“Tiada Tekanan Beraksi Untuk Kedah” – Ifedayo Olusegun

Penyerang Kedah Darul Aman (KDA) FC, Ifedayo Olusegun melihat motivasi tinggi sebagai kunci mengatasi tekanan beraksi bersama pasukan itu. Perkara itu yang mendorongnya beraksi bersungguh-sungguh di atas padang lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan penyerang-penyerang silam. Perkara ini pernah dialaminya bersama Selangor FC di mana ketika itu, Ifedayo bergandingan dengan penyerang Sepanyol, Rufino Segovia di bahagian […]

Selangor vs Penang: Selangor Selesa Atasi Cabaran Penang

Selangor FC bangkit daripada kekalahan di tangan Sri Pahang FC minggu lepas dengan mengalahkan Penang 3-0 di Stadium MBPJ hari ini. Dengan Sri Pahang FC tunduk 4-0 kepada Sabah FC dalam satu lagi aksi Liga Super, ini peluang buat anak-anak buah Tan Cheng Hoe melebarkan kelebihan mata ke atas Tok Gajah. Tuan rumah bagaimanapun perlu […]

JDT Pecah Rekod Lagi

Dominasi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super musim ini nyata tiada tandingan. Selain tidak pernah tewas dalam 17 perlawanan liga, mereka juga tidak pernah mencatatkan sebarang keputusan seri. Kini, JDT membuktikan mereka adalah kelab terkuat di negara ini apabila mereka memecahkan rekod jaringan gol terbanyak dalam semusim yang sudah lama dipegang oleh […]

Safuwan Baharudin Tolak Tawaran Ke Thailand Demi Selangor

Bek tengah baru Selangor FC, Safuwan Baharudin mengakui ada menerima tawaran daripada beberapa kelab Thai League selepas meninggalkan Negeri Sembilan FC. Tetapi beliau pada akhirnya memilih Red Giants kerana melihat lebih baik menghabiskan baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. “Memang dari awal saya ada terima tawaran dari Liga Thailand. Tetapi apabila hubungan saya […]

Safuwan Baharudin Harap Penyokong Selangor Dapat Terima Beliau Semula

Selangor FC hari ini mengumumkan kemasukan semula pemain tengah kebangsaan Singapura, Safuwan Baharudin bagi memperkuatkan pasukan bagi harungi saingan baharu Liga Super 2023. Pemain berusia 31 tahun ini berharap agar penyokong-penyokong Selangor dapat menerima dirinya kembali. Beliau akui tidak pernah meninggalkan Selangor.  “Saya rasa saya tidak tinggalkan pasukan pun, kecederaan yang lalui pada 6 bulan […]

Safuwan Baharudin Bakal Kembali Ke Selangor?

Pemain pertahanan Singapura, Safuwan Baharudin diura-ura bakal menyarung kembali jersi pasukan Selangor FC. Ini selepas bekas bek tengah Sri Pahang FC itu sah meninggalkan Negeri Sembilan FC secara persetujuan bersama hari ini. Menerusi ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Twitter hari ini, Safuwan lebih memilih untuk kekal beraksi di Liga Malaysia (Liga M). […]

Zarif Irfan: Yang Gaduh Orang Lain, Orang Lain Pula Disalahkan

Penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan menjelaskan insiden yang berlaku ketika tamat aksi antara Sri Pahang dan Selangor tempoh hari. Dalam satu video yang tular pada kelmarin, Zarif dilihat seolah-olah meluru kearah penyokong pasukan Selangor. Tak terhenti setakat itu, berlaku juga pertelingkahan melibatkan pemain Sri Pahang dan Selangor di kawasan bangku simpanan. Penjaga gol berusia […]

BG Pathum Buru Bekas Pertahanan Selangor

Khidmat bekas pertahanan Selangor, Safuwan Baharuddin kini diburu pasukan Liga 1 Thai, BG Pathum United. Pemain berusia 31 tahun yang kini beraksi bersama Negeri Sembilan dijangka bakal meninggalkan skuad jang pada jendela perpindahan Liga Super kali ini. Dalam satu ciapan yang dikongsi wartawan The Star di Twitter hari ini, Avineshwaran menjelaskan selain BG Pathum United, […]

Skuad Muda Selangor Titik Sri Pahang

Skuad muda Selangor FC menebus kehampaan yang dialami skuad senior beberapa hari lepas dengan menundukkan Sri Pahang FC 2-1 dalam Piala MFL di Stadium UITM, Shah Alam hari ini. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencipta jaringan untuk menembusi gawang pihak lawan. Perlawanan mula meriah pada babak kedua dengan Selangor FC mendahului menerusi Syahir Bashah […]

Sebuah Kelab Gergasi Liga Super Sedia Tebus Kontrak Azam Azmi

Sebuah kelab elit Liga Super difahamkan mahu mendapatkan khidmat pertahanan kanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad. Pemain berusia 22 tahun itu merupakan tunjang utama buat skuad Peteh sejak beberapa musim kecemerlangan ini dan memainkan peranan yang cukup penting. Bintang muda kelahiran Penang ini bagaimanapun mula mendapat perhatian salah sebuah kelab besar di Liga Super yang […]

Khuzaimi Nafi Bakal Tinggalkan Selangor

Bek tengah Selangor FC, Khuzaimi Piee menafikan khabar angin beliau bakal meninggalkan pasukan dalam tetingkap perpindahan kedua. Ini susulan khabar angin bekas bek tengah Negeri Sembilan FC itu akan dipinjamkan ke satu pasukan lain. “Ini satu kejutan juga. Saya tidak tahu apa-apa tapi cerita ini tiba-tiba keluar. Sekiranya terjadi, saya terima. “Pihak pengurusan tidak ada […]

“Buat Apa Ayron Lari Ke Mukhairi?” – Zainal Abidin

Bekas pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan keliru dengan tindakan penyerang import Selangor, Ayron Del Valle yang seakan hilang arah di atas padang. Detik ini berlaku tatkala penyerang kelahiran Colombia itu terlibat dalam satu serangan balas pantas yang direncanakan oleh The Red Giants berdepan Sri Pahang. Zainal melihat penyerang berusia 34 tahun itu tidak berada […]

Fandi Ahmad Anggap Keajaiban Raih Kemenangan Berdepan Selangor

Sri Pahang FC meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Selangor FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur hari ini. Bagi pengendali skuad Tok Gajah, Fandi Ahmad, kemenangan hari ini disifatkan sebagai luar biasa. Ini kerana pasukan pelawat berstatus pasukan bintang dan dibarisi ramai pemain berkualiti. Dan dengan kualiti yang dimiliki anak-anak buah Tan […]

Sri Pahang vs Selangor: Sri Pahang Cemerlang Atasi Cabaran Selangor

Kelebihan tuan rumah dimanfaatkan Sri Pahang FC hari ini apabila berjaya menewaskan Selangor FC 1-0 di Stadium Darul Makmur. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Malangnya, semua serangan yang direncana Merah Kuning dan Tok Gajah gagal membuahkan gol yang dicari. Percubaan terbaik babak pertama ialah menerusi Faisal Halim. Tetapi sepakan derasnya dinafikan […]

Skuad Muda JDT Diikat Selangor

Hasrat skuad muda pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menoktahkan kemenangan tidak kesampaian apabila Selangor tampil dengan persembahan menakjubkan. Aksi bagi Piala Belia itu berlangsung di Stadium Mindef, Kuala Lumpur menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dalam misi memburu kemenangan. Skuad muda Harimau Selatan memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila menjaringkan gol menerusi percubaan Nor […]

Malaysia Berpotensi Miliki Satu Lagi Calon Gol Puskas

Hasrat Malaysia untuk melihat lebih banyak pencalonan gol untuk puskas mungkin menjadi kenyataan apabila satu lagi jaringan menggegar arena bola sepak Malaysia. Perlawanan di Liga MFL melibatkan pertembungan pasukan Selangor dan Negeri Sembilan meraih perhatian ramai tatkala kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2. Kebangkitan luar biasa yang dipamerkan oleh skuad Jang terutamanya bangkit daripada ketinggalan […]