Safawi Rasid Anggap Sepak Takraw Buka Jalan Bergelar Pemain Bola Sepak

Bintang Harimau Malaya, Safawi Rasid menyifatkan sukan sepak takraw membuka jalan kepadanya bergelar pemain bola sepak yang dikenali hari ini. Tidak ramai tahu sebelum dikenali sebagai pemain bola sepak, Safawi sebenarnya aktif sebagai pemain sepak takraw sejak di bangku sekolah. Pada satu ketika, beliau juga pernah membawa cabaran negeri Terengganu dalam acara sukan berkenaan untuk […]

Final Piala Dunia Sepak Takraw : Malaysia vs Thailand (Live Streaming)

Kemuncak saingan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 sudah pun tiba dengan aksi final bagi acara berpasukan menyaksikan pertembungan epik di antara Malaysia menentang jaguh dunia, Thailand pada Ahad. Selepas kejayaan menggondol dua gelaran juara dalam acara beregu dan regu Rabu lalu, Malaysia meneruskan misi meraih satu lagi gelaran juara bagi acara berpasukan pada hari ini. […]

Keraian Awal Regu Myanmar Makan Diri

Gelagat regu double Myanmar meraikan mata terlebih awal mencuri perhatian peminat sepak takraw di media sosial. Menerusis satu video yang dikongsikan pengguna X, anthraxxx781 baru-baru ini, regu Myanmar terdiri daripada Zin Min Oo dan Wunna Zaw Shein melakukan servis dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024 menentang Malaysia. Servis yang dilakukan mereka disangka […]

Media ASEAN Terkejut Malaysia Buat Thailand Malu Besar

Kejayaan pasukan sepak takraw Malaysia menewaskan Thailand di final Piala Dunia Sepak Takraw menjadi buah mulut media ASEAN. Pada Rabu, kem negara mencatat sejarah tersendiri dengan menggondol dua gelaran juara dunia bagi acara double dan regu dalam saingan Piala Dunia Sepak Takraw 2024. Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Nordin menceriakan penyokong di Stadium Titiwangsa dengan menewaskan Thailand […]

Piala Dunia Sepak Takraw 2024: Info Siaran Langsung Malaysia vs Brunei (Live Streaming)

Malaysia membuka kempen Kumpulan C acara berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan turun menentang Brunei Darussalam hari ini. Kem negara mendapat suntikan semangat apabila meraih gelaran juara berganda dalam acara double dan regu yang berlangsung semalam. Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan musuh tradisi, Thailand di pentas final kedua-dua acara. Ini kali pertama Malaysia bergelar […]

Anwar Ibrahim Zahir Penghargaan Tertinggi Kepada Skuad Juara Dunia Malaysia

Kejayaan pasukan sepak takraw Malaysia meraih gelaran berganda Piala Dunia Sepak Takraw 2024 mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semalam, Malaysia mencipta sejarah dengan menggondol gelaran juara dunia acara double dan regu Piala Dunia Sepak Takraw. Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat menceriakan penyokong di Stadium Titiwangsa dengan menewaskan Thailand di pentas final acara […]

Malaysia Muncul Juara, Leburkan Dominasi Thailand

Regu Malaysia meneruskan kecemerlangan regu acara double dengan menewaskan Thailand di pentas final Piala Dunia Sepak Takraw 2024 acara regu. Thailand dilihat pasukan pilihan kerana bergelar juara acara tersebut dalam tiga edisi terakhir Piala Dunia Sepak Takraw termasuk edisi 2022. Kedua-dua pasukan mara ke final selepas masing-masing menewaskan Myanmar dan Filipina di peringkat separuh akhir. […]

Malaysia Muncul Juara Dunia, Tewaskan Musuh Tradisi Thailand

Malaysia mencipta sejarah apabila muncul juara Piala Dunia Sepak Takraw 2024 acara double buat kali pertama dengan mengatasi cabaran Thailand. Kedua-dua pasukan berjaya mara ke final selepas mengatasi lawan masing-masing di peringkat separuh akhir. Malaysia terpaksa bekerja keras mengenepikan cabaran Myanmar dengan Thailand pula menundukkan Indonesia. Cabaran Malaysia sekali lagi digalas oleh Aidil Aiman Zawawi […]

Piala Dunia Sepak Takraw: Regu Emas Malaysia Tempah Tiket Ke Final

Aksi cemerlang Malaysia memastikan tempat ke perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw dalam acara regu setelah menumbangkan Myanmar pada Selasa. Masih segar dengan kejayaan membenam Korea Selatan di peringkat suku akhir, skuad negara hanya selangkah menuju ke final apabila dijadualkan menentang Myanmar pada sebelah malam. Regu negara menurunkan barisan terbaik dengan Syahir Rosdi, Azlan Alias […]

Malaysia Ke Final Piala Dunia Sepak Takraw, Tundukkan Myanmar

Malaysia mengesahkan status mereka sebagai pasukan pilihan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 apabila mara ke final acara double hari ini. Malaysia mara ke final selepas mengenepikan cabaran negara serantau, Myanmar di pentas separuh akhir. Kedua-dua pasukan mara ke separuh akhir selepas menewaskan lawan masing-masing di suku akhir. Myanmar menewaskan India dengan Malaysia mengatasi cabaran Korea […]

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Mula Langkah Kanan, Jinakkan Jepun

Malaysia membuka tirai saingan Piala Dunia Sepak Takraw bagi acara double dengan langkah kanan apabila tidak berdepan masalah untuk menumbangkan wakil Asia Timur, Jepun pada Ahad. Skuad negara yang diundi di dalam kumpulan A bagi kategori double ini bersama-sama Jepun dan Brunei mempertaruhkan gandingan Aidil Aiman dan Noraizat Nordin untuk meraih kemenangan. Di awal set […]

Info Siaran Langsung Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia vs Brunei (Live Streaming)

Perlawanan kedua Piala Dunia Sepak Takraw bagi acara regu kumpulan B menyaksikan pertembungan dua negara Asia Tenggara di antara Malaysia dan Brunei pada Ahad. Selepas kejayaan menewaskan China pada Sabtu, skuad negara mahu meneruskan rentak cemerlang dengan mencattkan kemenangan kedua bagi merealisasikan hasrat mara ke pusingan seterusnya. Skuad sepak takraw kebangsaan bagi acara regu ini […]

Info Siaran Langsung Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia vs Jepun (Live Streaming)

Malaysia akan membuka kempen Kumpulan A acara double Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan menentang wakil Asia Timur, Jepun. Perlawanan ini bakal berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Cabaran negara bakal digalas oleh Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Nordin. Aidil yakin Malaysia mampu mengharungi cabaran Kumpulan A tanpa sebarang masalah. Selain Malaysia dan Jepun dalam […]

Detik Cemas Azlan Alias Hampir ‘Libas’ Petugas Sukan Asia

Detik cemas antara momen yang boleh diulang tayang pada aksi Sukan Asia apabila pemain handalan takraw negara, Azlan Alias hampir terlibas petugas semasa beraksi. Situasi ini terjadi ketika aksi final takraw di Sukan Asia, Hangzhou yang menyaksikan skuad negara membawa pulang dua pingat perak selepas tewas kepada Thailand. Perjuangan hebat Malaysia yang cuba bangkit untuk […]

Asian Games: Hasrat Regu Malaysia Pertahankan Emas 2018 Tersekat

Skuad sepak takraw Malaysia hampa apabila tewas kepada musuh tradisi, Thailand dalam aksi final regu Sukan Asia 2023. Pertembungan dua pesaing tradisi ini sudah dijangka selepas kedua-duanya masing-masing mengetepikan Filipina dan Vietnam di pentas separuh akhir. Jurulatih negara, Ahmad Jais Baharom masih mengekalkan kepercayaan kepada Zarif Merican (tekong), Amirul Zazwan Amir (feeder) dan Azlan Alias […]

Asian Games: Regu Malaysia Mara Ke Final, Atasi Cabaran Filipina

Seperti dijangka, skuad sepak takraw Malaysia berjaya mara ke saingan final acara regu lelaki Sukan Asia 2023 selepas mengenepikan cabaran Filipina. Selepas menjuarai Kumpulan A semalam, skuad negara menghela nafas lega kerana tak perlu bertemu dengan musuh tradisi, Thailand di separuh akhir. Malaysia mempertaruhkan Syahir Rosdi sebagai tekong dengan Amirul Zazwan Amir dan Azlan Alias […]