Irfan Fazail Sudah Tiba Di Sabah, Apek Dan Baddrol Bakal Menyusul?

Pemain Johor Darul Ta’zim II, Muhammad Irfan Fazail hari ini dikhabarkan sudah tiba di Kota Kinabalu, Sabah. Bekas kapten Harimau Muda A ini merupakan pemain yang dikaitkan untuk membarisi skuad Ong Kim Swee pada musim hadapan. Perkara ini telah dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di laman Twitter miliknya. Ketibaan Irfan Fazail di Sabah […]

Ong Kim Swee: Kalau Kita Ada Maruah, Kita Keluar Dan Lawan

Menerusi satu perkongsian di Instagram rasmi Sabah FC, Ong Kim Swee dilihat sedang memberikan kata-kata motivasi buat pasukannya ketika menentang JDT tempoh hari. Ketika itu, Sabah FC sedang mengharungi perlawanan kelima bagi saingan Piala Malaysia 2021. Bekas jurulatih skuad muda negara itu menyeru kepada anak buahnya agar beraksi bermati-matian biarpun berdepan dengan lawan sukar. Beliau […]

Jiwa Rozaimi Rahman ‘Tertinggal’ Di Sabah, Bakal Kembali Ke Semenanjung

Bekas pemain pasukan Sabah, Johor Darul Ta’zim dan Kedah Darul Aman, Rozaimi Abdul Rahman kembali ke semenanjung selepas berehat panjang dari sebarang aksi bola sepak ketika bersama pasukan Kedah Darul Aman. Pemain kelahiran Bongawan, Papar, Sabah ini sebelum ini mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak lebih awal bersama Kedah Darul Aman untuk pulang ke Sabah. […]

Ramuan Ong Kim Swee Menjadi, Sabah Kini Di Suku Akhir

Pasukan Sabah FC mempamerkan aksi yang luar biasa apabila mencipta kejutan dengan menewaskan PJ City 1-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu muncul sebagai Naib Juara Kumpulan D bagi saingan Piala Malaysia 2021.  Jaringan tunggal disempurnakan oleh kapten pasukan Sabah FC, Risto Mitrevksi nyata merencatkan rencana PJ City yang […]

“Tiada Lagi Rahsia, Ini Antara Punca Saya Dipaksa Keluar Dari Sabah FC” – Bekas CEO Sabah FC, Datuk Verdon Bahanda

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan bekas CEO Sabah FC, Datuk Verdon Bahanda, beliau mendakwa kenyataan dikeluarkan Borneo Today bukan lagi ‘rahsia’. Malah, Datuk Verdon Bahanda turut mendakwa senarai salah laku kelab berkenaan yang dikeluarkan Borneo Today adalah antara punca beliau dipaksa ‘keluar’ dari pengurusan Sabah FC. “Tiada lagi rahsia! Antara perkara yang menyebabkan ramai yang tidak […]

Sabah FC Nafi Tuduhan Sebuah Portal, Cabar Tampil Berikan Bukti

Sabah FC menafikan laporan dikeluarkan oleh sebuah portal, Borneo Today dengan tajuk “Siasat Salah Laku & Pecah Amanah Dalam Sabah FC“. Menerusi satu kenyataan rasmi pasukan Liga Super berkenaan, kenyataan daripada Borneo Today dipandang serius dan tuduhan tersebut adalah tidak benar. “Tiada isu berkenaan ‘mark-up’ seperti dilaporkan Borneo Today. Sabah FC membayar RM30,000 untuk tujuan […]

Murad Musayev Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Sabah FC

Sabah FC kini melantik ketua jurulatih baharu dari Rusia, Murad Musayev sebagai langkah pantas mengatasi masalah semasa kelab berkenaan yang kini menduduki tangga terbawah liga. Jurulatih berumur 37 tahun itu sebelum ini mengemudi kelab Rusia, Krasnodar pada musim 2018 hingga 2021 dan akan memulakan sesi pertama bersama Sabah FC minggu hadapan. Murad Musayev sebelum ini […]

Panenka Tak Menjadi Safawi Rasid Warnai Kemenangan Johor Darul Ta’zim

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid mencuri perhatian peminat-peminat bola sepak tanah air dengan aksi beliau dalam mengambil sepakan penalti. Aksi Safawi itu ternyata mengundang pelbagai reaksi sesiapa yang menonton. JDT dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-89 selepas hantaran yang cuba dilakukan Akhyar Rashid terkena tangan pertahanan Sabah. Pada ketika itu JDT sudah mendahului […]

Penyokong Sabah Sambut Baik Keberanian Ong Kim Swee Pertaruh Pemain Muda

Pengendali baru Sabah FC, Ong Kim Swee telah sah secara rasmi mengambil alih tampuk kejurulatihan pasukan itu kelmarin. Kehadiran OKS telah mendapat respon dan sambutan baik seluruh peminat serta penyokong pasukan negeri di bawah bayu itu. Dalam satu hantaran di Facebook Group Sabah Supporters Club (SSC), ramai dalam kalangan penyokong yang meluahkan rasa teruja dan […]

Umur Hanya Sebuah Angka, Amri Yahyah Buktikan Beliau Pemain Serba Boleh

Penyerang veteran Sabah FC, Amri Yahyah sekali lagi mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan apabila beliau diturunkan diposisi tengah dalam perlawanan Piala Malaysia menentang Kelantan FC tempoh hari walaupun Amri adalah seorang penyerang. Sebelum ini Amri turut menjadi tumpuan ramai ekoran beraksi dalam kesemua perlawanan Liga Super walaupun sudah berusia 40 tahun. Amri yahyah bermain […]

Piala Malaysia: Sabah Hampir Dimalukan Kelantan Di Kota Bharu

Kelantan FC turun bertemu dengan Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV dalam perlawanan kedua Kumpulan D Piala Malaysia 2021. Kelantan FC bagaimanapun terikat 2-2 dengan Sabah FC sekali gus kedua-dua pasukan masih mencari kemenangan pertama dalam peringkat kumpulan Piala Malaysia 2021. Kelantan FC turun dengan formasi 4-2-3-1 dengan menurunkan Ismail Ibrahim sebagai penyerang utama […]

Kemunculan Thanabalan Beri Sinar Baharu Buat Sabah FC

Keputusan pengendali baharu pasukan Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee untuk membariskan gandingan baharu bagi mengetuai jentera serangan pasukan dilihat sebagai satu keputusan yang tepat apabila berjaya mencuri 1 mata di gelanggang lawan. Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya Petaling Jaya itu memperlihatkan kedua-dua pasukan bermotivasi tinggi untuk meraih keputusan yang positif. Sungguhpun begitu, […]

FIFA Anggap Gol Park Tae-su Dalam Saingan Piala Malaysia Berkelas Dunia

Badan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini telah memuat naik satu ciapan di laman sosial rasmi mereka mengenai satu jaringan luar biasa yang mewarnai pertembungan antara PJ CIty FC menentang pasukan Sabah FC. Menurut satu ciapan yang dimuat naik oleh FIFA di akaun twitternya, gol tersebut dianggap sebagai satu gol yang sangat menakjubkan telah […]

Piala Malaysia: Jaringan ‘Gila’ Park Tae-su dan Darren Lok Hiasi Pertembungan PJ City-Sabah

Dalam perlawanan pertama kumpulan D Piala Malaysia hari ini, pertemuan melibatkan pasukan Lembah Klang, PJ City dan Sabah FC berakhir dengan keputusan seri, dengan keputusan 1-1. Pasukan tuan rumah membariskan kesebelasan terbaiknya dengan penjaga gol utama, Kalamullah Al-Hafiz menggalas tugas untuk mengemudi gawang gol sambil barisan pertahanan seperti Mohammad Raffi, Kannan, Kogileswaran dan juga Kugan […]

Kredibiliti Ong Kim Swee Bersama Sabah FC Bakal Teruji, Janjikan Kelainan Taktikal

MakanBola.com, Petaling Jaya, 27 Sept – Kempen Piala Malaysia kali ini pastinya menjadi medan terawal bagi jurulatih baharu Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menguji pemain-pemainnya beraksi dengan taktikal yang beliau terapkan. Sabah FC selaku pasukan pelawat akan turun menentang PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di Kelana Jaya, malam ini. […]

Ong Kim Swee Bertegas Tidak Mahu Ada “Jarak” Antara Pemain Junior dan Senior

Pengumuman peletakan jawatan pengarah teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee telah membawa perkhabaran baharu bahawa beliau memilih untuk menjadi jurulatih baharu Sabah FC susulan prestasi yang kurang memuaskan menjelang penghujung saingan Liga Super ini. Pengalaman berada di dalam organisasi FAM selama lebih 13 tahun selain diberi tugas membimbing pelbagai lapisan pasukan termasuklah skuad senior negara […]