Seo Seonung Umum Tinggalkan Perak

Pemain import dari Korea Selatan, Seo Seonung sah meninggalkan pasukan Perak setelah pengumuman rasmi di buat olehnya menerusi laman Instagram.  Pemain berusia 23 tahun itu sangat menghargai para penyokong Perak kerana sentiasa datang hadir ke stadium menyokong kelab.  “Hai, Seo di sini. Saya telah memutuskan untuk menamatkan perjalanan saya dengan pasukan ini. Saya ingin memberitahu […]

Seo Seonung ‘Balas Dendam’ Terhadap Rodney Celvin

Pemain sayap pasukan Perak, Seo Seonung seakan membalas dendam terhadap Rodney Celvin apabila jaringan beliau memastikan Kedah tersingkir dalam saingan Piala Malaysia. Ini berikutan kes kekasaran Rodney Celvin dalam aksi pertama pusingan 16 tempoh hari yang menyaksikan Seo Seonung mengalami kecederaan patah hidung dan terpaksa diusung keluar. Rodney Celvin yang tidak beraksi dalam perlawanan semalam […]

Nizaruddin Yusof: Kelekaan Kalamullah Al-Hafiz Rugikan Kedah

Bekas penyerang Harimau Malaya, Nizaruddin Yusof menyifatkan kelekaan penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi menyumbang kepada gol kemenangan Perak FC dalam aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia semalam. Beliau percaya perkara ini berlaku kerana Kedah menguasai bola terlampau lama terutama semasa menyerang. Keadaan ini menyebabkan Kalamullah tidak […]

Rodney Celvin Mohon Maaf, Tiada Niat Cederakan Bintang Perak

Pemain pertahanan Kedah, Rodney Celvin telah memohon maaf kepada pemain Perak, Seo Seonung akibat kekasaran yang dilakukannya sehingga pemain tersebut mengalami kecederaan patah hidung. Pertembungan antara Perak dan Kedah dalam saingan Piala Malaysia semalam dicemari dengan insiden ngeri apabila Rodney Celvin telah menyepak muka pemain Perak sewaktu berlakunya perebutan bola pada minit ke 61 permainan. […]

Penyerang Import Perak Patah Hidung

Penyerang import Perak, Seo Seonung telah disahkan mengalami kecederaan patah hidung dalam perlawanan aksi pertama Piala Malaysia ketika menentang Kedah semalam.  Perkara ini telah disahkan oleh jurulatih Perak, Yusri Che Lah yang menyatakan Seo Seonung telahpun dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut.  “Pihak perubatan pasukan Perak mengesahkan beliau telah patah hidung dan telah dihantar ke […]