Safee Sali: Saya Harap Ini Tidak Mengganggu Perjalanan Liga

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali berharap insiden malang yang menimpa Akhyar Rashid dan Faisal Halim tidak mengganggu perjalanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Arena bola sepak Malaysia dikejutkan dengan insiden malang yang menimpa dua tonggak utama Harimau Malaya itu. Insiden pertama menyaksikan Akhyar menjadi mangsa jenayah samun berhampiran kediamannya di Tanjung, Terengganu baru-baru […]

Media Sepanyol Zahirkan Kerisauan Terhadap Keadaan Terkini Faisal Halim

Salah sebuah media di Sepanyol telah menzahiekan kerisauan terhadap perkembangan pemain sayap negara, Faisal Halim. Pemain berusia 26 tahun itu mengalami serangan simbahan cecair yang dipercayai asid pada bahagian kepala, tangan dan juga rusuk. Beliau kini telah mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital di Shah Alam dengan berada dalam pantauan Unit Rawatan Rapi (ICU). Pemain […]

Shahril Mokhtar: Faisal Halim Perlukan Satu Atau Dua Pembedahan Lagi

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Dato’ Seri Shahril Mokhtar memaklumkan Faisal Halim harus menjalani satu atau dua pembedahan setelah selesai pembedahan pertama. Sebelum ini pemain sayap negara itu telah menjalani pembedahan selama 4 jam setelah disimbah asid di pusat beli-belah. Dato’ Seri Shahril Mokhtar telah berkongsikan keadaan terkini Faisal Halim yang berada dalam keadaan stabil […]

CEO Selangor, Johan Kamal Jadi Sasaran Terbaru Simbahan Asid?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon difahamkan menjadi sasaran terbaru simbahan asid. Perkara ini dilaporkan oleh Harian Metro mengenai kejadian ini, perkara itu dimaklumkan seorang pegawai Selangor FC kepada Johan Kamal ketika melawat tonggak skuad Gergasi Merah, Faisal Halim yang dirawat di sebuah hospital swasta, semalam. Sumber itu memberitahu bahawa pegawai […]

Faisal Halim Jalani Pembedahan 4 Jam

Tonggak utama Selangor dan Malaysia, Faisal Halim dilaporkan telah menjalani pembedahan selama 4 jam setelah menjadi mangsa simbah asid semalam. Nama Faisal Halim menjadi sebutan seluruh penyokong bola sepak tempatan apabila beliau telah disimbah asid di sebuah pusat beli-belah oleh dua individu yang tidak dikenali. Faisal Halim kemudian mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital swasta […]

Selangor Bayar Harga Mahal Dapatkan Reziq Bani Hani

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC difahamkan membayar harga mahal untuk mendapatkan khidmat Reziq Bani Hani. Penyerang kebangsaan Jordan itu sah menjadi milik The Red Giants pada saat akhir jendela perpindahan Liga Malaysia dibuka. Pemain berusia 22 tahun itu membuat keputusan untuk meninggalkan kelab negaranya, Al-Faisaly untuk ke Liga Malaysia buat kali pertama. Menerusi […]

JDT Penuhi 5 Permintaan Selangor Menjelang Piala Sumbangsih

Menjelang aksi pembukaan Liga Super di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC bagi Piala Sumbangsih 10 Mei ini, JDT sebagai tuan rumah telah menunaikan lima permintaan yang dimohon Selangor. Tiga permintaan yang ditunaikan JDT bagi kemudahan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim adalah polis pengiring, air mineral, minuman isotonik, ais dan 30 tiket grandstand. […]

Selangor Kecam Tindakan Simbah Asid Kepada Faisal Halim

Arena bola sepak Malaysia dikejutkan dengan berita pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali. Insiden ini mengejutkan ramai pihak kerana ini berlaku tidak lama selepas seorang lagi pemain sayap kebangsaan, Akhyar Rashid menjadi mangsa kes jenayah. Baru-baru ini, nama pemain sayap Terengganu FC itu tular apabila beliau bukan saja […]

Hannah Yeoh Buka Mulut Tentang Insiden Simbah Asid Faisal Halim

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh tampil memberi penjelasan mengenai kes simbah asid yang membabitkan pemain negara, Faisal Halim. Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan serangan yang menimpa pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid yang diserang oleh individu yang tidak dikenali di Terengganu. Beliau mengalami kecederaan pada bahagian kepala susulan dihentak menggunakan cota serta kehilangan […]

Faisal Halim Disimbah Asid Di Pusat Beli-Belah Terkemuka

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim menjadi mangsa seterusnya apabila disimbah asid hari ini. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom mengenai perkhabar mengejutkan ini. Baru-baru ini, tular berita mengenai pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid dikatakan telah disamun dan kepalanya dihentak dengan kuat menggunakan cota. “Menurut laporan, Akhyar disamun di Tanjung […]

Kelantan Malukan Skuad Muda Selangor

Hasrat juara Piala Belia musim lepas, Selangor FC menambah kelebihan mata dalam Kumpulan A Piala Belia 2024 tidak kesampaian apabila dimalukan Kelantan FA 2-1 hari ini. Selepas merekodkan kemenangan ke atas Sri Pahang FC 3-0 pada 28 April lalu, skuad muda Merah Kuning mahu meneruskan momentum kemenangan. Sementara Kelantan pula ingin bangkit selepas tewas kepada […]

Kemenjadian Alvin Fortes Bersama Selangor Sukar Digugat

Kemenjadian prestasi pemain sayap Selangor FC, Alvin Fortes bersama kelab barunya itu tampak sukar digugat selepas menunjukkan ketajaman dalam aksi pra-musim setakat ini. Bekas pemain kebangsaan Cape Verde itu konsisten meledak gol dalam setiap perlawanan pra-musim bersama Selangor sekali gus berjaya menambat hati para penyokong Sang Gergasi Merah. Rekod jaringan luar biasa Alvin Fortes bersama […]

Persija Jakarta & Hanoi Antara Lawan Selangor Di Indonesia

Selepas Selangor Asia Challenge (SAC) 2024, Selangor FC bakal terlibat dalam satu lagi kejohanan pra-musim. Ini selepas stesen televisyen Indonesia, RCTI mengumumkan penganjuran kejohanan antarabangsa RCTI Premium Sports hari ini. Kejohanan ini bukan saja menampilkan Merah Kuning. Malah, RCTI Premium Sports turut menyaksikan penyertaan dua kelab Indonesia, PSIS Semarang dan Persija Jakarta serta kelab Vietnam, […]

Penyerang Kebangsaan Jordan, Reziq Bani Hani Sertai Selangor

Sebuah pasukan dari Liga Jordan, Al Faisaly SC hari ini telah mengumumkan perpisahan dengan seorang penyerang berbakat asal Jordan, Reziq Bani Hani. Dalam satu kenyataan di laman media sosial rasmi pasukan, Al Faisaly mengumumkan perpindahan pemain berusia 22 tahun ini ke sebuah pasukan gergasi Liga Super Malaysia, Selangor FC. Lembaga pengarah dan pengurusan kelab Al-Faisaly […]

Pra-Musim: Taring Selangor Makin Menyerlah, Aibkan Geylang International 7-0

Aksi pra-musim Naib Juara Liga Super 2023, Selangor diteruskan hari ini apabila melayan kunjungan pasukan dari Singapura, Geylang International. Selangor berjaya mendahului aksi di babak pertama permainan apabila keputusan 3-0 memihak kepada gergasi Merah Kuning itu. Seawal minit ke-12 permainan, Selangor mula membuka akaun jaringan menerusi pemain muda negara, Mukhairi Ajmal. Kemudian giliran pemain import, […]

Jurulatih Laos Ramal Selangor Bakal Jadi ‘Masalah’ Besar JDT

Pengendali kelahiran Laos, Phaoutpasong Sengdalavong meramalkan bahawa Selangor bakal menjadi pesaing terhebat JDT musim ini. Beliau yang membawa pasukan kendaliannya iaitu Young Elephants ke Stadium MBPJ terpaksa menelan hakikat apabila tunduk dengan keputusan 4-0. Beliau mengakui jurang besar antara pasukannya dan juga The Red Giants menyaksikan anak didik Nidzam Jamil muncul juara Selangoe Asia Challenge […]