Well Pereira: Di Selangor, Pemain Hanya Fikirkan Trofi

Pemain import Selangor, Well Pereira berkongsi mentaliti pasukannya yang hanya memikirkan trofi dan kemenangan. Well menyertai Selangor dari Shah Alam City pada Disember lalu dan telah membawa impak besar dengan meledak 15 gol dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024. Menurut Well, sejak tiba di Selangor, beliau sudah mengenali sedikit sebanyak mengenai skuad futsal […]

3 Pemain Korea Selatan Antara Watak Penting Jeonbuk Hyundai Hadapi Selangor

Tiga pemain skuad kebangsaan Korea Selatan bakal memperkuat cabaran Jeonbuk Hyundai Motors menentang Selangor FC. Selepas meraih satu kemenangan dan satu keputusan seri dalam Kumpulan H, Merah Kuning kini berdepan cabaran paling sukar dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim 2024/25. Ini kerana mereka bakal berdepan pendahulu kumpulan yang juga kelab gergasi Korea Selatan, […]

Liga Super: Aksi PDRM & Selangor Rekod Kehadiran Tertinggi Minggu 13

Hari perlawanan minggu ke-13 menyaksikan aksi PDRM FC dan Selangor FC merekodkan kehadiran tertinggi. Dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) tidak beraksi pada minggu ini, aksi ini dilihat peluang buat Merah Kuning merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga itu. Aksi yang berlangsung pada 19 Oktober lalu menyaksikan Selangor pada awalnya mendahului menerusi Alvin Fortes. […]

Nidzam Jamil Lihat Selangor Bergelut, Ulangi Masalah Tahun Lalu

Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil mengakui pasukannya tidak memberikan fokus yang sepenuhnya sehingga tamat wisel permainan. The Red Giants terpaksa akur apabila PDRM berjaya bangkit mengikat pada saat akhir dalam saingan Liga Super semalam. Beliau menyatakan bahwa masalah yang dihadapi oleh Selangor masih berulang seperti tahun lepas. Selangor kerap dibolosi pada saat akhir sehingga menyebabkan […]

Nilai Liga Super Malaysia RM250 Juta, Ke-3 Paling Bernilai Di ASEAN

Nilai Liga Super Malaysia mencecah 53.34 Juta Euro (RM250 Juta) dan kini menghuni tangga ketiga Asia Tenggara. Kemajuan yang ditunjukkan oleh Liga Malaysia ini susulan persembahan cemerlang pasukan di Asia. Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan wakil tunggal Malaysia di AFC Champions League Elite (ACLE) manakala Selangor di AFC Champions League Two […]

Liga Super: PDRM Bangkit Ikat Selangor Saat Akhir

Selangor terpaksa akur diikat PDRM pada minit akhir sekaligus berkongsi 1 mata dalam saingan Liga Super di Stadium Selayang. Selangor hadir dengan motivasi tinggi setelah menewaskan Cebu dan Terengganu dalam dua aksi terakhir. Nidzam Jamil mempertaruhkan pemain seperti Roni Fernandez, Alvin Fortes, Noor Al-Rawabdeh bagi melawan cabaran PDRM. PDRM pula meletakkan Bruno Suzuki, Fadi Awad […]

Kelab Indonesia ‘Sambar’ Khidmat Pemain Selangor, Well Pereira

Pemain import Selangor, Well Pereira mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan dan mengumumkan bakal menyertai sebuah kelab di Indonesia. Sejak menyertai Selangor pada Disember lalu, Well telah memainkan peranan besar buat The Red Giants apabila meledak 15 gol dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024. Selain itu, pemain berusia 31 tahun ini juga muncul penjaring […]

Alex Agyarkwa Kembali Perkuat Selangor

Selangor FC menerima suntikan semangat apabila pemain tengah import dari Ghana, Alex Agyarkwa sudah kembali cergas sepenuhnya. Sebelum ini, Agyarkwa terpaksa berehat selama dua bulan akibat kecederaan. Kecederaan itu dialami dalam aksi final Piala FA 2024 antara Merah Kuning dan Harimau Selatan. Situasi ini menyebabkan pemain tengah Ghana itu bukan saja terlepas beberapa aksi Liga […]

Bisa Ali Olwan Memuncak Bersama Jordan

Nama penyerang Selangor FC, Ali Olwan menjadi sebutan penyokong Jordan baru-baru ini. Ini selepas Ali meledakkan dua gol dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman di Stadium Antarabangsa Amman baru-baru ini. Dua gol ini membolehkan Jordan merekodkan kemenangan 4-0 ke atas Oman. Selain Ali, penyerang Al-Arabi, Yazan Al-Naimat turut meledakkan dua gol dalam perlawanan […]

Piala Presiden: Penalti Pacu Selangor Ke Separuh Akhir, Tundukkan Perak

Selangor FC memerlukan penentuan sepakan penalti untuk menewaskan Perak FC III untuk mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Presiden 2024. Selepas meraih keputusan 1-0 di Padang PCRC, Ipoh pada 10 Oktober lalu, skuad muda The Bos Gaurus mahu mempertahankan kelebihan gol mereka. Sementara Selangor pula memburu kemenangan di UM Arena untuk mengulangi kejayaan mara ke […]

Piala MFL: Dua Gol Pantas JDT Buat Selangor Tumbang

Aksi tunggal Piala MFL pada Khamis menyaksikan Selangor tidak berjaya mempertahankan gol awal apabila tumbang di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) II di Shah Alam. Setelah diikat seri 1-1 oleh Negeri Sembilan dua minggu lalu, Selangor turun melayani kunjungan pendahulu, JDT II yang terikat seri ketika berdepan Kelantan DN sebelum ini. Kesebelasan utama Selangor dibarisi […]

ACL2: Selangor Ramal Jeonbuk Hyundai Beri Ancaman Berbeza

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil menjangkakan cabaran berbeza bakal dihadirkan kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors untuk aksi Kumpulan H seterusnya. Selepas dua perlawanan, Jeonbuk kini menerajui Kumpulan H dengan enam mata. Selain merekodkan dua kemenangan selesa, pasukan yang dibimbing Kim Do-heon itu turut merekodkan 10 gol. Meskipun Jeonbuk menurunkan skuad kedua dalam saingan Liga […]

Pasukan Ke-5 Asia Lawan Selangor Di MBPJ

Pasukan ke-5 Asia bakal menjadi lawan terhebat Selangor di Stadium MBPJ pada Oktober ini. Skuad kendalian Nidzam Jamil masih segar dengan kejayaan melakar kemenangan 1-0 ke atas DH Cebu bagi aksi kedua AFF Champions League Two (ACL2). Dua ujian besar menanti Gergasi Merah apabila dijadualkan menentang gegasi Korea, Jeonbuk Hyundai bagi aksi ketiga kumpulan pada […]

Tonggak ‘RM47 Juta’ Belanda Bercakap Tentang Selangor

Tonggak RM47 Juta Liga Belanda berbicara tentang Selangor FC. Baru-baru ini, Gergasi Merah telah mengumumkan ketibaan dua jurulatih baharu iaitu Shahrom Kalam dan Abdi Hassan sebagai penolong jurulatih kepada pengendali pasukan, Nidzam Jamil. Perlantikan Shahrom dan Abdi dilakukan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan penolong jurulatih, Conor Nestor. Pengendali kelahiran Ireland itu meninggalkan Selangor untuk menggalas […]

Andik Vermansyah Gaduh Besar, Muka Lawan Jadi ‘Mangsa’

Gelagat bekas pemain sayap Selangor FC, Andik Vermansyah mencuri tumpuan peminat bola sepak Indonesia baru-baru ini. Andik yang kini beraksi untuk kelab Liga 2 Indonesia, Persiraja Banda Aceh dikesan menolak muka pemain PSPS Pekanbaru, Ilham Fato sehingga terjatuh. Insiden ini berlaku dalam aksi terbaru liga membabitkan Persiraja dan PSPS di Stadium Harapan Bangsa pada 13 […]

Abdi Hassan & Shahrom Kalam Dilantik Penolong Jurulatih Selangor

Selangor FC mengumumkan perlantikan Shahrom Kalam dan Abdi Hassan sebagai penolong jurulatih kepada pengendali pasukan, Nidzam Jamil. Perlantikan dua figura berkenaan diumumkan pengurusan Merah Kuning menerusi satu pengumuman di laman sesawang rasmi pasukan. Perlantikan Shahrom dan Abdi dibuat bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan penolong jurulatih sebelumnya, Conor Nestor. Jurulatih Ireland itu meninggalkan Selangor untuk menggalas […]