Liga Super: Kelantan Jadi Santapan Moreh Sabah

Momentum kemenangan 3-0 yang dicatat ke atas Manjung City dalam pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA gagal diteruskan Kelantan. Ini selepas anak-anak buah Frank Bernhardt itu tumpas 6-1 kepada Sabah di Stadium Likas hari ini. Sebaik sepak mula, Sabah menjaringkan gol seawal minit keempat menerusi Daniel Ting. Daniel mudah menyempurnakan hantaran pemain import Korea Selatan, […]

Piala FA: Sabah Mudah Atasi Kelantan United

Sabah berjaya mara ke suku akhir Piala FA selepas mengalahkan Kelantan United 2-0 dalam perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik di Stadium Likas hari ini. Bagaimanapun, ketumpulan jentera serangan Badak pasti akan meresahkan jurulatih mereka, Datuk Ong Kim Swee. Separuh masa pertama menyaksikan tuan rumah tidak menunggu lama membuka jaringan menerusi kapten Baddrol Bakhtiar pada minit […]

Ong Kim Swee Akui Sukar Buat Sabah Beraksi Di Tempat Lawan Berturut-Turut

Selepas saingan Liga Super bersambung semula pada 31 Mac lalu, Sabah mengharungi tiga perlawanan di tempat lawan dengan hasilnya ialah dua kekalahan dan satu seri. Dan bagi jurulatih skuad Badak, Datuk Ong Kim Swee, hal ini memberi kesukaran kepada anak-anak buahnya. Dua kekalahan yang direkodkan ialah kekalahan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan KL City. […]

Liga Super: Sabah Terus Kemarau Kemenangan, Diikat Negeri Sembilan

Hasrat Sabah untuk bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut tidak kesampaian hari ini. Ini selepas anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee sekadar seri 1-1 dengan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Separuh masa pertama menyaksikan skuad Badak mendapat beberapa peluang keemasan mendahului tuan rumah. Badrol Bakhtiar melakukan sepakan kencang dari luar kotak penalti pada […]

“Saya Perlu Rebut Peluang Demi Masa Depan” – Azri Ghani

Dengan kecederaan yang menimpa penjaga gol utama KL City, Kevin Ray Mendoza, ini membuka peluang buat penjaga gol Azri Ghani untuk merebut kedudukan tersebut. Dengan merebut peluang yang ada, dia mahu membuktikan bahawa dia mampu menjadi penjaga gol utama City Boys pada masa hadapan. Dan malam tadi, Azri menunjukkan kemampuannya dengan memastikan gawang KL City […]

Liga Super: KL City Lakar Kejutan Tewaskan Sabah

Pasukan KL City berjaya meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Super 2023 selepas menewaskan Sabah hari ini. Anak buah kendalian Bojan Hodak tampak selesa beraksi di laman sendiri apabila mencatatkan kemenangan bergaya 2-0 mengatasi Sabah. Aksi separuh masa pertama bermula dengan kedua-dua pasukan mencari rentak permainan. Sabah yang banyak menggerakkan permainan daripada sebelah sayap kanan […]

Bojan Hodak Resah Dengan Keadaan Pemain KL City

Menjelang perlawanan Liga Super KL City menentang Sabah malam ini, masalah kecederaan yang menimpa City Boys masih belum reda. Dan ini memeningkan kepala jurulatih mereka, Bojan Hodak untuk merencana kesebelasan utama terbaik menentang skuad Badak. Antara pemain yang dilaporkan masih belum cergas ialah Kevin Ray Mendoza, Akram Mahinan, Zhafri Yahya, Patrick Reichelt dan Matko Zirdum. […]

“Pemain Sabah Terlalu Takut” – Ong Kim Swee

Kekalahan 4-0 Sabah kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) nyata mengecewakan jurulatih mereka, Datuk Ong Kim Swee. Ini kerana sebarang pelan yang dirangka untuk mengekang mereka semasa perlawanan terus binasa. Berdasarkan pemerhatian bekas jurulatih skuad kebangsaan itu, beliau mendapati anak-anak buahnya takut memegang bola terlalu lama kerana bimbang dengan tekanan yang dibawa pemain-pemain JDT. Akibatnya, ini […]

Tano Solari Lihat Persembahan JDT Sempurna

Selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Sabah, ia bukan saja mengekalkan JDT di tampuk pendahulu liga. Malah, jurulatih mereka Esteban ‘Tano’ Solari menyifatkan persembahan yang ditampilkan Harimau Selatan sebagai sempurna. Ini kerana walaupun Sabah mengamalkan pendekatan bertahan, pasukan pelawat berjaya dibolosi menerusi Arif Aiman (minit ke-20) dan Juan Muniz (minit […]

Liga Super: JDT Berpesta Gol Benam Sabah

Johor Darul Ta’zim meneruskan rentak kemenangan dalam aksi minggu perlawanan ke-6 Liga Super 2023 selepas berjaya membenam Sabah 4-0. Kemenangan ini juga memberikan JDT mata maksimum sebanyak 18 mata selepas memenangi kesemua 6 perlawanan awal liga. JDT membuka pintu jaringan pada minit ke-20 menerusi satu serangan balas disudahkan cantik Arif Aiman yang berjaya memperdaya beberapa […]

Info Siaran Langsung JDT vs Sabah | Liga Super 2023

Perlawanan tumpuan Liga Super ke-6 menyaksikan pertembungan antara dua seteru utama, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sabah FC yang kini dalam misi meraih 3 mata. The Rhinos turun sudah tentu mahu meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super dengan mengekalkan rekod tanpa tewas musim ini. Namun begitu, mereka perlu berhadapan dengan JDT kini gah memimpin […]

Piala MFL: JDT II Kecewa Diikat Sabah

Walaupun diperkuat beberapa pemain yang membantu skuad B-22 negara menjulang Piala Merlion, itu masih tidak mencukupi untuk membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) II diikat Sabah 1-1 dalam perlawanan Kumpulan A Piala MFL. Sebaik sepak mula, Harimau Selatan mula mencari peluang untuk menembusi gawang Sabah. Dan hasilnya, JDT mendahului pada minit ke-15 menerusi penyerang kelahiran Sarawak, […]

Lima Pemain Harimau Malaya Jadi Sandaran Ong Kim Swee

Dengan perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berlangsung esok, jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee sedar bukan mudah bagi anak-anak buahnya meraih kemenangan. Atas sebab itu, beliau berharap lima pemain Badak yang baru pulang dari tugasan pasukan kebangsaan dapat merealisasikan matlamat tersebut. Lima pemain yang dimaksudkan ialah penjaga gol Damien Lim, duo pertahanan Dominic […]

Dominic Tan: Ong Kim Swee Bantu Saya Jadi Lebih Baik

Bukan senang untuk Dominic Tan mengisi slot bek tengah Harimau Malaya lebih-lebih lagi dengan saingan ramai pemain di posisi berkenaan. Dan bagi bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, dia tidak akan berada di sini tanpa bimbingan dan bantuan jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee. Selepas menyertai skuad Badak dari Police Tero pada musim 2022, […]

Ong Kim Swee Teruja Kim Pan-Gon Nampak Potensi Pemain Sabah

Beberapa hari lepas, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 27 pemain yang dipanggil menyertai skuad senior kebangsaan. Daripada 27 pemain, lima daripadanya merupakan pemain Sabah – satu fakta yang membanggakan jurulatih mereka, Datuk Ong Kim Swee. Lima pemain tersebut ialah penjaga gol Damien Lim, duo pertahanan Daniel Ting dan Dominic Tan, pemain tengah Stuart […]

Penyokong Sabah Hadiahkan Sambutan Hari Jadi Luar Biasa Buat Dominic Tan

Tonggak pertahanan tengah Sabah FC, Dominic Tan semakin disayangi di sana apabila para penyokong memberi sambutan hari jadi luar biasa buatnya. Pemain berusia 26 tahun itu pulang ke Malaysia setelah berkelana di Thailand bersama Police Tero jelas berada dalam kelas tersendiri setelah membantu pasukan layak ke pentas Asia musim ini. Bekas pemain Johor Darul Ta’zim […]