3 Elemen Utama Mengapa Tan Cheng Hoe Kini Di Selangor

Pengendali baharu pasukan Selangor FC, Tan Cheng Hoe dijangkakan bakal menjadi perhatian para peminat bola sepak tanah air memandangkan bekas jurulatih skuad kebangsaan itu mempunyai reputasi yang baik ketika mengendalikan pasukan Kedah dan Harimau Malaya. Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon mengharapkan para penyokong berikan masa kepada Cheng Hoe untuk membentuk pasukan […]

RMS Sendiri Yang Lamar Cheng Hoe Untuk Selangor

Pelantikan Tan Cheng Hoe sebagai jurulatih baharu Selangor FC jelas mengejutkan ramai pihak apatah lagi bekas pengendali skuad kebangsaan itu kerap kali dikaitkan untuk pulang semula ke bekas pasukannya Kedah Darul Aman FC. Cheng Hoe mengakui bahawa kehadiran beliau ke Selangor adalah melalui satu perbincangan terus dengan Pengerusi Selangor FC, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin […]

Selangor Bakal Umum Tan Cheng Hoe Selaku Jurulatih Baharu ?

Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dikhabarkan bakal menamatkan teka-teki mada depannya apabila beliau dikatakan sudah diikat Selangor. Ketua jurulatih berusia 54 tahun itu memiliki reputasi yang amat baik di pentas bola sepak Malaysia selepas membantu Kedah menjulang Piala Malaysia pada tahun 2016 dan juga Piala FA 2017. Walau bagaimanapun, setelah dikaitkan dengan […]

Selangor Kini Bagaikan Pedang Yang Tajam Tanpa Perisai

Saingan Liga Super semakin hampir ke penghujung saingan dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kini hanya memerlukan dua kemenangan lagi untuk terus mengekalkan kejuaraan liga buat kali kesembilan berturut-turut. Namun disebalik konsistensi yang ditampilkan JDT, antara pasukan lain yang sentiasa menjadi perhatian ramai dalam saingan Liga Super musim ini sudah tentunya pasukan yang sarat dengan […]

Liga Super: Kedah Tamatkan Riwayat Selangor

Rentak kemenangan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Liga Super berterusan apabila berjaya menumbangkan Selangor 3-1 dalam aksi di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan agak rancak selepas menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengatur gerak serangan untuk mencari gol awal. Selepas beberapa siri serangan yang dilancarkan, Kedah akhirnya berjaya mendahului pada minit […]

Dr. Johan Dirakam Bersama Penyokong Tegur Pengadil Perlawanan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon telah dirakam bersama penyokong menegur pengadil pada saingan malam tadi. Perlawanan Liga Super yang menemukan dua pasukan iaitu Selangor selaku tuan rumah yang melayan kunjungan JDT berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Dalam pada itu, Dr Johan dilihat tidak berpuas […]

Liga Super: Selangor Mengamuk Ikat JDT

Perlawanan Liga Super ini menemukan dua pasukan iaitu Selangor selaku tuan rumah yang melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebentar tadi. Pasukan Selangor memulakan permainan dengan kawalan bola yang baik dan beberapa serangan yang dilakukan namun dapat dihalang oleh benteng JDT. Bagaimanapun, nasib menyebelahi pasukan […]

Tiada Lagi DNA Jerman Buat Selangor Pada Musim Hadapan

CEO Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menegaskan akan ada perubahan baharu yang akan berlaku pada musim hadapan demi mengembalikan semula kegemilangan pasukan yang sarat dengan sejarah kejayaan itu. Pihak pengurusan Selangor FC juga ambil maklum dan peka dengan kemarahan yang diluahkan para penyokong selepas melalui musim yang tidak begitu baik. “Kami sedar peminat tidak […]

Bekas Pemain Selangor Bersuara Sekali Lagi

Bekas pemain Selangor, Armin Maier meluahkan rasa kecewa dan sedih melihat apa yang sedang menimpa bekas kelabnya Selangor FC sekarang. Beliau juga dilihat tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon apabila meletakkan emoji ‘tepuk dahi’ di laman story Instagram miliknya. Skuad Res Giants yang tewas buat kali keempat berturut-turut […]

“Kroni Takkan Lepas Tangan?”- TMJ

Kekalahan demi kekalahan yang menimpa pasukan Selangor FC dalam saingan Liga Super musim ini jelas sekali mengundang kemarahan penyokong setia pasukan yang digelar Red Giants itu. Pada aksi Liga Super semalam, Selangor telah tewas 0-1 kepada Petaling Jaya City (PJ City) di laman sendiri. Kekalahan kepada PJ City itu merupakan kekalahan ke-4 berturut-turut Selangor dalam […]

Liga Super: Terengganu Mudah Tundukkan Selangor

Aksi Liga Super hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Selangor dan Terengganu. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya menyaksikan skuad Penyu menewaskan pasukan tuan rumah 0-2 sebentar tadi. Kedua-dua pasukan bermula garang dalam usaha membuka jaringan, namun percubaan-percubaan yang dilakukan gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan lawan masing-masing. Kelalaian […]

Ultrasel: Kota Rom Tidak Dibina Dengan Kebodohan

Susulan dari prestasi tidak menentu pasukan Selangor FC (SFC) musim ini mengundang kepada pengunduran ketua jurulatih pasukan itu, Michael Feichtenbeiner. Buat masa ini, pasukan Selangor akan dilatih sementara oleh Nidzam Jamil yang dilantik sebagai ketua jurulatih interim sementara pihak pengurusan mendapatkan pengganti terbaik untuk menjadi ketua jurulatih baharu Selangor. Situasi ini jelas sekali tidak disenangi […]

Sathianathan: Prestasi Selangor Zaman Saya Lebih Baik Berbanding ‘DNA Jerman’

Melihat kegoyahan konsistensi pasukan Selangor FC musim ini, ramai berpendapat bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan pasukan yang sarat dengan sejarah kejayaan ini. Antara individu yang meluahkan rasa kurang senang dengan prestasi turun naik Selangor adalah bekas jurulatih pasukan itu, B. Sathianathan. Sathia menganggap Selangor yang sekarang tidak sama seperti apa yang beliau sendiri […]

Sebenarnya Negeri Sembilan Tak Sengaja Tewaskan Selangor

Kemenangan 3-2 Negeri Sembilan FC (NSFC) ke atas Selangor FC dalam aksi Liga Super semalam ternyata mengejutkan ramai pihak apatah lagi Selangor telah berada dua gol dihadapan sebelum bermulanya separuh masa kedua. Pengendali Negeri Sembilan, K.Devan nyata sekali berbangga dengan semangat juang yang dipamerkan anak-anak buahnya selepas bangkit untuk menewaskan Selangor yang belum pernah tewas […]

Liga Super: Negeri Sembilan Buat Selangor Terduduk Di Laman Sendiri

Perlawanan Liga Super ini menemukan tuan rumah, Selangor FC yang melayan kunjungan Negeri Sembilan FC. Perlawanan berkesudahan kemenangan berpihak kepada NSFC dengan keputusan 3-2 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebentar tadi. Gol pembuka tirai perlawanan tercetus menerusi pemain import Selangor, Caion rentetan kesilapan mudah yang dilakukan benteng pertahanan pelawat, Herold […]

Pengadil Sepak Pemain Selangor? Tetapi Penonton Terlihat Sesuatu

Umum mengetahui pasukan Selangor FC telah layak ke pusingan separuh akhir Piala FA selepas menumbangkan Sabah FC dengan keputusan 2-0 di Stadium Likas semalam. Namun disebalik kemenangan tersebut ada insiden yang jelas kelihatan di mata penonton semalam. Ianya merupakan insiden yang melibatkan pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri dan pertahanan kiri Selangor, Fazly Mazlan. Suhaizi telah melayangkan […]