“Taraf JDT Sama Seperti Kelab Eropah” – Abu Kamara

Penyerang berbisa Kuching City FC, Abu Kamara menyifatkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sebagai sebuah pasukan yang setaraf dengan kelab Eropah. Beliau berpandangan sedemikian kerana corak permainan berkualiti yang ditampilkan pasukan gergasi selatan tanah air itu tanpa mengira siapa lawan mereka. Ini mengingatkan beliau kepada pasukan-pasukan Eropah semasa berkelana di benua berkenaan beberapa tahun […]
3 Kelab Diangkat Paling Bernilai Di Liga Super

Perkembangan kelab Liga Super Malaysia (Liga M) menyaksikan tiga pasukan kini menjadi kelab paling bernilai tahun 2023. Kualiti liga yang semakin meningkat naik telah membantu Malaysia untuk menjadi antara kuasa besar bola sepak di rantau ini. Menerusi perkembangan terbaru yang dikongsikan oleh laman Transfermarkt, berikut merupakan kelab paling bernilai di Liga Super: 1.Johor Darul Ta’zim […]
Adam Nor Azlin Jadi Wira JDT Benam Skuad Muda Selangor

Bekas pemain kebangsaan, Adam Nor Azlin menjadi wira Johor Darul Ta’zim II (JDT II) selepas jaringan tunggalnya sudah cukup untuk mengecewakan Selangor FC dengan keputusan 1-0 dalam aksi Piala MFL di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang sebentar tadi. JDT selaku tuan rumah memulakan perlawanan dengan agak garang apabila Alif Mutalib hampir menjaringkan gol ketika perlawanan […]
Ayron Del Valle Buru Gelaran Kasut Emas

Penyerang berbisa Selangor FC dari Colombia, Ayron Del Valle dijangka berupaya menamatkan musim ini sebagai pemenang Kasut Emas Liga Super 2023. Ini kerana mengikut statistik MFL ketika ini, Del Valle selesa menerajui carta penjaring gol terbanyak musim ini dengan 21 gol. Ini disusuli oleh dua penyerang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Fernando Forestieri (18 […]
Selangor Tamatkan Kontrak Yazan Al-Arab

Pasukan Liga Super, Selangor FC secara rasminya menamatkan kontrak pertahanan tengah Jordan, Yazan Al-Arab. Keputusan itu berkuat kuasa serta merta apabila pemain berusia 26 tahun itu selepas melakukan satu tindakan luar kawalan ketika berdepan Terengganu dalam aksi suku akhir Piala Malaysia 2023. “Merujuk kepada insiden yang berlaku selepas perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia 2023 antara […]
JDT Kini Kelab No.1 Paling Bernilai Di ASEAN

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila kini menjadi kelab paling bernilai di Malaysia dan juga Asia Tenggara. Skuad Harimau Selatan kini berada pada kemuncak prestasi selepas berjaya menjulang Liga Super 2023 untuk melengkapkan dominasi sedekad di Malaysia. Pencapaian gemilang ini telah meletakkan kelab milik Duli Yang Amat Mulia, […]
Kelemahan Pertahanan Ancam Aspirasi Sri Pahang Ke Asia

Walaupun berjaya meraih kemenangan ke-13 dalam Liga Super semalam, kelemahan pertahanan Sri Pahang FC pastinya merungsingkan jurulatih mereka, Fandi Ahmad. Ini kerana daripada tujuh perlawanan terakhir yang diharungi mereka, gawang Tok Gajah dibolosi sekurang-kurangya sekali dalam enam perlawanan. Ini termasuk kemenangan 3-2 mereka ke atas Kuching City FC. Daripada tujuh perlawanan sama, dua daripadanya berakhir […]
“Saya Tidak Terlalu Kecewa Tewas Begini” – Tomislav Steinbruckner

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengaku tidak terlalu kecewa biarpun anak-anak buahnya dibelasah Selangor FC 4-0 dalam aksi Liga Super semalam. Ini kerana daripada lima pertukaran yang dibuat dalam kesebelasan utama semalam, tiga daripadanya ialah pemain-pemain muda. Mereka ialah Rahadiazli Rahalim, Ubaidullah Shamsul Fazili dan Syahmi Zamri. Bagi Steinbruckner, mereka sudah memberi yang terbaik dalam […]
Liga Super: Selangor Belasah Terengganu Tanpa Belas

Selangor FC kembali pamer prestasi mantap dalam Liga Super apabila membenam cabaran Terengganu FC 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak hari ini. Selepas disingkirkan dari Piala Malaysia oleh skuad Peteh awal minggu ini, The Red Giants melihat perlawanan hari ini sebagai medan balas dendam ke atas tuan rumah. Babak pertama menyaksikan pasukan […]
Rekod Jaringan Ivan Mamut Lawan Selangor Perlu Dipantau Rapi

Kelibat penyerang Terengganu FC, Ivan Mamut bakal menjadi tumpuan barisan pertahanan Selangor FC dalam aksi Liga Super malam ini. Mengikut statistik MFL, Mamut kini sudah menjaringkan 17 gol dalam semua kejohanan Liga Malaysia (Liga M). Daripada 17 gol itu, penyerang Croatia itu sudah menjaringkan 10 gol dalam Liga Super. Lima gol lagi dalam Piala Malaysia […]
“Selangor Dalam Kedudukan Terbaik Ke Asia” – Tan Cheng Hoe

Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe percaya pasukannya masih berada pada kedudukan terbaik untuk layak ke Asia musim depan. Keyakinan beliau ini bersandarkan pada kedudukan dalam Liga Super ketika ini. Selepas Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sah bergelar juara pada Rabu lepas, Selangor di tempat kedua dengan 49 mata. Dengan sasaran meraih satu trofi […]
Yazan Al-Arab Mohon Maaf

Bek tengah Selangor FC, Yazan Al-Arab memohon maaf atas keterlanjurannya susulan tindakan beliau menendang pengadil dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia baru-baru ini. Beliau mengakui kesal dengan perbuatan tersebut kerana perbuatannya memberi kesan negatif kepada pasukan Selangor khususnya para penyokong. Yazan turut mendedahkan beliau tiada niat menendang punggung pengadil perlawanan, Hasrol Amir. Beliau percaya […]
Selangor Minta FAM Siasat Mutu Pengadilan

Selangor FC telah mengeluarkan satu kenyataan untuk meminta pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyiasat mutu pengadilan di Piala Malaysia. Aksi antara Selangor dan Terengganu itu berlangsung sengit sebelum kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat untuk ke separuh akhir. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa insiden hangat dalam dan luar padang yang telah mencemarkan aksi tersebut. Pihak […]
Selangor Berpeluang Balas Dendam

Selangor FC berpeluang membalas dendam atas penyingkiran mereka dari Piala Malaysia di tangan Terengganu FC tempoh hari. Ini kerana kedua-dua pasukan bakal bertemu lagi dalam aksi Liga Super pada 29 September depan. Selangor telah tersingkir daripada Piala Malaysia selepas tewas 1-3 secara agregat kepada Terengganu. Kini, mereka hanya bergantung harap untuk mendapatkan tempat kedua Liga […]
FAM Bakal Tentukan Nasib Yazan Al-Arab

Jawatankuasa Tatatertib FAM bakal menentukan nasib bek tengah Selangor FC, Yazan Al-Arab susulan tindakan beliau menendang pengadil beberapa hari lepas. Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman. Laporan insiden tersebut telah diserahkan kepada jawatankuasa berkenaan bagi menentukan bentuk hukuman yang perlu dihadapi pemain import Jordan itu. “OK, bagi kita, kita telah serahkan […]
TMJ ‘Basuh’ Pengurusan Selangor

Umum mengetahui Selangor FC telah tersingkir daripada saingan Piala Malaysia musim ini selepas tewas 1-3 secara agregat kepada Terengganu FC. Susulan kegagalan yang melanda kem Selangor, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim telah berkongsi pendapat mengenai apa yang telah berlaku kepada pihak pengurusan ‘The Red Giant’ itu. “45 juta […]