Safee Sali Anggap Impian Kim Pan-gon Mustahil Berlaku

Lagenda bola sepak negara, Safee Sali berpendapat bahawa impian Kim Pan-gon berdepan Chinese Taipei mustahil berlaku. Malaysia turun dalam misi untuk meraih kemenangan dengan jaringan besar untuk menempah tiket ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026. Hasrat itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila skuad kebangsaan hanya merekodkan kemenangan 3-1 tatkala Kyrgyzstan mengiringi langkah Oman ke pusingan […]

Safee Sali Tak Sanggup Risikokan Arif Aiman

Bekas penyerang Malaysia, Safee Sali tidak sanggup untuk merisikokan pemain sayap lincah, Arif Aiman. Beliau beranggapan bahawa keputusan untuk memanggil pemain berusia 22 tahun itu saat akhir bertemu Chinese Taipei hanyalah sebagai butang panik. Safee dalam satu kenyataan kepada Astro Arena menganggap bahawa tindakan itu mustahil susulan tonggak JDT itu masih dalam proses pemulihan di […]

Safee Sali Cadang Guna Taktikal Bertahan Lawan Kyrgyzstan

Bekas penyerang negara, Safee Sali mencadangkan Harimau Malaya menerapkan taktikal bertahan bagi aksi bertemu Kyrgyzstan pada 6 Jun nanti. Ini berikutan masalah kecederaan yang melanda beberapa pemain serangan dan ketiadaan penjaga gol utama negara, Syihan Hazmi untuk dua aksi Malaysia menentang Kyrygzstan dan Chinese Taipei. Baki dua perlawanan ini penting buat skuad Harimau Malaya yang […]

Safee Sali: Kelantan DN Bakal Beri Kejutan

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali percaya Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) akan memberi kejutan untuk saingan liga musim 2024/25. Selepas tiga perlawanan awal Liga Super, Kelantan DN telah merekodkan tiga kekalahan termasuk tewas 3-0 kepada Terengganu FC pada 24 Mei lalu. Meskipun begitu, Safee melihat skuad Kijang Emas kali ini berbeza daripada pasukan-pasukan sebelumnya. […]

Danial Amier Terima Pujian Melangit Safee Sali

Lagenda bola sepak negara, Safee Sali memuji impak luar biasa yang ditampilkan oleh perancang tengah Kuching City, Danial Amier. Pemain berusia 27 tahun itu diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan menentang Sri Pahang dengan perlawanan berkesudahan seri 2-2. Semua mata tertumpu kepada persembahan yang ditampilkan oleh perancang tengah Kuching City, DanialAmier yang rancak mengemudi jentera tengah. […]

Safee Sali Ramal Kedah Jadi Juara Piala FA

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali menjangkakan Piala FA bakal dijulang pasukan baru untuk musim 2024/25 iaitu Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Musim 2022 dan 2023 menyaksikan gelaran juara Piala FA digondol oleh pasukan gergasi selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Trofi tersebut menjadi sebahagian daripada pencapaian empat trofi yang diraih […]

Ramalan Safee Sali Tentang Juara Liga Super Musim 2024/25

Ramalan lagenda bola sepak negara, Safee Sali tentang juara akhirnya terjawab. Safee dalam satu kenyataan di laman Youtubenya memberi beberapa gambaran awal tentang perjalanan liga musim baharu. Bekas pemain JDT ini turut memuji tindakan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi membawa masuk Teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) ke Liga Malaysia. Katanya, kehadiran VAR dapat […]

“KL City Tak Ada Penyerang? Panggil Safee Sali Balik”

Keadaan pasukan KL City menjadi tumpuan apabila difahamkan tidak memiliki penyerang memasuki musim 2024/25. Penghijrahan beberapa tonggak utama seperti Romel Morales ke JDT selain Tchetche Kipre yang kini menyertai Kuching City memberikan kekurangan pilihan kepada The City Boys. Pasukan Ibu Kota itu memilih untuk membawa masuk beberapa tonggak tengah import sekaligus menyaksikan posisi serangan menjadi […]

Safee Sali Teruja Lihat Terengganu Tanpa Ivan Mamut

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali ingin melihat keupayaan Terengganu FC tanpa peledak utama mereka, Ivan Mamut. Sejak tiba di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada musim 2023, penyerang berusia 27 tahun itu menambat hati penyokong dengan etika kerja kerasnya dan berbisa di depan gol. Musim tersebut menyaksikan Mamut menyumbat 17 gol dalam semua kejohanan […]

Safee Sali Saran Pemain Bola Sepak Kawal Penggunaan Media Sosial

Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali telah menitikberatkan isu keselamatan kepada para pemain bola sepak Malaysia ekoran insiden yang menimpa Faisal Halim dan Akhyar Rashid. Perkara yang menimpa Faisal Halim dan Akhyar Rashid tidak boleh dipandang remeh memandangkan kes tersebut melibatkan nyawa selain boleh menjejaskan karier selaku pemain bola sepak profesional. […]

Safee Sali: Saya Harap Ini Tidak Mengganggu Perjalanan Liga

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali berharap insiden malang yang menimpa Akhyar Rashid dan Faisal Halim tidak mengganggu perjalanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Arena bola sepak Malaysia dikejutkan dengan insiden malang yang menimpa dua tonggak utama Harimau Malaya itu. Insiden pertama menyaksikan Akhyar menjadi mangsa jenayah samun berhampiran kediamannya di Tanjung, Terengganu baru-baru […]

Safee Sali Harap Ubaidullah Shamsul Segera Bangkit

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali berharap bek tengah Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Ubaidullah Shamsul Fazili kembali bangkit apabila musim 2024/25 bermula. Safee berpandangan sedemikian selepas melihat kempen hambar Malaysia dalam Piala Asia B-23 2024 di Qatar baru-baru ini. Malaysia gagal merealisasikan sasaran layak ke suku akhir Piala Asia B-23 apabila menamatkan kempen Kumpulan D […]

Safee Sali & Darren Lok Tidak Senada Tentang Isu Padang SNBJ

Dua penyerang handalan negara, Safee Sali dan Darren Lok tidak senada tentang isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Menerusi satu kenyataan di laman Youtube Sports Tarik, lagenda bola sepak negara itu memiliki pandangan tersendiri tentang kualiti padang SNBJ. Katanya, antara salah satu faktor yang menjejaskan persembahan skuad Harimau Malaya adalah disebabkan keadaan padang yang […]

“Saya Rasa Romel Morales Patut Dikeluarkan, Bukan Darren Lok”

Lagenda bola sepak negara, Safee Sali merasakan pertukaran untuk mengeluarkan Darren Lok berbanding Romel Morales telah memakan diri. Perkara ini dikongsikan olehnya di laman Sports Tarik berkenaan analisis aksi antara Harimau Malaya menentang pasukan ke-77 dunia, Oman. Safee berpendapat bahawa antara masalah lain yang mengganggu rentak permainan skuad kebangsaan adalah disebabkan beberapa pertukaran yang kurang […]

Safee Sali: Kalau Padang SNBJ Tak Elok, Jangan Main

Lagenda bola sepak Malaysia, Safee Sali meminta agar para pemain Harimau Malaya tidak menggunakan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekiranya keadannya masih tidak memuaskan. Beliau menyatakan pendiriannya dalam satu audio siar di laman Youtube miliknya tentang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Malaysia dan Oman. Katanya, antara salah satu faktor yang menyebabkan kekalahan skuad […]

Zaquan Adha Tidak Tolak Peluang Jadi Jurulatih

Pakar Tetamu Liga Malaysia untuk Astro Arena, Zaquan Adha tidak menolak peluang menjadi jurulatih pada masa hadapan. Zaquan Adha sah bergelar Pakar Tetamu Liga Malaysia bagi saingan bola sepak tempatan musim hadapan bersama Astro Arena setelah bersara sebagai pemain bola sepak. Namun Zaquan juga tidak menolak peluang untuk menceburi bidang kejurulatihan pada masa akan datang […]