3 Pasukan Liga Super Sedia Rampas Slot Ke Asia

Tatkala saingan Liga Super 2023 menghampiri ke penghujungnya, saingan sengit bagi merebut posisi ke Asia masih belum dimuktamadkan. Kedudukan tempat ke-2 Liga Super ketika ini dipimpin oleh Selangor FC yang dilihat berupaya untuk menamat saingan pada posisi tersebut. Walau bagaimanapun, tumpuan terarah kepada beberapa pasukan yang dijangka mampu memberi kejutan untuk merampas slot tersebut. Pada […]
Sabah FC Jalin Kerjasama Dengan Royal Brunei Airlines

Menjelang aksi jelajah Sabah FC di Brunei pada September ini, pengurusan kelab telah mengumumkan nama sebuah firma korporat ulung sebagai penaja jelajah. Hari ini, pengurusan skuad Badak mengumumkan Royal Brunei Airlines sebagai penaja rasmi jelajah mereka di negara itu dari 5 hingga 7 September ini. “Sabah FC dengan bangganya mengumumkan Royal Brunei Airlines sebagai penaja […]
AFC Cup: Bagaimana Malaysia ‘Hantar’ Terengganu & Sabah Ke Asia

Aksi tumpuan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) melibatkan dua wakil Malaysia, Terengganu FC dan Sabah FC terus menjadi bualan. Seperti yang sedia maklum, terdapat tiga wakil Malaysia untuk membawa cabaran ke Asia iaitu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Liga Juara-Juara AFC (ACL) manakala Terengganu dan Sabah di Piala AFC. Ketiga-tiga pasukan ini […]
Liga Super: Sabah Mudah Benam Cabaran Negeri Sembilan

Sabah berjaya mengutip 3 mata berharga apabila mudah membenam cabaran Negeri Sembilan dengan jaringan 3-1 di stadium Likas. Sabah yang sedang mencari semula rentak kemenangan berjaya mengalahkan Negeri Sembilan setelah 2 kali kalah dan 3 kali menang dalam 5 perlawanan terakhir Liga Super. Ramon Machado membuka jaringan untuk Sabah seawal minit ke-13 perlawanan. Ramon Machado […]
Sistem VAR Bakal Digunakan Di Stadium Likas

Dengan Sabah FC sah berada dalam Kumpulan H Piala AFC 2023/2024, tiga lawan mereka dijangka beraksi di Stadium Likas yang berwajah baru termasuk dilengkapi dengan sistem Penolong Pengadil Video (VAR). Ini kerana proses penaiktarafan dan penambahbaikan stadium berkenaan kini berada di peringkat akhir dan dijangka siap sebelum 15 September ini. Perkara ini disahkan oleh Menteri […]
Penyokong Sabah Jumpa ‘Ramuan’ Kejayaan Ong Kim Swee

Prestasi semasa pasukan Sabah di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee terus mendapat pujian ramai peminat skuad The Rhinos. Rata-rata penyokong berpuas hati dengan kemenjadian skuad yang bakal beraksi di pentas Piala AFC yang mana perlawanan pertama Sabah berdepan Hougang United telah dijadualkan pada 21 September kelak. Sabah kini berada dalam prestasi terbaik dan menjadi […]
AFC Cup 23/24: Terengganu Berdepan Gergasi Australia, Sabah Diuji Kelab Indonesia

Dua wakil Malaysia ke pentas Piala AFC, Terengganu dan Sabah FC sudah pun mengetahui lawan mereka di pentas berprestij tersebut. Kejohanan yang memasuki edisi ke-19 itu menyaksikan penyertaan 36 kelab dari 5 zon AFC yang berbeza mengambil bahagian. Terengganu FC dan Sabah FC layak ke pentas AFC setelah muncul naib juara dan tempat ke-3 Liga […]
Sabah Berpeluang Lawan Brunei

Sabah FC terus sibuk mengatur persiapan mengharungi Piala AFC 2023-2024 dengan menerima jemputan aksi persahabatan dengan pasukan kebangsaan Brunei. Perkara ini diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) dalam satu hantaran di media sosial rasmi mereka semalam. Hal ini turut dilaporkan oleh ASEAN Football hari ini. Perlawanan tersebut dijangka diadakan pada 6 September 2023 […]
Rames Lai Cipta Rekod Baharu Piala Malaysia

Pemain veteran Kuching City, Rames Lai Ban Huat kini mencipta rekod baharu dalam kejohanan Piala Malaysia apabila muncul selaku penjaring tertua Piala Malaysia 2023. Rames Lai yang kini berusia 43 tahun telah menjaringkan gol sewaktu bertemu Sabah dalam aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia. Tandukan beliau berjaya menewaskan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat […]
Piala Malaysia: Sabah Lepasi Halangan Kuching City, Layak Ke Suku Akhir

Sabah FC memastikan kemaraan mereka ke suku akhir Piala Malaysia 2023 dengan mengalahkan Kuching City FC secara agregat 3-1 dalam aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik di Stadium Likas hari ini. Selepas tunduk 3-0 pada aksi pertama, Il Gatto yang dibimbing jurulatih baru Aidil Sharin Sahak mahu bangkit dalam satu lagi aksi derby Borneo itu. […]
Amri Yahyah Buat Hal Lagi, ‘Terciduk’ Semasa Sesi Latihan

Pemain veteran Sabah FC, Amri Yahyah kembali menjadi bualan ramai selepas gelagatnya ketika sesi latihan kembali mencuri tumpuan. Bekas bintang Selangor FC itu sedang menjalani latihan bersama The Rhinos sebagai persiapan bagi aksi Piala Malaysia. Beliau dilihat sedang mengasah ketajaman penyudahnya dengan melakukan drilling menjaringkan gol. Menerusi klip yang dikongsikan oleh beliau, gelagat yang mencuri […]
Kelab Malaysia Berpeluang Sertai AFC Challenge Cup

Kelab-kelab Malaysia kini berpeluang mengintai satu lagi slot kelayakan ke peringkat Asia. Ini selepas AFC memperkenalkan kejohanan baru yang bakal bermula pada musim 2024-2025 iaitu AFC Challenge Cup (ACC). AFC dalam satu kenyataan melihat ini sebagai usaha reformasi bagi mewujudkan persekitaran komersial yang lebih menguntungkan buat ahli-ahli badan induk bola sepak Asia itu. Selain ACC, […]
“Semangat Juang Tinggi Pendorong Kemenangan Sabah” – Ong Kim Swee

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee melihat semangat juang yang tinggi sebagai kunci kemenangan skuad Badak ke atas finalis Piala FA 2023, KL City FC semalam. Bekas pengendali Harimau Malaya itu mengakui anak-anak buahnya agak keletihan selepas beraksi dalam tiga perlawanan dalam tempoh seminggu. Ini termasuk kekalahan 5-1 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) […]
Liga Super: Sabah Hukum KL City Pada Saat Akhir

Aksi Liga Super LS20 diteruskan melibatkan pertembungan antara Sabah menentang pasukan KL City yang berakhir dengan keputusan 3-2. Babak separuh masa pertama memperlihatkan kedua-dua pasukan gagal mencatat sebarang jaringan. Serangan trio KL City menerusi Saravanan, Haqimi Azim dan Romel Morales beberapa kali mencemaskan penyokong-penyokong skuad The Rhinos. Bagaimanapun ketangkasan penjaga gol Sabah, Damien Lim memastikan […]
Amri Yahyah Tenangkan Amarah Penyokong Sabah

Gelagat yang dipamerkan oleh pemain veteran Sabah FC, Amri Yahyah untuk menenangkan sebahagian penyokong pasukan mencuri perhatian ramai. Pemain berusia 42 tahun itu dapat mengesan amukan penyokong setia The Rhinos yang kelihatan tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak buah Ong Kim Swee. Beraksi di laman sendiri, Sabah gagal menfaatkan lautan penyokong yang […]
Penyokong Sabah Meninggal Dunia Di Stadium Likas

Seorang penyokong Sabah FC tidak sedarkan diri semasa menonton perlawanan Liga Super membabitkan pasukan itu dan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC semalam dilaporkan telah meninggal dunia. Mangsa, Addly Elly bin Mily, rebah semasa penyokong skuad Badak meraikan gol awal Jafri Firdaus Chew pada minit ke-13. Sebaik menyedari apa yang berlaku, penyokong segera memberi bantuan kecemasan […]