bersama JDT adalah pada aksi final Piala FA 2024 sebelum membuat keputusan untuk berhijrah. Menerusi […]
Olimpik Paris: Sepanyol Rangkul Pingat Emas, Perancis Terus Kempunan

Aksi final bola sepak Sukan Olimpik Paris menyaksikan pingat emas akhirnya sah menjadi milik Sepanyol setelah menumpaskan tuan rumah, Perancis. Sepanyol mara ke final setelah pamer kebangkitan dengan menewaskan Maghribi 2-1 sementara Perancis terpaksa mengharapkan gol lewat untuk menyingkirkan Mesir di separuh akhir. Jurulatih Perancis, Thierry Henry mempertaruhkan pemain baharu Bayern Munich, Michael Olise di […]
Sukan Olimpik: Perancis Singkir Mesir, Iringi Sepanyol Ke Final

Perlawanan saingan separuh akhir Sukan Olimpik 2024 pagi ini menyaksikan Perancis membenam cabaran hebat Mesir untuk mara ke Final. Skuad kendalian Thierry Henry ketika ini berada di momentum terbaik selepas berjaya menyingkir Argentina bagi aksi suku akhir sebelum ini. Sementara Mesir, kejutan demi kejutan ditampilkan lebih-lebih lagi muncul juara kumpulan C mengetepikan calon juara, Sepanyol. […]
Sukan Olimpik: Sepanyol Ke Final, Kuburkan Impian Emas Maghribi

Pemenang pingat perak bola sepak Sukan Olimpik edisi lalu, Sepanyol mengesahkan kemaraan ke final setelah menewaskan Maghribi. Setelah membelasah Amerika Syarikat 4-0, Maghribi turun dalam aksi separuh akhir bertemu Sepanyol yang turut melakar kemenangan besar 3-0 ke atas wakil Asia, Jepun. Kesebelasan utama Maghribi diketuai bek PSG, Achraf Hakimi tatkala Sepanyol mempertaruh duo Barcelona, Eric […]
Sepanyol Leburkan Impian Pingat Emas Jepun

Sepanyol cemerlang menewaskan Jepun dalam saingan suku akhir Sukan Olimpik 2024 apabila membenam jaguh Asia tersebut dengan jaringan 3-0. Sepanyol yang merupakan pemenang pingat perak dalam kejohanan Olimpik yang lalu turun dengan kesebelasan utama terbaik yang dibarisi pemain seperti Ruiz Abel, Eric Garcia dan Paul Cubarsi. Jepun turut memiliki motivasi tersendiri setelah pernah tewas dalam […]
Mesir Malukan Skuad Muda Sepanyol, Layak Ke Suku Akhir

Wakil Afrika Utara, Mesir mencipta kejutan dengan menjuarai Kumpulan C Sukan Olimpik 2024 selepas menewaskan pasukan gergasi Eropah, Sepanyol. La Roja hanya memerlukan keputusan seri atau kemenangan untuk menjuarai Kumpulan C selepas mengesahkan kelayakan ke suku akhir. Sementara The Pharoahs pula perlu menang jika ingin mara ke suku akhir. Pemain tengah menyerang Rayo Vallecano, Sergio […]
Real Madrid Untung Atas Angin RM380 Juta Kerana Alvaro Morata

Alvaro Morata mungkin telah meninggalkan Real Madrid hampir 7 tahun lalu tetapi kelab tersebut kekal meraih wang lumayan hasil daripada pemain itu sehingga hari ini. Real Madrid dilaporkan telah meraih keuntungan hampir RM380 juta menerusi penjualan serta klausa kontrak Alvaro Morata setelah pemain itu kerap berpindah pasukan. Berdasarkan rekod, Morata meninggalkan Real Madrid pada tahun […]
Nilai Pemain 17 Tahun Barcelona Cecah RM562 Juta

Meskipun baru berusia 17 tahun, penyerang Barcelona, Lamine Yamal sudah memiliki nilai pasaran berjumlah €120 juta (RM562 juta). Perkara ini terjadi disebabkan persembahan cemerlang Yamal bersama Sepanyol semasa kempen EURO 2024 baru-baru ini. Penyerang muda Barca itu menjadi tonggak utama pasukan yang dibimbing Luis de la Fuente untuk menewaskan England di pentas final. Impaknya turut […]
Allee Putra Mahu Bawa Ilmu Dari Eropah Ke Liga Malaysia

Bekas pemain Kelantan FC, Allee Putra Azril mahu berkongsi ilmu yang diraih di Sepanyol dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). Nama pemain tengah berusia 18 tahun ini mula dikenali apabila berkelana ke Sepanyol untuk beraksi bersama pasukan remaja Malaga City. Selepas beberapa tahun bersama pasukan Sepanyol itu, Allee pulang ke Malaysia dan menyertai pasukan Kelantan. […]
Euro 2024: Sepanyol Julang Kejuaraan, England Kecewa Lagi

Sepanyol mengulangi pencapaian manisnya 12 tahun yang lalu apabila muncul juara Euro 2024 setelah menewaskan England dalam perlawanan akhir di Berlin pada awal pagi Isnin. Kedua-dua negara berentap dalam aksi final yang epik setelah menumbangkan lawan masing-masing di separuh akhir dengan La Roja menafikan kemaraan Perancis dan England menghantar Belanda pulang. Skuad emas Sepanyol yang […]
Siaran Langsung Final Euro 2024: Sepanyol vs England (Live Streaming)

Final EURO 2024 menemukan dua pasukan handalan Eropah, Sepanyol dan England selepas kedua-dua pasukan melepasi cabaran separuh akhir. Sepanyol mara ke final selepas berjaya mengatasi cabaran Perancis 2-1. Bintang RB Leipzig, Dani Olmo muncul wira dengan meledakkan gol kemenangan pada minit ke-25. Sementara England pula menundukkan Belanda 2-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir. Gol […]
Euro 2024: Perancis Tersungkur, Sepanyol Mara Ke Final

Perlawanan separuh akhir saingan Euro 2024 pagi ini menyaksikan Sepanyol berjaya mencipta kejutan apabila berjaya menyingkir bekas juara Dunia, Perancis. Seawal lapan minit permainan, penyerang Perancis, Randal Kolo Mauni menjaringkan gol pembukaan pasukan selepas mudah menanduk hantaran daripada Kylian Mbappe. Pada minit ke-21 permainan, pemain berusia 16 tahun, Yamine Yamal menyamakan kedudukan menerusi rembatan deras […]
Euro 2024: Siaran Langsung Aksi Sepanyol & Perancis Awal Pagi Ini

Euro 2024: Siaran langsung aksi separuh akhir antara Sepanyol dan Perancis mencuri tumpuan awal pagi ini. Perjalanan penuh liku dilakui oleh kedua-dua pasukan dalam merebut satu tiket ke final edisi kali ini. La Roja berjaya mengatasi cabaran hebat Jerman dengan keputusan 2-1 sementara Perancis menyingkirkan juara 2016, Portugal menerusi penentuan penalti. Detik kali ini penting […]
EURO 2024: Senarai 4 Pasukan Tembusi Peringkat Separuh Akhir

Empat pasukan terbaik Eropah bakal berentap untuk merebut slot final EURO 2024. Empat pasukan yang dimaksudkan ialah England, Belanda, Sepanyol dan Perancis. Daripada empat pasukan ini, hanya Belanda yang berjaya layak ke separuh akhir dalam tempoh 90 minit perlawanan. Sementara The Three Lions dan Les Bleus pula terpaksa mengharapkan tuah penentuan sepakan penalti untuk mara […]
Euro 2024: Sepanyol Singkir Jerman, Mara Ke Separuh Akhir

Perlawanan suku akhir saingan Euro 2024 pagi ini menyaksikan Sepanyol berjaya menewaskan tuan rumah, Jerman dengan keputusan 2-1. Perlawanan bermula rancak apabila kedua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan. Gaya permainan “robust” skuad kendalian Nagelsmann malam ini memaksa perancang tengah Sepanyol, Pedri dikeluarkan daripada padang akibat kecederan selepas diterjah oleh Toni Kroos. Meskipun begitu, Sepanyol […]