Liga Super: Selangor Longlai Dikejutkan PDRM

Hasrat Selangor mencipta kemenangan mudah ke atas PDRM hari ini tidak kesampaian. Ini selepas skuad Merah Kuning dikejutkan The Cops 1-0 di Stadium MBPJ. Dengan reputasi PDRM sebagai pasukan yang liat untuk ditewaskan, Selangor menurunkan barisan terkuat bagi mendepani anak-anak buah Azzmi Aziz. Dan sebaik sepak mula, anak-anak buah Tan Cheng Hoe mula mengasak kubu […]
Nor Hakim Hassan Sertai Terengganu

Selepas meninggalkan Selangor secara persetujuan bersama beberapa hari lepas, ramai ingin tahu destinasi Nor Hakim Hassan seterusnya. Hari ini, Terengganu secara rasmi memperkenalkan pemain sayap berusia 31 tahun itu sebagai pemain baru mereka. Pengumuman perpindahan Nor Hakim ke skuad Peteh diumumkan dalam laman media sosial rasmi pasukan itu. Kehadiran Nor Hakim dijangka menambah pilihan jurulatih […]
Bintang Piala AFF Harimau Malaya Tinggalkan Selangor

Dengan tetingkap pasaran perpindahan kedua bakal menjelang tidak lama lagi, pasukan-pasukan Liga Super mula menentukan pemain mana yang patut dikekalkan. Dan semalam, Selangor bersetuju menamatkan kontrak pemain sayap Harimau Malaya, Nor Hakim Hassan secara persetujuan bersama. Perkara ini diumumkan Red Giants menerusi satu kenyataan di laman media sosial rasmi mereka semalam. Malah, ia turut didedahkan […]
Piala FA: Selangor Mudah Atasi Negeri Sembilan Untuk Ke Separuh Akhir

Selangor dipaksa bermandi peluh sebelum berjaya mara ke separuh akhir Piala FA 2023. Ini selepas Gergasi Merah berjuang mengatasi Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hari ini. Sebaik sepak mula, pasukan pelawat yang dibimbing Tan Cheng Hoe terkejut apabila dibolosi seawal 36 saat. Bekas bek tengah Merah Kuning, Safuwan Baharudin menanduk masuk […]
Liga Super: Selangor Mandi Peluh Sebelum Tewaskan Kedah

Aksi ke-12 saingan Liga Super melibatkan pertembungan antara pasukan Selangor menentang Kedah Darul Aman. Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ Kelana Jaya menyaksikan Selangor berjaya menewaskan Kedah dengan keputusan 3-2. Selangor dibawah kendalian Tan Cheng Hoe tampil dengan barisan terkuat demi meraih kemenangan kesembilan sementara skuad Sang Kenari pula dalam usaha mencari kemenangan kelapan bagi […]
Selangor Masih Perlukan Faisal Halim

Sejak beberapa hari lepas, arena bola sepak Malaysia kecoh apabila Faisal Halim dikatakan diintai oleh dua kelab K-League 1 iaitu Suwon Samsung Bluewings dan Incheon United. Tetapi bagi jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe, beliau merasakan Merah Kuning masih memerlukan khidmat pemain sayap Harimau Malaya itu. Ini kerana setakat pengetahuan beliau, Faisal belum menerima sebarang tawaran […]
Faisal Halim Mahu Kekal Berbakti Bersama Selangor?

Sejak semalam, arena bola sepak Malaysia kecoh apabila khidmat pemain sayap Selangor, Faisal Halim dikatakan diintai dua kelab K-League 1. Tetapi hari ini, pemain sayap Harimau Malaya itu memberi petunjuk untuk kekal bersama Merah Kuning untuk baki saingan Liga Super musim ini. Ini berdasarkan satu hantaran yang dimuatnaik di akaun Instagram peribadinya beberapa jam lepas. […]
Shukor Adan: Pergaduhan Penyokong Cemar Imej Bola Sepak Negara

Beberapa hari lepas, arena bola sepak negara kecoh dengan insiden pergaduhan penyokong kasual semasa perlawanan Liga Super membabitkan Perak dan Selangor. Bagi bekas kapten Harimau Malaya, Shukor Adan, tindakan segelintir penyokong ini mencemarkan imej bola sepak Malaysia yang sedang menuju ke era profesional. Ini kerana pergaduhan sebegini bukan saja mengancam keselamatan penonton lain terutama yang […]
Perak Akan Sekat Kehadiran Samseng Bola Sepak

Kemeriahan aksi El Clasico Malaya membabitkan Perak dan Selangor di Stadium Perak semalam sedikit tercemar dengan pergaduhan kumpulan penyokong kedua-dua pasukan. Susulan itu, pengurusan The Bos Gaurus mengumumkan bakal menyekat samseng-samseng bola sepak daripada memasuki stadium. Dalam satu kenyataan media hari ini, pengurusan Perak menyifatkan insiden tersebut mengugat keselamatan penyokong yang hadir. Justeru, pengurusan pasukan […]
Percaturan Tan Cheng Hoe Pulihkan Mental Pemain Selangor Berhasil

Kemenangan besar 4-0 Selangor ke atas Perak bukan saja membantu Red Giants merampas semula tempat kedua Liga Super. Malah, ia dilihat tonik terbaik buat para pemain terutama pemain-pemain B-22 negara yang baru pulang dari kempen Sukan SEA 2023. Bagi jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe, beliau mengakui pemain-pemain ini hilang motivasi selepas gagal mencapai matlamat layak […]
Penyokong Perak & Selangor ‘Berperang’

Bersesuaian dengan gelarannya sebagai perlawanan El Clasico Malaya, perlawanan membabitkan Perak dan Selangor sentiasa panas terutama dengan gelagat penyokong. Dan hari ini, penyokong kedua-dua pasukan bergaduh semasa separuh masa pertama perlawanan di Stadium Perak. Berdasarkan rakaman video yang dimuatnaik wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pergaduhan tersebut tercetus apabila sekumpulan penyokong Perak menyerbu tempat duduk […]
Liga Super: Selangor Mudah Benam Cabaran Perak

Selangor merampas semula kedudukan kedua Liga Super apabila membelasah Perak 4-0 hari ini. Perlawanan hari ini yang diadakan di Stadium Perak dianggap istimewa dan digelar El Clasico Malaya disebabkan persaingan sengit Gergasi Merah dan Seladang satu ketika dahulu. Walaupun sedar lawan mereka berstatus pasukan gergasi, anak-anak buah Datuk Lim Teong Kim dilihat tidak gentar lebih-lebih […]
CEO Perak Terkejut Lihat Jualan Tiket Kepada Penyokong Selangor

Pertembungan Perak FC dan Selangor FC dalam aksi Liga Super malam ini pasti akan menjadi perhatian ramai. Mana tidaknya, kedua-dua pasukan mempunyai jumlah penyokong yang ramai dan sejarah kejayaan yang tersendiri. Namun begitu, sesuatu yang mengejutkan apabila penyokong pasukan pelawat iaitu Selangor dikatakan lebih ramai membeli tiket berbanding penyokong tuan rumah iaitu Perak. Perkara tersebut […]
Pemain-Pemain Malaysia Beri ‘Amaran’ Kepada Duo Jordan

Penyokong Malaysia sudah maklum Harimau Malaya berada dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain. Dan bagi pemain-pemain kebangsaan yang beraksi dengan Selangor, mereka memberi ‘amaran awal’ kepada dua rakan sepasukan mereka dari Jordan, Noor Al-Rawabdeh dan Yazan Al-Arab. Dalam satu video Instagram yang dimuatnaik penjaga gol Samuel Somerville, dua nota ditampal pada lokar […]
4 Pemain Jordan ‘Risik’ Kekuatan Malaysia Di Liga Super

Undian Piala Asia AFC 2023 sudah pun memaparkan keputusannya apabila Malaysia diundi bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain. Anak didik Kim Pan-gon memiliki peluang terbaik apabila memperoleh lawan yang hampir setara sungguhpun terpaksa menelan hakikat berdepan gergasi bola sepak Asia, Korea Selatan. Namun begitu, tumpuan terarah kepada Jordan tatkala beberapa orang bintang skuad kebangsaannya sudah […]
Skuad Muda Selangor Belasah Sabah

Sebelum saingan Liga Super berehat bersempena Sukan SEA 2023, skuad senior Selangor tewas tipis 2-1 kepada Sabah di Stadium Likas. Hari ini, skuad remaja Merah Kuning menebus kehampaan skuad senior dengan membenam skuad muda Badak 4-0 dalam saingan Kumpulan C Piala Belia 2023. Perlawanan yang diadakan di Stadium Mini Persada Plus, Subang itu menyaksikan skuad […]