Selangor Hilang Tiga Tonggak Utama Berdepan Sri Pahang

Selangor bakal berdepan tugas sukar menentang Sri Pahang dalam aksi pusingan kedua Piala FA esok. Selain menentang pasukan yang masih belum kalah dalam Liga Super, Gergasi Merah juga tempang tanpa tiga tonggak utama yang mengalami kecederaan. Tiga pemain tersebut ialah duo pemain import Noor Al-Rawabdeh dan Alex Agyarkawa serta bek tengah Sharul Nazeem. Ini memeningkan […]

“Rauf Salifu Mampu Beri Impak Besar” – Tan Cheng Hoe

Selangor meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Kelantan semalam dengan Rauf Salifu menyumbat dua gol. Dan bagi jurulatih Merah Kuning, Tan Cheng Hoe, beliau percaya penyerang Ghana itu mampu memberi impak besar kepada kempen Selangor dalam Liga Super musim ini. Selepas tampil sebagai pemain gantian menggantikan Ayron Del Valle, Salifu menyumbat dua gol dalam 10 […]

Liga Super: Selangor Menang Selesa Ke Atas Kelantan

Selangor terpaksa bekerja keras sebelum mencipta kemenangan ketiga berturut-turut dalam Liga Super ke atas Kelantan hari ini 3-0 di Stadium MBPJ. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mendapat peluang membuka gol pembukaan. Selangor menguji gawang yang dikawal Rozaimi Rahamat menerusi sepakan percuma Yohandry Orozco pada minit ke-10 tetapi percubaannya tersasar. Seminit selepas itu, Afzal Akbar […]

Tan Cheng Hoe Tagih Bisa Faisal Halim

Menjelang aksi Liga Super Selangor menentang Kelantan malam ini, jurulatih Merah Kuning, Tan Cheng Hoe pastinya berharap anak-anak buahnya dapat meneruskan rentak kemenangan. Antara pemain yang diharap mampu meneruskan persembahan cemerlang ialah pemain sayap Faisal Halim. Selepas menamatkan kemarau golnya dalam perlawanan persahabatan Malaysia-Hong Kong penghujung Mac lalu, Faisal kemudiannya menyumbat dua gol dalam perlawanan […]

“Nampak Macam Dah Dirancang Dengan Orang Atasan” – TMJ

Pemilik Johor Darul Ta’zim, DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kehairanan melihat jadual aksi Liga Super 2023 pasukan Selangor sepanjang bulan Ramadan ini. Ini kerana sepanjang bulan April, empat daripada lima perlawanan pasukan Selangor dijadualkan berlangsung di laman sendiri iaitu di Stadium MBPJ. Dalam hantaran yang dimuat naik portal Semuanya BOLA bertajuk 4 Perlawanan Home Dalam […]

Faisal Halim Benar-Benar Kotakan Janji Kepada Selangor

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus membuktikan kalibernya untuk terus menjadi watak penting di Selangor. Bintang sensasi Harimau Malaya itu terus menjadi sandaran Tan Cheng Hoe untuk mengemudi jentera serangan pasukan. Perpindahan beliau ke Lembah Klang berlangsung dengan penuh ujian selepas beraksi hampir 2 bulan tanpa sebarang jaringan. Bekas bintang Terengganu ini bagaimanapun […]

Tan Cheng Hoe Waspada Helah Dua Bekas Pemain Sekat Selangor

Selepas merekodkan kemenangan 3-1 ke atas KL City, Selangor sudah pasti mahu meneruskan kecemerlangan ke atas Negeri Sembilan esok. Bagaimanapun, kelibat dua pemain iaitu Safuwan Baharudin dan Shahrel Fikri Mohd Fauzi bakal menjadi fokus anak-anak buah Tan Cheng Hoe. Sebelum beraksi dengan Negeri Sembilan, kedua-duanya pernah beraksi dengan Selangor termasuk di bawah bimbingan Cheng Hoe […]

“Saya Sentiasa Marah Pemain-Pemain Saya” – Bojan Hodak

Bojan Hodak seakan tidak tahu apa solusi kepada isu kelalaian anak-anak buahnya setiap kali turun bermain. Disebabkan kelalaian mereka, KL City tewas kepada Selangor 3-1 dalam perlawanan Liga Super semalam – satu isu yang membuatkan pengendali dari Croatia itu hilang sabar bila memikirkannya. City Boys terlebih dahulu mendahului menerusi Tchetche Kipre pada minit ke-24. Bagaimanapun, […]

Liga Super: Selangor Pamer Taring Benam KL City

Perlawanan Liga Super malam ini menyaksikan KL City melayan kunjungan Selangor FC yang berkesudahan dengan keputusan 1-3.  Pada minit ke-24 permainan, Tchetche Kipre meletakkan KL City dihadapan apabila rembatan deras dari luar kotak berjaya menerjah gawang gol.  Selang beberapa minit permainan,  pasukan Selangor berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan KL […]

Tan Cheng Hoe Tidak Layan Perang Psikologi Bojan Hodak

Susulan pendedahan Bojan Hodak bahawa Selangor dianggap ‘lawan mudah’, ramai berpandangan jurulatih KL City itu sengaja meletakkan tekanan ke atas mereka. Tetapi bagi jurulatih Merah Kuning, Tan Cheng Hoe, beliau tidak ambil pusing dengan kenyataan sensasi jurulatih Croatia itu. Ini kerana adat bagi mana-mana jurulatih untuk mencari kelebihan dalam perlawanan besar terutama perlawanan ‘derby’ seperti […]

Giancarlo Gallifuoco: Satu Malaysia Tahu Kelebihan Faisal Halim

Dengan Selangor mahu bangkit selepas dimalukan Johor Darul Ta’zim (JDT) 4-0, Giancarlo Gallifuoco tahu malam ini merupakan perlawanan sukar untuk pasukannya, KL City. Dan bek tengah Australia itu tahu kelibat Faisal Halim bakal menjadi fokus barisan pertahanan City Boys. Selepas berjaya menamatkan kemarau jaringannya dalam perlawanan persahabatan Malaysia menentang Hong Kong beberapa hari lepas, bekas […]

“Perlawanan Menentang Selangor Paling Mudah” – Bojan Hodak

Dengan saingan Liga Super bakal bersambung pada 31 Mac ini, antara perlawanan tumpuan ialah perlawanan setempat Lembah Klang membabitkan Selangor dan KL City. Bagi pengendali City Boys, Bojan Hodak, perlawanan menentang Merah Kuning dianggap perlawanan paling mudah buatnya. Ini kerana menurut jurulatih Croatia itu, anak-anak buahnya tidak memerlukan motivasi tambahan untuk mengalahkan anak-anak buah Tan […]

Selangor Mahu Lengkapkan Sembilan Pemain Import

Selepas sebelum ini berpuas hati dengan lapan pemain import, Selangor kini mengubah pendirian mereka. Pengurusan Gergasi Merah tidak keberatan untuk menimbang kemungkinan merekrut pemain import kesembilan bagi membantu pasukan mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon. Walaupun dimalukan 4-0 […]

Mukhairi Ajmal Alami Jangkitan Kuman

Pengendali skuad bawah 22 tahun negara, E. Elavarasan mengesahkan jeneral tengah, Mukhairi Ajmal alami jangkitan kuman di perut. Pemain tengah Selangor itu terpaksa meninggalkan skuad kebangsaan bagi Kejohanan Piala Merlion kerana perlu menjalani rawatan lanjut di bersama Doktor. “Dia tidak dalam keadaan baik, malah Doktor menasihatkannya supaya jangan bermain dan perlu pulih..jadi saya fikir lebih […]

Piala Belia: Selangor Buat Kejutan Tewaskan JDT

Selepas melihat skuad senior Selangor dibelasah Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan kelima Liga Super minggu lepas, skuad Selangor B-18 menebus kehampaan mereka. Ini selepas pasukan itu mengalahkan JDT IV 3-1 dalam saingan Piala Belia 2023 Zon C. Babak pertama menyaksikan JDT IV ketinggalan kepada pelawat pada minit ke-41 menerusi Akid Zamri. Walaupun cuba bangkit […]

TMJ: Kita Juga Boleh Bermain Bunga Api Dalam Perlawanan Ke-5 Liga

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) terkejut dengan tindakan pasukan Selangor yang bermain bunga api pada perlawanan ke-5 Liga Super semalam. Pertembungan antara dua jaguh bola sepak tanah air di Kelana Jaya itu diserikan dengan pelbagai promosi yang menghangatkan lagi aksi tersebut. Mengulas lanjut, baginda […]