Liga Super: Selangor Kebal Di Laman Sendiri, Tewaskan KL City

Pertembungan Liga Super ke-18 antara pasukan menentang KL City berlangsung dengan cukup sengit di Stadium MBPJ. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik sungguhpun Selangor kehilangan beberapa tonggak utama di bahagian pertahanan. The City Boys turun dengan momentum terbaik di bawah kendalian pengendali baharu, Nenad Bacina. Percubaan tepat oleh KL City hadir menerusi sepakan percuma Paulo Josue […]

Isu Dana Kerajaan Negeri, Amirudin Shari Jawab Kemampuan Sebenar Selangor

Menteri Besar Sementara Selangor, YAB Dato’ Amirudin Shari akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung kemampuan pasukan untuk terus bersaing tanpa bantuan kerajaan negeri sepenuhnya. Menerusi satu penjelasan dalam segmen Keluar Sekejap (KS), Ahli Parlimen Gombak ini ditanya mengenai tawaran yang telah dikemukakan kepada pasukan The Red Giants sekiranya Kerajaan Perpaduan khususnya Pakatan Harapan kekal memimpin negeri tersebut. […]

“KL City Mahu Kekalkan Momentum Kemenangan” – Nenad Bacina

Jurulatih baru KL City FC, Nenad Bacina mahu pasukannya dapat mengekalkan momentum kemenangan menjelang aksi derby Lembah Klang antara The City Boys dan Selangor FC esok. Selepas nama Bacina diumumkan sebagai pengganti Bojan Hodak, KL City FC telah merekodkan dua kemenangan besar iaitu 5-1 ke atas Kelantan FC (Liga Super) dan 4-0 ke atas Penang […]

Faisal Halim Berjuang Sendirian

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus menjadi antara pemain tempatan paling menyerlah dalam saingan Liga Super 2023. Bintang kelahiran Pulau Pinang ini melengkapkan perpindahan dari Terengganu dan terus memberi impak yang diharapkan oleh pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe. Kecemerlangan pemain bertubuh kecil ini menjadikan dirinya merupakan satu-satunya calon tunggal yang berjuang dalam carta […]

FAM Ringankan Hukuman Faisal Halim

Hukuman yang diberikan kepada pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim telah pun diberikan kelonggaran oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Menerusi satu pengumuman oleh FAM, Mohamad Faisal Abdul Halim telah dijatuhkan hukuman penggantungan selama sebulan dari 25 Julai hingga 23 Ogos 2023. Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermesyuarat buat kali keenam bagi penggal 2021-2025 […]

Selangor Atur Rancangan Strategik Juarai Piala AFC 2027

Pasukan Gergasi Liga Super, Selangor FC kini mempunyai sasaran yang lebih besar dalam membawa nama pasukan dan juga Malaysia ke pentas tertinggi bola sepak Asia. Satu perkongsian telah dilakukan oleh calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua merangkap Menteri Besar Selangor sementara, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari berkenaan hala tuju bola sepak Selangor bagi 5 […]

“Selangor Miliki Ramai Pemain Berkualiti” – Brendan Gan

Kapten Selangor FC, Brendan Gan melihat kehadiran ramai pemain berkualiti dalam pasukan itu memadamkan terus dakwaan mereka ialah one-man team. Susulan penggantungan sebulan yang perlu dijalani pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim, ramai menjangkakan Selangor FC akan bergelut tanpa kelibat beliau. Pada awalnya, sangkaan itu menjadi kenyataan apabila PDRM FC mendahului pada babak pertama menerusi […]

Persaingan Sengit Di Selangor Rebut Posisi Faisal Halim

Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengakui bukan satu tugas yang mudah untuk mencari pengganti pemain sayap, Faisal Halim. Pemain lincah itu terpaksa diketepikan selam sebulan daripada skuad The Red Giants susulan hukuman penggantungan yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Pengendali berusia 53 tahun itu dilihat mempertaruhkan perancang tengah, Mukhairi Ajmal untuk mengisi […]

Piala Malaysia: Selangor Bangkit Belasah PDRM

Perlawanan Piala Malaysia melibatkan pertembungan PDRM dan Selangor FC berkesudahan dengan keputusan memihak kepada Selangor. Kedua-dua pasukan mempertaruhkan barisan terbaik dengan The Kops turun dengan dua pemain baharu iaitu Hadi Fayyadh dan Mario Arques. The Red Giants bagaimanapun menerima tamparan hebat apabila turun tanpa kelibat pemain sayap berbisa, Faisal Halim yang digantung. Perlawanan bermula dengan […]

Ketiadaan Fernando Forestieri Buat Ayron Del Valle Makin Semangat

Persaingan antara dua pemain ternama Liga Super, Fernando Forestieri dan juga Ayron Del Valle semakin memuncak menuju penghujung saingan Liga Super 2023. Penyerang JDT itu merupakan antara tunjang utama di bawah kendalian Tano Solari yang menyaksikan mereka gah memimpin saingan Liga Super selepas 18 perlawanan tanpa tewas. Pemain berusia 32 tahun itu memainkan peranan yang […]

Seorang Jurulatih Liga Malaysia Lunyai Dibelasah?

Khabar duka menyelubungi arena bola sepak Liga Malaysia apabila dikhabarkan terdapat seorang jurulatih yang menjadi mangsa belasahan dalam satu aksi baru-baru ini. Menerusi satu laporan oleh Harian Metro, individu itu merupakan penolong jurulatih berusia 46 tahun yang berkhidmat buat sebuah pasukan gergasi Liga Super. Menurut laporan, kejadian itu dipercayai berlaku ketika Piala FA dengan jurulatih […]

“Takkan Pernah Menyerah” – Faisal Halim

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menyifatkan setiap cabaran yang datang menduga dalam hidup merupakan peluang buat dirinya untuk bangkit dan menjadi lebih baik. Walaupun tidak menyatakan secara jelas cabaran yang dikatakan menerusi ciapannya di X, ramai pengguna media sosial percaya beliau merujuk kepada penggantungan yang sedang dijalaninya. Faisal dikenakan penggantungan empat bulan oleh Jawatankuasa […]

Bintang Selangor, Htet Aung Selangkah Ke Negeri Sembilan

Pemain sayap Myanmar yang beraksi untuk Selangor FC, Hein Htet Aung bakal berpindah secara pinjaman untuk baki perlawanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan bekas pemain sayap Hantharwady United itu diintai dua pasukan Liga Super iaitu Negeri Sembilan FC dan Penang FC. Daripada dua pasukan ini, skuad Rusa […]

Seorang Lagi Import JDT ‘Tewas’

Kemenangan berharga JDT dalam aksi Liga Super ke-18 berdepan Selangor terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila seorang lagi pemain import pasukan mengalami kecederaan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu menyaksikan anak didik Tano Solari meneruskan rekod bersih dengan kemenangan 2-0. Kejayaan mencatat kemenangan ke-18 musim ini menyaksikan Harimau Selatan kehilangan […]

Kualiti Siaran Liga Malaysia Dipuji Setanding La Liga

Arena penyiaran bola sepak Liga Malaysia kembali menjadi bualan para peminat tanah air selepas kualiti siaran yang dipamerkan setanding di Eropah. Perlawanan yang melibatkan pertembungan antara pasukan JDT menentang Selangor di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kembali menjadi bualan selepas berlakunya beberapa kejutan buat penonton yang mengikuti dari kaca televisyen. Pada awalnya, siaran difahamkan telah […]

Medik JDT & Selangor Berganding Bahu Rawat Kecederaan Richmond Boakye

Aksi Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dan Selangor FC semalam menyaksikan pasukan perubatan kedua-dua pasukan bekerjasama merawat kecederaan penyerang pelawat, Richmond Boakye. Suasana cemas di Stadium Sultan Ibrahim timbul apabila penyerang Ghana itu tidak sedarkan diri. Ini selepas beliau terhantuk kepala dengan rakan sepasukan Samuel Somerville pada minit kesembilan. Sebaik menyedari situasi kecederaan […]