Final 1 Piala Belia: JDT & Selangor Sama Rancak

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) IV memastikan mereka ada bekalan gol untuk final kedua Piala Belia 2023 biarpun diikat 1-1 oleh Selangor FC hari ini. Kedua-dua pasukan mara ke final selepas masing-masing mengatasi Terengganu FC IV dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di pentas separuh akhir. Babak pertama berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling […]
Norway Belasah Jordan

Duo import Selangor FC, Yazan Al-Arab dan Noor Al-Rawabdeh tidak berupaya menghalang Norway daripada membelasah Jordan 6-0 dalam satu aksi persahabatan di Stadium Ullevall, Oslo awal pag ini. Babak pertama menyaksikan The Chivalrous Ones dibolosi empat kali. Gol tuan rumah disumbang oleh Antonio Nusa (minit ke-11), Kristoffer Ajer (minit ke-23), Jorgen Strand Larsen (minit ke-31) […]
Faisal Halim Lebar Rekod Jaringan

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim mempamerkan kekuatan setelah kembali menghangatkan saingan Liga Super dengan melebarkan rekod jaringan. Bintang berusia 25 tahun itu terpaksa berehat selama sebulan untuk menjalani tempoh panggantungan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM. Beliau bagaimanapun kembali dengan lebih kuat seperti yang dikatakannya apabila terus meledak dua jaringan ketika berdepan Kelantan […]
Pemain Muda Singapura Perlukan 20 Saat Robek Gawang Selangor

Pemain muda Singapura, Helmi Sharul hanya memerlukan kira-kira 20 saat untuk menjaringkan gol dalam kejohanan Lion City Cup 2023 yang berlangsung di Stadium Jalan Besar. Perlawanan yang melibatkan pertembungan pemain muda Singapura dan Selangor berakhir dengan kemenangan bergaya milik pasukan tuan rumah. Skuad muda Singapura berjaya menewaskan skuad muda Selangor dengan keputusan 3-1. Diberi kepercayaan […]
PSIS Semarang Ujian Terbaru Selangor

Selepas berjaya memenangi aksi persahabatan menentang Persiraja Banda Aceh, Selangor bakal diuji oleh satu lagi kelab Indonesia iaitu PSIS Semarang. Ini selepas kelab Liga 1 Indonesia itu mengumumkan aksi persahabatan dengan Merah Kuning di laman media sosial rasmi mereka hari ini. Aksi persahabatan ini bakal diadakan di Stadium Jatidiri, Semarang pada 10 September ini. Aksi […]
Singapura Tewaskan Skuad Muda Selangor

Hasrat skuad muda Selangor memulakan kempen Piala Lion City 2023 dengan kemenangan tidak kesampaian selepas tunduk 3-0 kepada Singapura di Stadium Jalan Besar hari ini. Singapura menerusi skuad Pusat Pembangunan Nasional (NDC) B-15 tampak bersemangat ditambah dengan sokongan padu penyokong di Stadium Jalan Besar. Dan anak-anak buah Angel Toledano Flores tidak menunggu lama untuk membuka […]
Manuel Hidalgo Kunci Kedah Rampas Slot Asia

Dengan Liga Super kini berbaki lima perlawanan, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) perlu berharap Manuel Hidalgo tidak berdepan sebarang isu bila memburu slot Piala AFC. Selepas keputusan seri 3-3 dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) minggu lepas, pemain sayap Argentina itu telah merekodkan 21 penampilan dalam liga. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menjaringkan […]
Selangor Pecah Rekod Liga Super

Artikel ini telah dikemas kini dengan isi kandungan baru kerana terdapat kesilapan fakta. Pasukan Selangor berjaya mencatat satu rekod baharu selepas The Red Giants berjaya menewaskan pasukan Kelantan dengan keputusan 11-2 di Stadium Sultan Muhammad IV tempoh hari. Selangor menjadi kelab pertama Malaysia yang berjaya menjaringkan lebih daripada 10 gol dalam satu perlawanan Liga Super. […]
Faisal Halim Kini Ceburi Dunia Fotografi

Pemain sayap Selangor FC, Muhammad Faisal Halim kini menceburi dunia fotografi. Sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang Ke-66, Selangor FC telah memuat naik satu video khas yang diberi nama “Dari Lensa Faisal Halim Edisi Hari Kebangsaan 2023.” Video tersebut memaparkan pengembaraan Faisal menjadi seorang juru gambar yang merakam detik-detik indah pasukan Selangor demi menyemarakkan lagi bulan […]
3 Pasukan Liga Super Sedia Rampas Slot Ke Asia

Tatkala saingan Liga Super 2023 menghampiri ke penghujungnya, saingan sengit bagi merebut posisi ke Asia masih belum dimuktamadkan. Kedudukan tempat ke-2 Liga Super ketika ini dipimpin oleh Selangor FC yang dilihat berupaya untuk menamat saingan pada posisi tersebut. Walau bagaimanapun, tumpuan terarah kepada beberapa pasukan yang dijangka mampu memberi kejutan untuk merampas slot tersebut. Pada […]
Peminat Indonesia Terlalu Gembira Bertemu Faisal Halim

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim melayani sambutan hangat yang diterimanya tatkala pasukannya kini berada di Indonesia. The Red Giants ke Aceh bagi satu aksi persahabatan bertemu Persiraja Banda Aceh. Perlawanan antara finalis Piala Malaysia 2022 menentang pasukan Liga 2 Indonesia itu berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada pasukan Selangor FC, 3-0. Faisal memainkan watak penting […]
Pemain Selangor Bakal Berhijrah Ke Eropah

Selepas beberapa pemain Malaysia berkelana ke eropah untuk mengembangkan karier bola sepak mereka, kini tiba masanya untuk pemain wanita Selangor FC, Nur Lyana Soberi untuk menimba pengalaman di eropah. Difahamkan, Lyana bakal ke Kosovo bagi menyertai KFF Presingu sebagai salah seorang pemain import kelab tersebut. Hasil tinjauan di laman selangorfc, Lyana bakal beraksi di sana […]
Ayron Del Valle ‘Potong’ Fernando Forestieri

Perebutan kasut emas Liga Super 2023 berlangsung rancak apabila penyerang sensasi Selangor FC, Ayron Del Valle kini memastikan kedudukannya dalam landasan terbaik. Bekas penjaring terbanyak Liga Colombia itu sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengetuai jentera serangan pasukan bersama Richmond Boakye. Pemain berusia 35 tahun itu mempamerkan kalibernya selaku peledak utama pasukan apabila menjaringkan 4 gol […]
‘Siuu’ Faisal Halim Bergema Di Banda Aceh

Pemain sayap kebangsaan, Muhammad Faisal Halim berjaya mencatat nama sebagai penjaring dalam aksi persahabatan antara Selangor dan kelab dari Indonesia, Persiraja Banda Aceh. Perlawanan persahabatan itu dijadualkan berlangsung di Stadium Harapan Bangsa, Banda Aceh, Indonesia. Stadium yang berkapasiti sekitar 40000 penonton itu penuh dibanjiri penyokong yang datang menyambut kehadiran pasukan Selangor. Faisal yang turun dalam […]
Selangor Tewaskan Kelab Indonesia, Persiraja Banda Aceh

Pasukan Liga Super, Selangor FC mempamerkan prestasi yang cukup memberangsangkan apabila menewaskan kelab Liga 2 Indonesia, Persiraja Banda Aceh. The Red Giants berkunjung ke Stadium Harapan Bangsa bagi satu aksi persahabatan sebelum saingan Liga 2 bermula. Malah, aksi tersebut juga diserikan oleh bekas bintang Selangor, Andik Vermansyah yang kini bersama pasukan Persiraja Banda Aceh. Anak […]
Andik Vermansyah Sah Berpindah Ke Persiraja Banda Aceh

Bekas pemain sayap Selangor FC, Andik Vermansyah telah mendapat kelab baru selepas dilepaskan kelab lamanya, Bhayangkara pada akhir musim Liga 1 Indonesia yang lepas. Andik berpindah ke kelab Liga 2 Indonesia yang berpangkalan di Aceh, Persiraja Banda Aceh sebagai ejen bebas. Selain beliau, bekas rakan sepasukan dalam Timnas Indonesia, David Laly turut berpindah ke kelab […]