Penyerang Berbisa Colombia, Ayron Del Valle Rasmi Milik Selangor

Selepas beberapa lama mencari pengganti Herlison Caion, akhirnya pencarian Selangor berhasil. Hari ini, Gergasi Merah mengesahkan penyerang Colombia, Ayron Del Valle sebagai awang import terbaru mereka. Berita perpindahannya ke Selangor sudah didedahkan terlebih dahulu oleh portal Primer Tiempo semalam. Hari ini, ia disahkan secara rasmi menerusi laman media sosial mereka. Del Valle hadir dengan reputasi […]

Selangor Jalin Kerjasama Dengan Butik Terkenal, HijabistaHub

Selangor bukan saja mahu maju di atas padang tetapi juga di luar padang. Selepas menjalin kerjasama dengan syarikat penghawa dingin Jepun, Daikin, Gergasi Merah menjalin pula kerjasama dengan butik terkenal Hijabista Hub. Kerjasama antara kedua-dua pihak dimeterai dalam satu majlis menandatangani dokumen perjanjian kerjasama di Pusat Latihan Selangor FC (SFC), Shah Alam hari ini. Pemeteraian […]

Bekas Penjaring Terbanyak Liga Colombia Bakal Sertai Selangor?

Kekosongan yang ditinggalkan Herlison Caion bakal diisi Selangor dengan seorang lagi penyerang dari Amerika Selatan. Ini selepas Gergasi Merah dikhabarkan telah mencapai persetujuan dengan penyerang Colombia, Ayron del Valle. Khabar ini dikongsikan oleh wartawan sukan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam ciapannya di Twitter beberapa jam lepas. Menurut portal Primer Tiempo, del Valle telah mencapai […]

Kelab Singapura Bakal Serikan Aksi Piala Harapan 2023

Seperti pasukan-pasukan Liga Super lain, Penang FC turut sibuk dengan program pra-musim mereka. Terbaru, mereka bakal menganjurkan kejohanan Piala Harapan 2023 yang turut menampilkan kelab Singapura, Geylang International FC. Kejohanan yang bakal berlangsung dari 1 Februari hingga 4 Februari ini bakal menampilkan empat pasukan iaitu tuan rumah Penang FC, Selangor, Kedah dan Geylang International. Kejohanan […]

Selangor Ulas Status Sebenar Kecederaan Khuzaimi Piee

Selepas mengalami kecederaan betis dalam perlawanan pertama Kumpulan B Piala AFF 2022, ramai menyangka Khuzaimi Piee akan terkeluar untuk satu tempoh lama. Tetapi jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe memberi jaminan Khuzaimi bakal menyertai latihan pasukan tidak lama lagi. Perkara itu dinyatakan bekas jurulatih Harimau Malaya dalam temubual khas bersama wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi hari […]

Bekas Pemain MLS Kini Perkuat Selangor

Selepas melepaskan khidmat penyerang Brazil, Herlison Caion, barisan serangan Selangor kini dimantapkan dengan kehadiran penyerang muda Ghana, Rauf Salifu. Pengumuman perpindahan bekas penyerang Sporting Kansas City II itu dibuat menerusi laman media sosial Selangor hari ini. Lahir di Accra, Ghana, penyerang tersebut beraksi dengan Accra Lions FC dari 2018 hingga 2021. Semasa musim 2020-2021, Salifu […]

Selangor Jalin Kerjasama Dengan Daikin

Selangor mendapat suntikan semangat menjelang Liga Super musim 2023 selepas menerima tajaan syarikat penyaman udara Jepun, Daikin. Perjanjian tersebut dimeterai pengurusan Merah Kuning dengan Daikin Malaysia Sales & Service Sdn Bhd pada 10 Januari lalu. Dengan termeterainya penajaan ini, nama Daikin bakal menghiasi jersi latihan dan perlawanan Gergasi Merah sepanjang musim 2023. Bagi COO Selangor […]

Sikh Izhan Tinggalkan Selangor, Sertai Negeri Sembilan

Pencarian penjaga gol baru Negeri Sembilan menggantikan Syihan Hazmi Mohamed sudah berakhir. Ini selepas skuad Hoben Jang Hoben itu mengesahkan perpindahan Sikh Izhan Nazrel. Sikh Izhan menyertai Negeri Sembilan secara pinjaman semusim dari Selangor. Perpindahan pinjaman penjaga gol itu diumumkan kedua-dua kelab menerusi laman media sosial mereka. Sikh Izhan menjadi sebahagian daripada skuad Merah Kuning […]

Tan Cheng Hoe Percaya Pemain Tempatan Selangor Berkualiti

Kebelakangan ini, beberapa pasukan Liga Super mempunyai sembilan awang import bersesuaian dengan peraturan pemain import untuk musim 2023. Tetapi bagi jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe, pengambilan awang import untuk pasukan berkenaan perlu juga melihat kepada keperluan dan bajet pasukan. Tidak dinafikan dengan adanya sembilan awang import, ia memantapkan Selangor di atas padang. Tetapi bagi bekas […]

Perancang Tengah Jordan, Noor Al-Rawabdeh Kini Milik Selangor

Selepas memilih melepaskan Herlison Caion beberapa hari lepas, Selangor FC kini diperkuatkan dengan seorang pemain import dari Jordan iaitu Noor Al-Rawabdeh. Sebelum ini, sudah ada ura-ura bahawa Noor sedang dirisik Selangor bagi menghadapi cabaran Liga Super musim ini. Kini, perpindahannya telah disahkan menerusi pengumuman di laman media sosial rasmi Selangor FC hari ini. Noor bukan […]

Herlison Caion Sah Perkuat Serangan KL City

Jentera serangan KL City dijangka lebih tajam menjelang saingan Liga Super yang bakal bermula pada akhir Februari ini. Ini selepas skuad yang dibimbing Bojan Hodak itu telah diperkuatkan oleh bekas penyerang Selangor musim lepas, Herlison Caion. Sebelum ini, ramai menyangka Caion kekal bersama Gergasi Merah selepas kedua-dua pihak mengadakan perbincangan berkenaan kontrak baru. Bagaimanapun, Selangor […]

Ramon Marcote Sah Ke Selangor

Dengan saingan Liga Malaysia bakal bermula bulan hadapan, banyak pasukan sedang membuat penambahbaikan dari segi kemasukan pemain dan jurulatih baharu. Selangor FC juga tidak terkecuali daripada melakukannya. Sebentar tadi, Selangor membuat kejutan dengan membawa masuk bekas pengendali pasukan Kedah dari Sepanyol, Ramon Marcote. Marcote dibawa masuk ke Selangor sebagai pembantu jurulatih kedua buat pengendali Selangor, […]

Khidmat Noor Al-Rawabdeh Diintai Selangor?

Selepas menamatkan musim sebagai naib juara Piala Malaysia musim lepas, Selangor mahu bangkit dan kembali mencabar trofi-trofi Liga Malaysia musim 2023. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Gergasi Merah dikhabarkan sedang mengintai khidmat pemain tengah Jordan, Noor Al-Rawabdeh. Khabar angin ini didedahkan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran menerusi ciapan di Twitter semalam. Noor bukanlah asing […]

Selangor Bakal Uji Kekuatan Kelab Luar Negara

Selepas berjaya mara ke final Piala Malaysia musim lepas, Selangor FC tidak mahu berhenti di situ saja. Bagi memastikan pasukan lebih mantap menjelang saingan Liga Super musim depan, pengurusan Selangor FC bakal mengadakan pra-musim di luar negara pada awal Januari ini. Ini didedahkan oleh jurulatih Gergasi Merah, Tan Cheng Hoe dengan tiga negara berkemungkinan dipilih […]

Selangor Intai Khidmat Mahmoud Al-Mawas

Dengan beberapa perpindahan yang diumumkan setakat ini, Selangor ingin membuktikan cabaran mereka dalam Liga Malaysia musim hadapan tidak boleh dipandang remeh. Selepas mengesahkan khidmat V. Ruventhiran, Khuzaimi Piee dan Faisal Halim, skuad Merah Kuning yang dibimbing Tan Cheng Hoe dikhabarkan sedang mengintai khidmat pemain sayap Syria, Mahmoud Al-Mawas. Khabar angin ini didedahkan oleh wartawan sukan […]

Rasmi: Faisal Halim Sertai Selangor

Bekas pemain sayap Terengganu, Mohamad Faisal bin Abdul Halim (Faisal Halim) diumumkan secara rasmi sebagai pemain terbaru Selangor untuk musim 2023/2024. Beliau yang kini berjuang bersama skuad kebangsaan mengharungi kempen Piala AFF 2022 merupakan antara tonggak utama Terengganu di bawah kendalian Nafuzi Zain yang turut berjaya membantu Terengganu mara ke pentas Asia. Desas-desus kehadiran Faisal […]