Satu Lagi Safee Sali Hampir Dilahirkan Suatu Ketika Dahulu

Di kala skuad kebangsaan Malaysia ketandusan penyerang tulen, pasti ramai di antara kita tidak menyedari bahawa penyerang tulen hebat seperti Safee Sali hampir sahaja dilahirkan semula dalam program akademi, Frenz United satu ketika dahulu. Umum maklum bahawa Frenz United telah pun melahirkan beberapa pemain muda berbakat seperti Hadi Fayyadh, R. Kogileswaran dan Danial Amier Norhisham. […]

Safee Sali: Cerita Terengganu FC & JDT FC Berbeza Jika Ada VAR

Johor Darul Ta’zim (JDT) FC meraih kemenangan ke-14 dalam liga dengan membenam Terengganu FC 3-1 semalam. Tetapi bagi bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali, keputusan perlawanan mungkin saja berbeza sekiranya Harimau Selatan dipaksa beraksi dengan 10 orang pemain. Beliau merujuk kepada satu insiden kekasaran membabitkan pemain gantian Peteh, Ivan Mamut dan bek tengah JDT FC, […]

Safee Sali ‘Ayam-ayamkan’ Bintang EPL Di USA

Ramai kini mengikuti perkembangan The Soccer Tournament (TST) yang sedang berjalan di Amerika Syarikat kerana Safee Sali. Dan bekas penyerang Harimau Malaya itu membuktikan dirinya masih berbisa dengan mengakali barisan bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mewakili West Ham United. Diberi peluang menyarung lilitan kapten untuk pasukan Far East United, Safee Sali menjadi duri dalam […]

Safee Sali Teruja Beraksi Menentang Pemain Berkelas Dunia

Bermula hari ini sehingga 4 Jun, kejohanan The Soccer Tournament (TST) bakal berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat dengan menampilkan 32 pasukan antarabangsa. Bagi bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali, beliau amat teruja kerana ini memberi peluang kepadanya menentang pemain-pemain berkelas dunia. Safee mewakili Far East United di mana para pemainnya berasal atau pernah beraksi […]

Safee Sali Ada Pesanan Khas Kepada Lawan JDT

Selepas 12 perlawanan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) masih mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini. Biarpun pasukan yang dibimbing Esteban Solari itu sukar ditandingi, bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali merasakan JDT boleh saja tewas sekiranya kelab-kelab lain menerapkan dua aspek ini dalam pasukan mereka. Dua aspek tersebut ialah menganalisis segala kelemahan dalam pertemuan sebelumnya […]

Safee Sali & Cesc Fàbregas Ke Amerika Syarikat

Pemain lagenda kebangsaan, Safee Sali akan berangkat ke Amerika Syarikat bagi menyertai kejohanan The Soccer. Beliau yang bakal mewakili pasukan Far East United telah diundi dalam saingan kumpulan D dan akan berentap dengan pasukan West Ham, Culture By Mo Ali FC dan Dallas United di The Scoccer Tournament. Kejohanan yang disertai 32 pasukan daripada 8 […]

Safee Sali Anggap Faisal Halim & Akhyar Rashid Setanding Pemain Naturalisasi

Legenda bola sepak negara, Safee Sali memuji prestasi cemerlang yang ditampilkan dua pemain sayap Harimau Malaya bagi aksi perlawanan persahabatan tempoh hari.  Memetik kenyataan daripada Bernama, bekas penyerang kebangsaan itu menganggap kualiti yang ada pada Akhyar Rashid dan Faisal Halim kini setanding dengan pemain naturalisasi seperti Paolo Josue dan Endrick Dos Santos.  Dua pemain sayap […]

Safee Sali Yakin Ada Cubaan Nafuzi Zain Berhubung Dengan Pengadil Dalam Padang

Perlawanan ketiga saingan Liga Super 2023 melibatkan pertembungan antara pasukan Kedah Darul Aman dan PDRM berakhir dengan kemenangan dicatat The Cops, 1-0. Tercetusnya beberapa insiden dan dua layangan kad merah menghiasi aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman malam semalam. Hasrat skuad Sang Kenari untuk mencetak jaringan demi memastikan kemenangan tercatat di laman sendiri tidak […]

Safee Sali Terharu Dengan Tindakan JDT & TMJ

Bekas penyerang berbisa Harimau Malaya, Safee Sali mengakui terharu dengan tindakan yang diusahakan oleh bekas kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dalam karier bola sepaknya. Beliau pernah menjadi antara penyerang paling digeruni semasa menyarung jersi Harimau Selatan itu mengucapkan jutaan terima kasih atas sambutan luar biasa di Stadium Sultan Ibrahim. […]

JDT Hargai Lagenda Safee Sali SS10

Mengutamakan suasana harmoni sebuah keluarga, kelab bolasepak JDT meluangkan masa untuk seorang lagenda bolasepak bertemu penyokong di Stadium Sultan Ibrahim. Walaupun fokus utama adalah perlawanan Piala Sumbangsih di SSI, kelab bolasepak JDT memberi penghormatan besar kepada pemain bolasepak Safee Sali untuk berjalan mengelilingi stadium bertemu penyokong. Langkah yang mulia daripada sebuah kelab bolasepak untuk memberi […]

“Safee Tak Pernah Bagitahu Saya” – Matyo

Penyerang berbisa negara, Norshahrul Idlan Talaha mengakui terkejut dengan pengakuan rakannya, Safee Sali yang menganggap bwliau sebagai rakan gandingan terbaik dalam kariernya. Beliau yang kini bersama Harini FT dalam saingan Liga M3 mengakui sedikit terkejut apabila mendengar perkhabaran bahawa Safeee memutuskan untuk bersara. Walau bagaimanapun, beliau menghormati keputusan rakannya itu seandainya keputusan ini adalah yang […]

Safee Sali Umumkan Persaraan

Selepas berkecimpung sebagai pemain bola sepak selama 19 tahun, Safee Sali mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak hari ini. Keputusan ini diumumkan dalam satu sidang media khas di Sofitel Kuala Lumpur, Damansara. Menurut bekas penyerang KL City itu, keputusan ini bukan sesuatu yang mudah. Tetapi melihat dirinya tidak dapat bersaing secara kompetitif dengan pemain lain […]

Safee Sali Masih Tiada Pasukan

Bekas penyerang berbisa Harimau Malaya, Safee Sali merupakan antara pemain ternama yang masih belum mempunyai pasukan untuk diwakili bagi kempen Liga Malaysia musim ini selepas meninggalkan bekas pasukannya, Kuala Lumpur City FC (KL City). Safee, 39 bukanlah nama yang asing buat bola sepak Malaysia apabila hampir dua dekad mencipta nama di persada bola sepak negara […]

Safee Sali Harap Piala MFL Mampu Gilap Lebih Ramai Bintang Muda

Bekas penyerang negara, Safee Sali mengharapkan saingan Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ini mampu menggilap lebih ramai lagi bintang muda yang berkualiti.  Beliau akui perlawanan Piala MFL ini antara yang lebih baik untuk membina akar umbi dan kemungkinan boleh dijadikan pelapis negara selepas Piala Presiden dan Piala Belia. Dalam pada masa yang sama, Safee juga […]

Safee Sali Percaya Ryuji Sato Tak Pernah Main Bola

Selepas insiden kontroversi yang terjadi dalam perlawanan Malaysia menentang Vietnam malam tadi, ramai pihak meluahkan apa yang terbuku di hati. Mana tidaknya, kad merah yang dilayangkan pengadil dari Jepun, Ryuji Sato ke atas Azam Azmi Murad dilihat sangat tidak wajar. Antara individu yang turut meluahkan rasa ketidakpuasan hati adalah bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali. Safee […]

“Jaga Kebajikan Pemain, Inilah Hasilnya” – Safee Sali

Bekas penyerang terbaik Asia Tenggara, Safee Sali mengucapkan tahniah kepada TMJ kerana telah menjuarai Piala Malaysia musim ini yang berakhir semalam setelah berjaya menewaskan pasukan Selangor dengan keputusan 2-1. Pemain berusia 38 tahun itu menyatakan bahawa pasukan JDT boleh dijadikan pasukan contoh bagi pasukan yang lain. Perkara ini telah dikongsikan oleh Safee di laman sosial Instagram […]