Berita Pesawat Terhempas Palsu, Sabah Bakal Ambil Tindakan

Sabah FC menafikan berita pesawat pasukan terhempas dan bakal mengambil tindakan sewajarnya atas laporan palsu tersebut. Sabah FC dalam satu kenyataan rasmi menafikan laporan berita oleh portal dalam talian yang bertajuk ‘Nahas Pesawat Tragis Meragut Nyawa Pemain Terbaik Sabah FC’. Perkara ini dijelaskan oleh Pengurus Sabah FC, Rafie Robert yang mengesahkan bahawa berita yang tular […]

Sabah Dapat Berita Baik

Pemain sayap lincah, Saddil Ramdani memberikan khabar gembira kepada Sabah FC. Tonggak berusia 25 tahun itu terpaksa diketepikan dalam beberapa perlawanan susulan kecederaan sekaligus menjejaskan rentak pasukan. Kehilangan rakan sepasukan yang beraksi pada posisi serangan juga menyebabkan The Rhinos tewas dalam beberapa aksi terakhir. Tamparan hebat diterima apabila tersingkir pada pusingan suku akhir Piala FA […]

Sabah Ulas Status Semasa Saddil Ramdani

Sabah FC tampil membuat kenyataan mengenai kedudukan pemain sayap lincah pasukan, Saddil Ramdani. Pemain berusia 25 tahun itu mula dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Indonesia, Persib Bandung. Berita ini telah mendapat liputan meluas daripada peminat bola sepak tanah air khususnya penyokong The Rhinos. Sebelum ini, pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee telah kehilangan penyerang […]

Punca Ketiadaan 4 Tonggak Sabah Terjawab

Punca ketiadaan 4 tonggak Sabah akhirnya terjawab. Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee memaklumkan ketiadaan beberapa tonggak utama menjejaskan persembahan anak buahnya. Beliau menjelaskan kekalahan 3-0 di tangan KL City itu sukar dibendung setelah pasukannya beraksi babak kedua dengan 10 pemain. Keadaan bertambah buruk apabila pemain utama cedera sekaligus memberikan kekalahan kedua kepada Sabah […]

Kim Swee Jawab Misteri Ketiadaan Saddil Ramdani

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menjawab misteri ketiadaan Saddil Ramdani. Pemain kelahiran Indonesia itu tidak berada dalam skuad sejak beberapa perlawanan terakhir sekaligus menimbulkan tanda tanya. Ketiadaan tonggak lincah ini selain Darren Lok juga yang baru pulih daripada kecederaan menjejaskan rentak serangan The Rhinos. Spekulasi hangat mengaitkan perpindahan Saddil Ramdani ke Indonesia […]

Sabah Cari Pengganti Saddil Ramdani

Sabah FC kini giatkan usaha untuk mencari pengganti Saddil Ramdani. The Rhinos dalam misi penting untuk meneruskan langkah musim 2024/25 dan bakal bertemu KL City FC. Usaha memgekalkan konsistensi aksi di atas padang diuji hebat apabila penyerang berbisa, Ramon Machado memilih untuk meninggalkan pasukan. Hal ini diburukkan lagi apabila dua peledak utama Sabah, Darren Lok […]

Bojan Hodak Jawab Spekulasi Tandatangan Saddil Ramdani

Ketua Jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak menjawab spekulasi yang bertebaran di alam maya berkenaan perpindahan pemain sayap Sabah FC, Saddil Ramdani ke pasukan kendaliannya itu. Berita perpindahan Saddil telah dicanang dengan hebat oleh media di Indonesia dengan dua kelab dari Indonesia iaitu Persib Bandung dan Dewa United dikhabarkan berminat untuk membawa Saddil. Bojan berpendapat Saddil […]

Saddil Ramdani Tinggalkan Sabah?

Selepas Ramon Machado, Sabah FC berpotensi kehilangan seorang lagi tonggak import iaitu Saddil Ramdani. Sejak menyertai Sabah pada 2021, Saddil menjadi pilihan Datuk Ong Kim Swee menjadi sebahagian daripada jentera serangan pasukan itu. Berdasarkan data terkini Transfermarkt, beliau telah merekodkan 70 penampilan, 16 gol dan 28 bantuan gol untuk skuad Badak. Kini, portal bola sepak […]

“Orang Meragukan Jurulatih Sabah, Dia Sangat Genius & Luar Biasa”

Penyokong kini mula meragukan kemampuan jurulatih Sabah FC namun pemain sayap sensasi, Saddil Ramdani melabelnya genius dan luar biasa. Perkongsian ini dibuat dalam satu sesi audio siar Stef It Up berkenaan kemampuan pasukan The Rhinos ketika ini. Semuanya bermula apabila Sabah tunduk dengan agregat 8-0 di tangan Terengganu FC pada aksi suku akhir Piala FA […]

Saddil Ramdani Kerja Lebih Keras, Motivasi Bertambah Lawan JDT

Pemain sayap Sabah FC, Saddil Ramdani mengakui lebih bermotivasi apabila beraksi menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Sejak mula beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) pada 2019 bersama Sri Pahang FC, pemain sayap berusia 25 tahun itu merasai pengalaman pertama menentang pasukan gergasi selatan tanah air itu. Dan selepas kembali berkelana ke Malaysia […]

Saddil Ramdani & Darren Lok Tidak Akan Beraksi Menentang JDT

Sabah bakal kehilangan khidmat dua tonggak utama menjelang aksi penting kempen Liga Super 2024 bertemu JDT. Pemain sayap Indonesia, Saddil Ramdani dan penyerang sensasi kebangsaan Darren Lok tidak dapat diturunkan ekoran kecederaan yang dialami. Perkara itu disahkan pengendali Sabah, Ong Kim Swee yang menyatakan bahawa kedua-dua pemain ini belum pulih sepenuhnya untuk diturunkan. Ong Kim […]

Tular Aksi Lincah Saddil Ramdani Atasi 5 Pemain Selangor Di Indonesia

Tular aksi lincah pemain sayap Sabah FC, Saddil Ramdani yang berjaya mengucar-kacirkan 5 pemain Selangor di Indonesia. Pemain berusia 25 tahun itu diturunkan pada babak kedua permainan selepas The Rhinos ketinggalan dua gol pada babak pertama. Kemasukannya jelas memberi masalah kepada anak didik Nidzam Jamil apabila berdepan kekangan untuk mengawal kelincahannya. Gerakan lincah Saddil pada […]

Jordi Amat Jadi Pilihan Shin Tae-yong, Saddil Ramdani Tercicir Lagi

Dua pemain yang berpangkalan di Malaysia, Jordi Amat dan Saddil Ramdani mendapat nasib berbeza untuk panggilan menyertai skuad kebangsaan Indonesia. Saddil terpaksa menelan kepahitan kerana sekali lagi disisihkan oleh jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong. Sementara Amat pula terus mendapat kepercayaan jurulatih Korea Selatan itu. Ini bukan kali pertama bekas pemain sayap Sri Pahang FC itu tidak […]

Ong Kim Swee: Saddil Mampu Beraksi Di Peringkat Lebih Tinggi

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee percaya pemain sayap Indonesia, Saddil Ramdani mampu beraksi di peringkat lebih tinggi dan tidak hanya di Asia Tenggara. Sejak menyertai skuad Badak pada tahun 2021, Saddil sudah menjadi antara tonggak utama pasukan itu dalam semua kejohanan termasuk Piala AFC musim 2023/24. Buktinya, Saddil merekodkan 66 penampilan, 15 gol […]

Sabah Hilang Khidmat Saddil Ramdani Saat Akhir

Tonggak utama Sabah FC, Saddil Ramdani memberikan rasa cemas kepada pasukan menjelang sepak mula musim 2024/25. Pemain berusia 26 tahun itu memasuki musim ke-4 bersama The Rhinos dan menjadi tunjang utama di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee. Pemain kebangsaan Indonesia ini bagaimanapun memiliki rekod kecederaan yang kurang baik sejak musim lalu dan terpaksa diketepikan […]

8 Pemain Import Pilih Berjuang Dengan Sabah

Seramai 8 orang pemain Malaysia telah memilih untuk berjuang dengan Sabah menjelang sepak mula musim baharu. Pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee mempamerkan persembahan yang diharapkan apabila mengakhiri cabaran Liga Super 2023 di tangga ketiga. Sungguhpun The Rhinos menghadapi pelbagai kekangan pada akhir musim lalu, sebahagian besar pemain kekal memberi kepercayaan untuk bersama pasukan musim […]