Penyokong Selangor Tinggalkan SNBJ 15 Minit Sebelum Tamat

Aksi final Piala FA menyaksikan segelintir penyokong Selangor yang mula meninggalkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika permainan berbaki 15 minit. Selangor turun berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi merebut kejuaraan Piala FA bagi edisi ke-34 pada Sabtu. Walau bagaimanapun, JDT mendahului 2-0 di babak pertama hasil jaringan Juan Muniz dan Arif Aiman. Selangor mula […]

JDT Juarai Piala FA 2024/25 Belasah Selangor

Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) memcatatkan hatrik Piala FA apabila membenam Selangor dengan keputusan 6-1. Skuad kendalian Hector Bidoglio beraksi cukup cemerlang untuk menamatkan perjuangan Gergasi Merah pada pentas akhir di SNBJ. Aksi final ini merupakan kali ke-5 JDT ke final selepas menundukkan KL City tahun lalu manakala Selangor kali terakhir melangkah ke final […]

Siaran Langsung Final Piala FA: JDT vs Selangor (Live Streaming)

Aksi final Piala FA melibatkan pertembungan antara juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Selangor FC. Hal ini dinyatakan oleh Ketua Jurulatih, Nidzam Jamil yang melihat persiapan Gergasi Merah berjalan lancar. “Kita ada impian, cita-cita dan harapan. Esok hari yang baik buat penyokong Selangor. Perlawanan ini bukan untuk saya tetapi pemain dan juga penyokong. “Kita […]

Piala FA: 10 Fakta Penting Tentang Pertembungan JDT vs Selangor

10 fakta penting hangatkan pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor. Skuad kendalian Hector Bidoglio turun dengan motivasi terbaik untuk mengekalkan hatrik Piala FA edisi kali ini. Beberapa perkara menarik mengenai perlawanan berprestij ini telah mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air. JDT sekali lagi berada di final Piala FA selepas menewaskan KL City […]

Piala FA: Selangor Puas Hati Kualiti Padang SNBJ

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil mengakui berpuas hati dengan kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang aksi final Piala FA 2024. Sebelum ini, isu kualiti padang SNBJ yang teruk pernah menjadi bualan penyokong terutama membabitkan aksi-aksi bola sepak berprofil tinggi. Antara aksi yang terjejas akibat kualiti padang SNBJ yang kurang elok ialah aksi final […]

Piala FA: Hujan Lebat, Ribut Petir Dijangka Melanda SNBJ Petang Ini

Perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dijangka bakal dilanda hujan lebat serta ribut petir. JDT dan Selangor bakal berentap di final pada Sabtu bagi merebut kejuaraan Piala FA edisi ke-34 setelah cemerlang menyingkirkan Kedah dan Terengganu di separuh akhir. Walau bagaimanapun, di sebalik kemeriahan aksi kali ini, pakar cuaca meramalkan Bukit […]

Jordan Tagih Khidmat 3 Bintang Selangor

Jordan bakal menggunakan khidmat tiga bintang Selangor FC menjelang pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 yang bermula pada September ini. Tiga bintang tersebut ialah Noor Al-Rawabdeh, Reziq Bani Hani dan Ali Olwan. Nama ketiga-tiga pemain Merah Kuning itu tersenarai dalam senarai awal 34 pemain yang dipanggil jurulatih, Jamal Sellami. Noor dan Reziq menjadi penggerak di […]

SUKMA: Emas Milik Selangor, Sarawak Berputih Mata

Pingat emas acara futsal Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menjadi milik Selangor setelah menewaskan tuan rumah, Sarawak pada Jumaat. Setelah menumbangkan Pulau Pinang 3-0 di separuh akhir, Selangor turun menentang Sarawak yang diberi sokongan penuh para peminat di venue kejohanan. Kesebelasan utama Selangor diketuai pemain kebangsaan, Syahir Iqbal manakala Sarawak pula menaruh harapan buat Syukimi Farizan […]

Selangor Terima Khabar Gembira

Finalis Piala FA, Selangor FC menerima khabar gembira menjelang aksi berdepan JDT esok. Skuad kendalian Nidzam Jamil dalam momentum terbaik selepas menundukkan Terengganu pada aksi separuh akhir Piala FA. Anak didik Hector Bidoglio pula cemerlang menewaskan Kedah Darul Aman sekaligus menjadikan aksi final sebagai tumpuan. Persiapan kedua-dua pasukan berjalan lancar namun The Red Giants menerima […]

Selangor Turun Tanpa Mukhairi Ajmal Di Final Piala FA

Finalis Piala FA, Selangor terpaksa melupakan khidmat pemain tengah, Mukhairi Ajmal bagi perlawanan akhir pada Sabtu. JDT dan Selangor bakal berentap di final Piala FA bagi merebut gelaran juara bagi edisi ke-34 setelah masing-masing berjaya menyingkirkan Kedah dan Terengganu di separuh akhir. Ketika sesi sidang media pra perlawanan, Nidzam berkata skuad kendaliannya bersikap positif bagi menghadiahkan keputusan […]

Safuwan Baharudin: Tiada Siapa Mahu Ke Final Untuk Kalah

Kapten Selangor FC, Safuwan Baharudin mengakui pasukan gergasi Lembah Klang itu berdepan tugas sukar menjelang aksi final Piala FA 2024. Selangor mengesahkan kemaraan ke final selepas menewaskan Terengganu FC dengan keputusan agregat 6-4 di peringkat separuh akhir. Meskipun begitu, lawan yang menanti mereka di final ialah juara liga 10 kali, Johor Darul Ta’zim FC (JDT […]

“Esok Hari Baik Buat Penyokong Selangor” – Nidzam Jamil

Selangor optimis untuk meraih keputusan positif pada aksi final Piala FA 2024. Hal ini dinyatakan oleh Ketua Jurulatih, Nidzam Jamil yang melihat persiapan Gergasi Merah berjalan lancar. “Kita ada impian, cita-cita dan harapan. Esok hari yang baik buat penyokong Selangor. Perlawanan ini bukan untuk saya tetapi pemain dan juga penyokong. “Kita agak positif untuk mencapai […]

JDT ‘Kunci Mulut’

Menjelang perlawanan akhir Piala FA, pembantu jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Jose Lopez dan pemain, Junior Eldstal mengambil pendekatan berbeza dengan tidak memberi sebarang komen. JDT dan Selangor bakal berentap di final Piala FA bagi merebut gelaran juara bagi edisi ke-34 setelah masing-masing cemerlang menyingkirkan Kedah dan Terengganu di separuh akhir. Dalam sesi sidang media […]

Final Piala FA Istimewa Buat Noor Al-Rawabdeh

Pemain tengah Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh menyifatkan final Piala FA 2024 satu final yang istimewa buat dirinya. Final Piala FA 2024 menemukan dua pasukan gergasi tanah air iaitu Selangor dan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Final ini cukup istimewa buat Merah Kuning kerana ini penampilan pertama mereka di pentas final Piala FA […]

Saham Arif Aiman & Alvin Fortes Catat Perbezaan

Saham dua tonggak finalis Piala FA, Arif Aiman dan Alvin Fortes mencuri tumpuan. Kedua-dua pemain ini menjadi watak penting yang menjayakan misi JDT dan juga Selangor FC. Arif Aiman telah menjadi watak penting Harimau Selatan bermula sejak awal musim 2024/25 namun mengalami kecederaan. Pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia itu mencatatkan satu bantuan […]

Pengeluar Bola Final Piala FA Ambil Tindakan Drastik Tukar Logo

Pengeluar bola rasmi final Piala FA, Active Sports telah mengambil tindakan drastik saat akhir untuk menukar logo yang tertera pada bola yang bakal digunakan pada aksi Sabtu nanti. Dalam satu instastory Active Sports, mereka mengumumkan telah menukar logo pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC dan mengubahnya kepada tulisan sahaja. Dalam pada itu, pihak […]