Selangor Terpaksa Lupakan Reziq Bani Hani

Selangor terpaksa melupakan khidmat penyerang muda Jordan, Reziq Bani Hani untuk beberapa perlawanan Liga Malaysia (Liga M). Sebelum ini, ramai penyokong Merah Kuning meluahkan kebimbangan tentang keadaan Reziq selepas aksi final RCTI Premium Sports menentang Persija Jakarta. Perlawanan tersebut menyaksikan bekas penyerang Al-Faisaly itu tidak dapat meneruskan perlawanan kerana diterjah keras seorang pemain Persija. Keadaan […]

“Semangatnya Begitu Besar Tetapi Badan Faisal Halim Belum Bersedia” – Johan Kamal

Luka akibat kecederaan lecur tahap empat yang dialami pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim masih belum kering. Perkembangan ini dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon kepada media selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Merah Kuning dengan Johawaki Holdings Sdn Bhd hari ini. Bintang Harimau Malaya itu terus menunjukkan perkembangan yang […]

Piala Sultan Selangor Terima Tajaan Lumayan Cecah RM1.8 Juta

Piala Sultan Selangor (TSSC) 2024 menerima suntikan kewangan yang besar menerusi tajaan yang mencecah RM1.8 juta. Secara ringkas, TSSC merupakan satu kejohanan yang diasaskan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada tahun 2001. Kejohanan ini bertujuan bukan saja mengukuhkan hubungan antara pasukan bola sepak Selangor dan Singapura. Malah, ini dilihat […]

“Kita Tak Tahu Agenda Di Sebalik Serangan Ini” – Tunku Ismail

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menganggap bahawa agenda di sebalik serangan asid terhadap pemain Selangor FC, Faisal Halim masih menjadi tanda tanya. DYAM Tunku Ismail menzahirkan pandangannya pada sesi audio siar secara langsung bersempena Program Johor Youth Meet-up di Kompleks Sukan Educity di sini pada Ahad, 9 […]

Nilai Pasaran Pemain Lincah Selangor, Alvin Fortes Jatuh Merudum

Nilai pasaran pemain sayap lincah pasukan Selangor FC, Alvin Fortes dikesan jatuh merudum. Pamain berusia 29 tahun itu menyertai Gergasi Merah pada tahun ini untuk membantu pasukan dan membentuk gandingan bersama Ronnie Fernandez dan Reziq Bani Hani. Beliau memiliki pengalaman luas selain pernah berkenalan di Thailand selama beberapa musim bersama Nongbua dan juga Ratchaburi FC. […]

Stadium Shah Alam Tak Lepas Satu Syarat Punca Belum Dirobohkan

Proses perobohan Stadium Shah Alam masih belum bermula susulan tidak memenuhi satu syarat penting yang telah ditetapkan. Perkara ini dimaklumkan oleh Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim kepada Bernama berkenaan pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang baharu belum dapat dilaksanakan lagi. Katanya, syarikat pemaju masih belum menyerahkan pelan pembangunan penuh […]

Selangor Raih RM150 Ribu Di Indonesia

Kejayaan bergelar juara RCTI Premium Sports menyebabkan Selangor FC menerima hadiah kewangan berjumlah AS$30,000 (RM150,000). Ganjaran ini merupakan sebahagian hadiah yang diumumkan penganjur kejohanan, RCTI buat empat pasukan yang menyertai RCTI Premium Sports. Kejohanan yang berlangsung di Jakarta, Indonesia menyaksikan penyertaan dua kelab Liga Super, Selangor dan Sabah FC. Manakala Indonesia pula diwakili oleh dua […]

Amaran Awal Pengulas Indonesia Tentang Selangor Benar-Benar Terjadi

Amaran awal yang diberikan oleh pengulas Indonesia tentang kekuatan Selangor FC dalam kempen RCTI Premium Sports. The Red Giants berjaya menjulang trofi kedua di Indonesia selepas menundukkan jaguh serantau, Persija Jakarta dengan keputusan 1-0. Pasukan bimbingan Nidzam Jamil berjaya menjulang piala kedua dalam tempoh beberapa bulan selepas menjuarai Selangor Asia Challenge. Kedatangan Selangor di sana […]

Status Kecederaan Reziq Bani Hani Resahkan Penyokong Selangor

Status kecederaan yang dialami penyerang Selangor FC dari Jordan, Reziq Bani Hani meresahkan penyokong setia pasukan itu. Sejak menyertai Merah Kuning dari kelab Al-Faisaly pada hari terakhir tetingkap pertama perpindahan Liga Malaysia (Liga M), penyerang berusia 22 tahun itu sudah menunjukkan impaknya di atas padang. Meskipun membuat kemunculan sebanyak dua kali sebagai pemain gantian, Reziq […]

Nidzam Jamil Akui Aksi Persahabatan Di Indonesia Beri Banyak Manfaat

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil akui aksi persahabatan di Indonesia beri banyak manfaat. Selangor FC merangkul kejuaraan kedua bagi saingan RTCI Premium Sports menumpaskan Persija Jakarta.  Jurulatih berusia 44 tahun ini gembira dengan prestasi yang ditampilkan oleh semua pemain kerana mengekalkan momentum kemenangan berterusan. “Kita fikir minit permainan untuk bermain, pemain yang tidak dapat […]

Alvin Fortes & Ronnie Fernandez Tinggalkan Impak Besar Di Indonesia

Dua pemain import Selangor FC, Alvin Fortes dan Ronnie Fernandez menunjukkan impak besar dalam kejohanan RCTI Premium Sports yang berlangsung semalam. Ini selepas Selangor mengumumkan kedua-duanya masing-masing dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dan Pemain Terbaik Kejohanan. Fortes dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan kerana menunjukkan persembahan konsisten dalam perlawanan akhir antara Selangor dengan Persija Jakarta semalam. […]

Selangor Cemerlang Julang Dua Trofi, Amaran Awal Ke Asia

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC cemerlang menjulang dua trofi dalam tempoh singkat sekaligus memberi amaran awal kepada pencabar di Asia. Skuad kendalian Nidzam Jamil berjaya mengekalkan rekod cemerlang sejak awal pra-musim apabila sekali lagi dinobatkan selaku juara. Gergasi Merah muncul pemenang RCTI Sports Premium setelah menundukkan gergasi Indonesia, Persija Jakarta dengan keputusan 1-0. […]

Insiden Bakar Suar Penyokong Persija Jakarta Cemari Kejayaan Selangor

Insiden penyokong Persija Jakarta membakar suar mencemari aksi final RCTI Premium Sports antara kelab itu dengan Selangor FC. Tindakan penyokong yang tidak bertanggungjawab ini berlaku pada minit ke-87 dengan perlawanan masih berbaki tiga minit. Pada ketika itu, Merah Kuning mendahului tuan rumah menerusi jaringan pemain import Cape Verde, Alvin Fortes pada separuh masa pertama. Tatkala […]

RCTI Premium Sports: Selangor Gah Julang Trofi Kedua, Benam Persija Jakarta

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC mengesahkan trofi kedua musim ini apabila muncul juara RCTI Premium Sports di Indonesia dengan menundukkan Persija Jakarta. Perlawanan yang berlangsung di Jakarta International Stadium (JIS) itu menyaksikan anak didik Nidzam Jamil turun dengan momentum terbaik. Beberapa perubahan berlaku dalam kesebelasan utama dengan kemasukan pemain seperti Azim Al-Amin, Zikri […]

Siaran Langsung RCTI Premium Sports: Persija Jakarta vs Selangor (Live Streaming)

Pertembungan final RCTI Premium Sports antara pasukan Persija Jakarta dan Selangor mencuri tumpuan peminat. Skuad kendalian Nidzam Jamil memperoleh keputusan positif berdepan satu lagi wakil Malaysia, Sabah FC apabila mencatatkan kemenangan 3-2. Persija Jakarta pula bernasib baik apabila berjaya membenam cabaran PSIS Semarang dengan hanya jaringan tipis 1-0. Mengulas lanjut, pengendali The Red Giants, Nidzam […]