Selangor Tewaskan Skuad Muda Kelantan Darul Naim

Skuad Piala Belia Selangor berjaya mencatat kemenangan bergaya mengatasi skuad Piala Belia Kelantan Darul Naim. Biarpun beraksi di laman lawan, Selangor tidak berdepan tugas sukar mengatasi pasukan tuan rumah selepas dua gol berjaya dihasilkan dalam saingan Kumpulan A kempen Piala Belia 2024. Aksi di separuh masa pertama bermula dengan jaringan pembukaan perlawanan dihasilkan pada minit […]

Piala FA: Tiket Aksi Selangor vs Terengganu Habis Licin

Aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024 membabitkan Selangor FC dan Terengganu FC bakal dihangatkan dengan kehadiran ramai penyokong. Ini selepas pengurusan Merah Kuning mengumumkan kesemua tiket perlawanan untuk aksi berkenaan di Stadium MBPJ sudah habis dijual. “Semua tiket untuk aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024 telah habis dijual! Bersedialah untuk pertarungan yang tidak […]

Tular Cubaan Reziq Bani ‘Sondol’ Bola Di Tangan Penjaga Gol Sri Pahang

Tular tindakan pemain Selangor FC, Reziq Bani Hani melakukan cubaan untuk menyondol bola dari tangan penjaga gol Sri Pahang. Pertemuan antara Tok Gajah dan juga Selangor berakhir dengan keputusan seri 1-1 dengan jaringan Alvin Fortes memastikan The Red Giants pulang dengan satu mata. Tekanan yang diberikan oleh pemain Gergasi Merah hampir memerangkap tuan rumah namun […]

Pemain Selangor Terima Nyanyian Aneh Penyokong Sendiri

Barisan pemain Selangor FC menerima nyanyian aneh daripada penyokong sendiri selepas tamat perlawanan bertemu Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Temerloh pada Rabu. Nyanyian itu seolah-olah menampakkan penyokong Selangor sedang melepaskan geram buat para pemain Gergasi Merah apabila gagal mencatatkan kemenangan berdepan Sri Pahang. “Oh Selangor, apa yang kau buat? Oh Selangor, […]

Liga Super: Selangor & Sri Pahang Sama Hebat

Aksi di Stadium Temerloh Pahang hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Sri Pahang dan Selangor. Sri Pahang dibawah kendalian Fandi Ahmad dalam misi mengekalkan rekod tanpa kalah berdepan Selangor di laman sendiri. Anak buah Nidzam Jamil pula dalam misi mencatat kemenangan seterusnya dalam kempen Liga Super Malaysia 2014/2025. Aksi di separuh masa pertama bermula dengan […]

Siaran Langsung Liga Super: Sri Pahang vs Selangor (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu 7 melibatkan pertembungan antara Sri Pahang dan Selangor. Skuad kendalian Fandi Ahmad lega selepas meraih satu mata ketika menetang KL City tempoh hari. Beliau bagaimanapun optimis untuk anak buahnya terus memperagakan aksi lebih baik sungguhpun berdepan The Red Giants. Pengendali Selangor, Nidzam Jamil yakin Selangor mahu menambah baik aksi pasukan menjelang […]

Pemain Selangor Anggap Setiap Perlawanan Adalah Final

Pemain Selangor FC akan menganggap setiap perlawanan yang dilalui selepas ini adalah pentas akhir dalam usaha mereka terus mencipta kemenangan. Perkara tersebut disuarakan pemain tengah import Selangor, Noor Al-Rawabdeh ketika ditemubual selepas aksi Liga Super bertemu Penang FC pada Sabtu. “Bagi kami sekarang, semua perlawanan adalah perlawanan akhir. Kami menghormati semua pasukan dan saya mahu […]

Alvin Fortes Ambil Aura Safawi Rasid

Pemain sayap Selangor FC, Alvin Fortes mengambil aura bintang Terengganu FC, Safawi Rasid. Pemain berusia 29 tahun itu meneruskan momentum cemerlang untuk merekodkan jaringan bersama Gergasi Merah. Beliau menjadi watak penting pasukan bimbingan Nidzam Jamil untuk merekodkan kemenangan 4-1 ke atas Penang FC di Stadium MBPJ. Bekas pemain Ratchaburi FC di Thai League ini membuat […]

Selangor Dambakan Kemenangan Di Gelanggang Lawan

Pemain tengah Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh mengakui pasukan gergasi Lembah Klang itu mahu menamatkan kemarau kemenangan mereka di tempat lawan. Sejak saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 bermula, Merah Kuning berdepan kesukaran merekodkan kemenangan di tempat lawan. Tiga perlawanan Liga M di tempat lawan menyaksikan Selangor bukan saja tewas kepada KL City FC pada […]

Mukhairi Ajmal Tunaikan Permintaan Penyokong Cilik Selangor

Perancang tengah, Mukhairi Ajmal menunaikan permintaan istimewa penyokong cilik Selangor ketika aksi menentang Penang Sabtu lalu. Pada aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ itu, Mukhairi mencetak nama sebagai penjaring gol pertama Selangor seawal minit ketiga setelah menerima umpanan cantik dari Alvin Fortes. Tiga lagi gol disumbangkan oleh Yohandry Orozco, Alvin Fortes dan Quentin Cheng melengkapkan […]

Nidzam Jamil: Kita Nak Ada Di Tempat JDT & Terengganu

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil bercita-cita untuk membawa anak-anak buahnya ke satu tahap seperti JDT dan Terengganu setelah menewaskan Penang dalam aksi Liga Super pada Sabtu. Dalam aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ itu, Gergasi Merah bangkit dari dua kekalahan lalu di tangan KL City dan Terengganu untuk menumbangkan Penang 4-1 di laman sendiri. Empat gol […]

Liga Super: Dua Penalti Hangatkan Kemenangan Selangor Ke Atas Penang

Selangor kembali mencatatkan kemenangan setelah menumpaskan Penang dalam aksi Liga Super pada Sabtu. Setelah mencatatkan 2 kekalahan berturut-turut di tangan KL City dan Terengganu minggu lalu, Selangor kembali ke Stadium MBPJ dengan misi untuk bangkit meraih tiga mata dalam saingan liga. Penang pula yang berehat seminggu bagi memberi laluan kepada kempen Piala FA berhasrat bagi […]

Siaran Langsung Liga Super: Selangor vs Penang (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu 6 melibatkan pertembungan antara Selangor dan juga Penang FC. Skuad kendalian Nidzam Jamil memperagakan persembahan terbaik namun menghadapi siri kekalahan dalam beberapa aksi terakhir. Penang pula kebal apabila hanya merekodkan satu kekalahan daripada 5 perlawanan liga yang telah diharungi dengan Ketua Jurulatih, Akmal Rizal optimis peranan berbeza ditampilkan di MBPJ. “Kita […]

Terengganu Idam Raih Mata Berdepan JDT

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner menyeru anak buahnya memberikan tentangan yang hebat menjelang aksi Liga Super bertemu JDT kelak. Dua perlawanan Liga Super melawan JDT dan Negeri Sembilan amat penting pada pandangan jurulatih itu dalam mencipta momentum positif sebelum turun untuk perlawanan kedua separuh akhir Piala FA menentang Selangor kelak. Terengganu yang berada di […]

“Keputusan Pasti Berbeza Jika Faisal Halim Ada” – Johan Kamal

Ketua Pegawai Operasi (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menegaskan keputusan perlawanan yang kurang memuaskan Gergasi Merah pasti berbeza jika adanya Faisal Halim di atas padang. Menurut Johan, kem Selangor kendalian Nidzam Jamil amat menantikan kepulangan semula Faisal yang terpaksa berehat panjang akibat disimbah asid pada 5 Mei lalu. “Perkara ini (prestasi kurang memuaskan […]

Perbezaan Nilai Skuad JDT & Selangor Cecah RM34 Juta

Perbezaan nilai skuad terkini pasukan Johor Darul Tazim (JDT) dan Selangor FC kini mencecah RM34 Juta. Perkembangan terbaru kedua-dua pasukan handalan Malaysia ini mencuri tumpuan tatkala mereka bakal membawa cabaran negara ke kancah Asia. Skaud Harimau Selatan akan beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) manakala The Red Giants menjadi wakil tunggal Malaysia di Liga […]