“Sedih Menang Cara Ini, Tetapi Rezeki Tetap Rezeki” – Tunku Ismail

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor memzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara sebegini. Skuad kendalian Hector Bidoglio meraih trofi pertama pada musim 2024/25 selepas lawan di Piala Sumbangsih, Selangor FC memilih tidak hadir ke perlawanan tersebut. Hal ini susulan isu keselamatan yang menjadi […]
Faisal Halim Sudah Boleh Berjalan, Kini Makin Ceria

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim memberi khabar gembira apabial disahkan kini sudah boleh berjalan. Tonggak penting Harimau Malaya itu menjadi mangsa serangan asid oleh individu yang tidak dikenali beberapa hari lalu sehingga ditempat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Faisal telah menjalani beberapa pembedahan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Perkembangan terbaru dikongsikan oleh […]
Dr. Zulkifli Kecam Tindakan Simbah Asid, Doakan Faisal Halim Kembali Pulih

Tragedi yang menimpa pemain bola sepak Malaysia, Faisal Halim turut mendapat perhatian bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Al Bakri. Dr. Zulkifli yang merupakan bekas senator Dewan Negara mengucapkan salam takziah buat tonggak utama pasukan Selangor FC itu di atas kejadian ngeri yang dialami pada Ahad lalu. Menerusi hantaran di media sosial rasmi Dr. Zulkifli, […]
Pemulihan Faisal Halim Kini Memasuki Fasa Baharu

Pemain kebangsaan Malaysia Faisal Halim yang baru ditimpa tragedi simbahan asid sulfurik kini sedang dalam proses pemulihan yang memasuki fasa baharu. Selepas dilaporkan mengalami kecederaan lecur tahap empat, Faisal terpaksa menjalani tiga peringkat pembedahan. Beliau juga difahamkan bakal menjalani prosedur implan kulit dalam memastikan kecederaan yang dialami selepas disimbah asid berjaya dipulihkan. Menerusi satu kenyataan […]
Ong Kim Swee Mahu Tingkatkan Mutu Bola Sepak Malaysia & Indonesia

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mahu meningkatkan mutu bola sepak Malaysia dan Indonesia dengan merebut kejuaraan dalam kejohanan bola sepak antarabangsa RCTI Premium Sports. Kejohanan RCTI Premium Sports bakal berlangsung pada 30 Mei hingga 2 Jun ini di Stadium Antarabangsa Jakarta dan disertai oleh empat pasukan hebat iaitu Selangor FC, Sabah FC, Persija […]
Reziq Bani Hani Dedah Detik Penting Perpindahan Ke Selangor Jadi Kenyataan

Pemain baharu Selangor, Reziq Bani Hani telah mendedahkan detik penting perpindahan beliau ke Selangor pada saat akhir jendela perpindahan. Penyerang Jordan berusia 22 tahun itu mengambil keputusan untuk menyertai Selangor dan berpindah keluar buat pertama kali dari pasukannya, Al-Faisaly. Reziq Bani Hani kini sekali lagi bertemu Noor Al-Rawabdeh di Selangor setelah kedua-dua pemain itu pernah […]
Kes Simbah Asid Faisal Halim: PDRM Jumpa Cap Jari Suspek

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjumpai cap jari suspek sewaktu menjalankan siasatan terhadap kes simbah asid Faisal Halim. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain telah berkongsikan perkembangan tersebut setelah pihak polis meneliti hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) ditempat kejadian. Menurut beliau, suspek didapati ada menyentuh beberapa kawasan […]
Reziq Bani Hani Bawa Semangat Cristiano Ronaldo Ke Selangor

Penyerang baru Selangor FC, Reziq Bani Hani berharap dapat menjadi peledak berbisa pasukan itu – sama seperti yang dilakukan idolanya, Cristiano Ronaldo. Penyerang Jordan berusia 22 tahun itu menyertai Merah Kuning pada hari terakhir tetingkap perpindahan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Reziq menjadi pemain import terakhir pasukan itu selepas Ronnie Fernandez, Alvin Fortes dan […]
Bapa Faisal Halim Reda, Doakan Pelaku Diberi Hidayah

Di sebalik kejadian yang menimpa anak beliau, bapa Faisal Halim tidak cepat melatah dan reda dengan kejadian telah berlaku. Bapanya, Abdul Halim Saad berkata beliau meletakkan sepenuh pengharapan kepada Yang Maha Esa dan redha diatas setiap ujian yang menimpa keluarganya. Dalam masa yang sama, beliau turut mendoakan agar pelaku kepada insiden ini diberikan petunjuk agar […]
Ong Kim Swee Sedia Tuntut Ilmu Dari Kelab Indonesia

Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mahu pasukannya mempelajari sebanyak mungkin perkara apabila berada di Indonesia nanti. Sabah yang menggantikan tempat Hanoi FC telah dijemput menyertai kejohanan jemputan, RCTI Premium Sports ini dan diwakili oleh Datuk Ong Kim Swee ketika sesi sidang media yang berlangsung pada Rabu. Menurut beliau, kejohanan ini pastinya bakal […]
Aksi Piala Sumbangsih Batal, MFL Bakal Bincang Tindakan Susulan

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan aksi Piala Sumbangsih membabitkan Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada Jumaat ini dibatalkan. Pengumuman ini dibuat susulan keputusan Selangor menarik diri daripada menyertai aksi Piala Sumbangsih musim 2024/25 semalam atas alasan keselamatan. Sebelum ini, pengurusan Merah Kuning telah membuat permohonan kepada MFL untuk menangguhkan perlawanan […]
Sultan Selangor Sokong Keputusan Selangor Tarik Diri

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan sokongan kepada Selangor FC menarik diri daripada menyertai aksi Piala Sumbangsih musim 2023/24. Sebelum ini, Selangor bakal bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada Jumaat ini. Kebimbangan terhadap tahap keselamatan […]
Hamidin Seru Semua Pihak Bantu Pulihkan Imej Bola Sepak Malaysia

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyeru semua pihak untuk saling membantu dalam memulihkan imej bola sepak negara. Sejak minggu lepas, arena bola sepak negara dikejutkan dengan beberapa insiden jenayah membabitkan pemain bola sepak. Minggu lalu menyaksikan pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid menjadi mangsa kes samun berhampiran kediamannya di Tanjung, […]
JDT Mohon Selangor Pertimbang Keputusan Tarik Diri

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) meminta agar Selangor mempertimbang semula keputusan yang dibuat berkenaan penarikan diri daripada aksi Piala Sumbangsih Jumaat ini. Menerusi satu hantaran pada tengah malam Rabu, JDT melalui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alistair Edwards mengulang pendirian sama mengenai insiden hitam yang menimpa beberapa pemain kebangsaan termasuklah pemain sayap utama Selangor, […]
Piala Sumbangsih: Selangor Tarik Diri, JDT Raih Kemenangan Percuma

Pasukan Liga Super 2024, Selangor FC membuat keputusan untuk menarik diri daripada aksi Piala Sumbangsih kali ini. Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah membuat keputusan untuk meneruskan aksi tersebut sungguhpun dengan pelbagai insiden yang melanda. “Jaminan keselamatan kepada pemain dan penyokong bagi Perlawanan Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium […]
Johan Kamal: Beraksi Di Indonesia Bukan Mudah

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon mengakui Selangor bakal berdepan cabaran besar di Indonesia disebabkan semangat yang ditampilkan penyokong negara itu. Selangor bakal menyertai kejohanan antarabangsa RCTI Premium Sports yang berlangsung di Jakarta, Indonesia dari 30 Mei hingga 2 Jun. Kejohanan ini menyaksikan penyertaan Selangor, Persija Jakarta, PSIS Semarang dan Sabah […]