Cheng Hoe Elak Beri Tekanan Kepada Pemain Hadapi JDT

Menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia yang menemukan Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) Sabtu ini, pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe mengakui bahawa tidak mahu terlalu memberikan tekanan kepada para pemainnya. Ini kerana, beliau sedar pasukan Selangor kendaliannya dibarisi dengan ramai pemain muda. Namun begitu Cheng Hoe mengharapkan pemain-pemain yang diturunkan nanti dapat memperagakan aksi […]

Tan Cheng Hoe Bangga Dengan Aksi Pemain Sedia Ada

Jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe mengakui gembira dengan persembahan yang dipamerkan oleh barisan pemain yang sedia ada sehingga ke tahap ini.  Jurulatih berusia 50 tahun itu turut memuji karakter dan mentaliti yang dipamerkan setiap pemain meskipun ketinggalan jaringan dan layangan kad merah terhadap pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab. “Persembahan terbaik daripada barisan pemain terutamanya apabila kad […]

Faisal Halim: Mungkin Terengganu Ada Pemain Yang Lebih Baik

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faisal Halim memberikan salam perpisahan terakhir apabila mengesahkan beliau tidak akan bersama pasukan pada musim hadapan. Bintang sensasi berusia 24 tahun itu merupakan watak penting buat jaguh Pantai Timur itu termasuklah ketika membantu mereka mara ke final Piala FA. Malah, Faisal juga turut memacu kejayaan pasukan sehingga berjaya mengakhiri saingan […]

Bas Pemain Selangor Diserang

Dalam kegembiraan para pemain Selangor FC mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu FC semalam, terdapat kejadian yang tidak diingini telah berlaku kepada mereka di luar stadium. Bas yang membawa pemain-pemain Selangor telah diserang oleh segelintir penyokong pasukan Terengganu. Balingan batu dan kon keselamatan telah menyebabkan kerosakan yang jelas kelihatan pada bas tersebut. […]

Piala Malaysia: Selangor Ke Final Jumpa JDT Tewaskan Terengganu

Selangor kembali ke zaman kegemilangannya selepas berjaya menewaskan Terengganu secara agregat 3-2 sekaligus mara ke perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2022 bertemu JDT. Kali terakhir Selangor mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia adalah pada tahun 2016 menentang pasukan Kedah di Stadium Shah Alam. Dalam perlawanan separuh akhir timbal balik ke-2 di Stadium Sultan Mizan Zainal […]

Tan Cheng Hoe: Bukan Gol Nasib

Sedar dengan ujian berat yang bakal ditempuhi Selangor di Gong Badak kelak, Ketua Jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe tidak mahu mendabik dada dan mahu pemainnya fokus untuk perlawanan timbal balik nanti. “Saya fikir, secara keseluruhannya prestasi kami dari para pemain, mereka begitu bekerja keras dan fokus dengan serangan lawan. Pertahanan memainkan peranan cukup penting. “Tiga […]

“Dah Lama Tak Tengok Penyokong Selangor Bersatu”

“Rasanya dah lama sangat tak tengok peminat Selangor bersatu macam ni!!” Ini antara ungkapan yang tercipta dari ciapan wartawan Astro Arena, Karl Nunis yang hadir ke Stadium Petaling Jaya menyaksikan separuh akhir pertama melibatkan Selangor dan Terengganu. Perlawanan berkesudahan dengan Selangor menang selesa 3-1 di halaman sendiri sebelum bertandang ke Gong Badak pada Isnin, 21 […]

Nafuzi Gusar Lihat Rekod Cemerlang Tan Cheng Hoe Di Selangor

Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain berharap para pemainnya akan bersedia sepenuhnya bagi aksi separuh akhir Piala Malaysia 2022 menentang Selangor, malam esok. Perlawanan yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menjadi sudah semestinya menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe berjaya membawa Selangor melalui rekod tujuh perlawanan tanpa […]

Selangor Tinggal Selangkah Sambar Tiga Bintang Harimau Malaya

Semi finalis Piala Malaysia 2022, Selangor FC kini berada pada landasan yang cukup baik untuk memperkuatkan pasukan apabila dikhabarkan bakal membawa masuk tiga muka baharu yang mewakili Harimau Malaya. Kemasukan jurulatih berpengalaman tempatan, Tan Cheng Hoe jelas memberi impak segera terhadap persembahan pasukan apabila tidak mencatatkan sebarang kekalahan setakat ini. The Red Giants cemerlang membenam […]

Piala Malaysia: Terengganu & Selangor Gah Ke Separuh Akhir

Aksi suku akhir kedua saingan Piala Malaysia 2022 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Negeri Sembilan menentang pasukan Selangor dan Terengganu yang melayan kunjungan KL City di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Selangor dan Terengganu berjaya mengenepikan lawan masing-masing sekaligus mengesahkan slot ke pusingan separuh akhir.  Pasukan Negeri Sembilan terpaksa akur dengan keputusan seri apabila […]

Piala Malaysia: Terengganu & Selangor Selangkah Ke Separuh Akhir

Aksi suku akhir pertama saingan Piala Malaysia hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan KL City menentang Terengganu dan pasukan Selangor yang melayan kunjungan Negeri Sembilan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.  Terengganu dan Selangor berjaya mencatat kemenangan selepas mengenepikan lawan masing-masing. Terengganu di bawah kendalian Nafuzi Zain berjaya menjaringkan gol menerusi penyerang import sensasi, Kpah Sherman. […]

Tan Cheng Hoe Mahu Selangor Kekalkan Rekod Tanpa Bolos

Pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe sedar akan tugas getir menanti pasukan kendaliannya itu pada aksi suku akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan FC malam esok. Ini kerana pasukan Negeri Sembilan mempunyai barisan pemain tempatan dan import yang berkualiti. Antara pemain yang menjadi tumpuan Cheng Hoe adalah dua pemain import iaitu Gustavo dan Matheus Alves […]

Piala Malaysia: Selangor Atasi Cabaran Kelantan United

Selangor memulakan cabaran pusingan ke-16 Piala Malaysia dengan bergaya selepas mengalahkan Kelantan United 3-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Babak pertama menyaksikan Gergasi Merah Kuning mendominasi tuan rumah sejak wisel permainan dibunyikan. Usaha mereka membuahkan hasil apabila Herlison Caion menanduk masuk gol pertama pelawat pada minit ke-37. Kijang Hijau cuba bangkit tetapi kedudukan […]

Cheng Hoe Ubah Selangor Menjadi Kereta Kebal Bersenjata Ampuh

Selangor FC kini beraksi dengan lebih baik di bawah kendalian jurulatih baharu, Tan Cheng Hoe. Umum mengetahui pelbagai isu telah timbul membabitkan pasukan Selangor sejak dari awal musim lagi. Kehadiran Cheng Hoe jelas sekali berjaya mengubah corak permainan yang ditampilkan Selangor. Cheng Hoe sehingga kini sudah mengendalikan tiga perlawanan buat Selangor dengan mencatatkan rekod bersih […]

Selangor Sasar Kedudukan Lebih Tinggi Liga Super

Selangor menyasarkan untuk mengakhiri saingan Liga Super pada kedudukan yang lebih baik pada musim ini. Menerusi satu kenyataan oleh ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe, beliau berharap agar format baharu yang cuba diperkenalkan oleh MFL ini diterima umum. Katanya, undian ini juga bakal memberikan motivasi buat para pemain untuk mengakhiri saingan musim ini pada kedudukan […]

Liga Super: Tan Cheng Hoe Lulus Ujian Pertama

Aksi Liga Super LS19 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Selangor dan Melaka United. Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ Kelana Jaya menyaksikan Selangor cemerlang menewaskan Melaka United dengan keputusan 5-0. Selangor yang turun dengan percaturan pengendali baharu, Tan Cheng Hoe jelas menunjukkan persembahan memukau menerusi gandingan Norhakim Hassan, Htet Aung dan Herlison Caion di […]