LWN: Kelana United Puas ‘Rampas’ 3 Mata Dari Selangor

Naib johan Liga Wanita Nasional (LWN) musim lalu, Kelana United tampak berpuas hati dan lega berjaya meraih mata penuh dengan menewaskan Selangor dalam aksi pembuka tirai Sabtu lalu. Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur itu, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan bertenaga menyebabkan kedudukan terikat tanpa jaringan sebelum gol lewat dari Lauren Hoh […]
MPFL: JDT Tinggal Jauh Kedudukan Selangor

Kedudukan terkini Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) menyaksikan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) jauh meninggalkan pesaing yang lain termasuklah pasukan Selangor. JDT yang dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Shah Alam City pada Ahad lalu berjaya merakamkan kemenangan kesembilan berturut-turut dalam saingan liga untuk berada di tangga pertama. Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Pasir […]
Faisal Halim Kembali Berlatih, Selangor Tidak Mahu Tergesa-Gesa

Selangor FC menjawab mengenai tempoh masa yang diperlukan oleh Faisal Halim bagi kembali menyertai pasukan setelah dilaporkan sudah turun berlatih semula minggu lalu. Faisal Halim difahamkan sudah turun ke sesi latihan ringan minggu lalu buat kali pertama setelah insiden disimbah asid awal Mei lalu yang menyebabkan pemain berusia 26 tahun itu terpaksa menjalani beberapa siri […]
Selangor Beri Tekanan Kepada Dua Kelab Besar Korea

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC memberi tekanan hebat kepada dua kelab besar Korea Selatan. Skuad kendalian Nidzam Jamil mempamerkan persembahan cemerlang apabila menundukkan Kuching City untuk mara ke pentas separuh akhir Piala FA 2024. Prestasi yang dibawa dalam Liga Super juga amat baik apabila merekodkan tiga kemenangan dalam empat aksi awal. The Red […]
Kisah Noor Al-Rawabdeh Di Selangor Jadi Buah Mulut Asia

Nama pemain tengah Selangor FC dan Jordan, Noor Al-Rawabdeh kembali menjadi sebutan peminat bola sepak Asia baru-baru ini. Ini selepas akaun media sosial rasmi Liga Juara-Juara AFC (ACL) menggelar Noor sebagai bintang utama untuk Al-Nashama dan Merah Kuning. “Bintang utama untuk kelab dan negara. Noor Al-Rawabdeh bakal mengetuai Selangor FC ke arah kejayaan di peringkat […]
Juan Torres Harap Lebih Banyak Kelab Bangunkan Akademi Bantu Bola Sepak Malaysia

Pengendali skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19), Juan Torres Garrido berharap lebih banyak kelab memiliki akademi bola sepak mereka sendiri. Pengumuman skuad negara B-19 baru-baru ini menyaksikan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Selangor membentuk majoriti pemain. JDT memiliki 12 wakil diketuai penjaga gol, Haziq Aiman Mohd Esa. Sementara kontinjen Selangor pula diketuai bintang […]
Zainal Abidin: Keputusan Nidzam Jamil Adil

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan menyifatkan keputusan yang dibuat Nidzam Jamil dalam aksi suku akhir kedua Piala FA antara Selangor FC dengan Kuching City FC sebagai adil. Keputusan yang dimaksudkan bekas jurulatih Sri Pahang FC itu ialah tindakan Nidzam memasukkan Aliff Izwan Yuslan, Fazly Mazlan dan Syahir Bashah sebagai pemain gantian pada […]
Dennis Bekking Jangka Muhammad Abu Khalil Bakal Kejutkan Orang Jepun

Bekas Pengarah Teknikal Selangor FC, Dennis Bekking percaya pemain muda negara, Muhammad Abu Khalil mampu melakar nama di bumi Jepun. Muhammad, 19, berkelana ke Negara Matahari Terbit itu dengan menyertai kelab J3 League, FC Osaka secara pinjaman sehingga akhir tahun 2024. Perpindahan ini direalisasikan selepas barisan staf kejurulatihan dan pengurusan kelab itu tertarik dengan bakatnya […]
“Tak Kisah Pemain Murah Ke Mahal, Asal Cocok Dengan Jurulatih” – Zainal Abidin

Lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan yakin harga pemain bukan kayu ukur dalam sesebuah pasukan yang dibentuk. Aksi suku akhir Piala FA menyaksikan Selangor berjaya membenam cabaran sengit Kuching City menerusi penentuan sepakan penalti. Datuk Zainal Abidin merasakan bahawa nilai pemain tidak menjadi keutamaan namun falsafah dan kesesuaian dengan pasukan adalah amat penting. Hal […]
Penyokong Selangor Serbu Gerai Jersi Walaupun Tengah Malam

Sokongan padu yang diberi penyokong kepada Selangor FC cukup mengagumkan termasuk dari segi penjualan jersi. Ini selepas pempengaruh media sosial, Mag Malaya mendedahkan penyokong Merah Kuning sanggup beratur di gerai jersi Stadium MBPJ untuk mendapatkan jersi kelab terutama jersi ketiga baru. Jersi ketiga Selangor kali ini cukup memikat ramai kerana menggunakan dua tona warna berbeza […]
“Baru Kuching City, Belum Kelab Asia Lagi”

Kemenangan dramatik Selangor ke atas Kuching City pada aksi suku akhir Piala FA bagaimanapun mencetuskan kebimbingan penyokong. The Red Giants dipaksa bermain sehingga 120 minit oleh Kuching City kendalian Aidil Sharin sebelum menoktahkan kemenangan ke atas lawan menerusi sepakan penalti. Kelekaan benteng pertahanan Selangor membawa padah apabila dibolosi pada saat akhir oleh Alif Hassan untuk […]
Piala FA: Kedah Ungguli Senarai Kehadiran Tertinggi, Selangor Catat Angka Besar

Aksi suku akhir kedua Piala FA 2024 menyaksikan giliran Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengungguli senarai kehadiran penonton tertinggi diikuti oleh Selangor FC. Aksi suku akhir kedua yang berlangsung di Stadium Darul Aman pada 5 Julai itu menyaksikan Kedah dan Penang terikat tanpa jaringan. Meskipun seri, itu sudah cukup untuk menceriakan 16,700 penyokong yang […]
Nidzam Jamil: Safuwan Baharudin ‘Berkorban’ Demi Pemain Muda

Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil memuji karakter Safuwan Baharudin yang mengetuai kejayaan pasukan menyingkirkan Kuching City dalam aksi suku akhir Piala FA di Kelana Jaya pada Sabtu. Selangor yang bangkit dari ketinggalan secara agregat pamer semangat juang yang tinggi meskipun dipaksa beraksi dengan 9 orang pemain sebelum penentuan sepakan penalti memberikan kemenangan buat The Red […]
Piala FA: 2 Kad Merah Tak Halang Langkah Selangor Ke Separuh Akhir, Singkirkan Kuching City

Selangor mencatat kemenangan keatas Kuching City pada aksi suku akhir kedua Piala FA seterusnya mengesahkan slot di pusingan separuh akhir Piala FA 2024. Setelah dikejutkan dengan kekalahan 2-1 kepada Kuching City Sabtu lalu di laman lawan, Selangor tekad untuk bangkit memadam kelebihan agregat yang dimiliki oleh anak buah Aidil Sharin di Kelana Jaya. Nidzam Jamil […]
Ganjaran RM5.2 Juta Menanti JDT & Selangor

Dua wakil Malaysia di Asia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Selangor FC berpeluang merangkul ganjaran mencecah RM5.2 Juta. Pasukan Harimau Selatan telah mengukuhkan tempat dalam kalangan pasukan terbaik di Asia apabila beraksi di ACLE sebagai wakil tunggal Malaysia. Gergasi Merah kembali beraksi di Asia selepas kali terakhir Selangor beraksi di peringkat Asia ialah pada musim 2015-2016 dalam […]
Selangor Upah Peguam, Pertimbang Heret Kes Ke Mahkamah Timbang Tara Sukan

Pengurusan Selangor FC mempertimbang untuk mengheret kes hukuman mereka yang dijatuhkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Maklumat ini dikongsikan oleh Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) baru-baru ini. Beliau menyatakan skuad The Red Giants telah mengupah peguam dan […]