“Saya Tak Mahu Pemain Saya Diganggu” – Ong Kim Swee

Sabah FC akan meneruskan saingan Piala AFC untuk bertemu pasukan dari Indonesia, PSM Makassar pada esok (13 Disember) di Stadium Likas. Biarpun sudah layak ke peringkat kalah mati zon Asia Tenggara, namun ianya bukanlah tiket buat Sabah untuk memandang enteng perlawanan terakhir kumpulan H ini. Bagi jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee, beliau mahu anak-anak […]
Sasaran Awal Ong Kim Swee Di Asia Tercapai

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee gembira kerana berjaya mencapai sasaran awal dalam saingan Piala AFC musim 2023-2024. Selepas mengetahui skuad Badak berada dalam Kumpulan H bersama PSM Makassar, Hai Phong dan Hougang United, Kim Swee sentiasa melihat pasukan itu mampu melepasi peringkat kumpulan. Dengan sasaran itu sudah tercapai, ini memberi ruang kepada bekas […]
Liga Super: Sabah Tamatkan Tentangan Hebat Perak

Sabah FC melebarkan siri kemenangan mereka kepada lima kemenangan dalam semua kejohanan apabila menewaskan Perak FC 1-0 hari ini. Skuad Badak berharap dapat meneruskan momentum cemerlang selepas layak ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC. Sementara skuad Seladang pula mahu bangkit selepas dibelasah Selangor FC 4-0 dalam aksi Liga Super pada musim lepas. Menyedari kekuatan […]
Darren Lok Pintas Dua Peledak Kelab Australia

Penyerang Sabah FC, Darren Lok sungguh berbisa di pentas Asia sehingga berjaya memintas dua peledak gol dari saingan A-League! Ini dibuktikan menerusi kedudukan terkini penjaring gol terbanyak Piala AFC musim 2023-2024. Shintaro Shimazu menerajui carta tersebut dengan tujuh gol untuk Phnom Penh Crown. Menariknya, Darren berkongsi kedudukan kedua dengan penyerang Central Coast Mariners, Marco Tulio […]
“Ketika Bertahan Dia Akan Tekan, Sama Macam Safee Sali” – Razman Roslan

Kualiti yang dimiliki oleh penyerang utama Sabah FC, Darren Lok meraih perhatian bekas pertahanan kebangsaan, Razman Roslan. Penyerang berusia 32 tahun itu mencatat satu lagi jaringan untuk membantu The Rhinos layak ke peringkat separuh akhir Piala AFC antara zon Asean. Bintang kelahiran England-Malaysia ini terus diberi kepercayaan untuk memacu cabaran pasukan dan kini menjadi antara […]
Darren Lok Teruja Dapat Banggakan Nama Malaysia Di Asia

Penyerang Sabah FC, Darren Lok berbangga dapat mengharumkan nama Malaysia setelah membantu Sabah mencatatkan kemenangan ke atas Hougang United sekaligus melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Menurut laporan Astro Arena, pemain berusia 32 tahun itu berkata ianya satu pencapaian bermakna untuk layak ke peringkat seterusnya walaupun mempunyai satu perlawanan lagi yang harus ditempuh dan berharap mereka […]
Sabah Sahkan Kemaraan Ke Separuh Akhir Zon ASEAN

Sabah FC menghela nafas lega kerana berjaya layak ke peringkat separuh akhir zon ASEAN Piala AFC musim 2023-2024. Kejayaan itu diraih selepas skuad Badak membelasah kelab Singapore Premier League (SPL), Hougang United 4-1 di Stadium Jalan Besar hari ini. Gol oleh Darren Lok dan Ramon Machado serta dua gol sendiri Hougang memastikan skuad Badak meraih […]
Piala AFC: Sabah Gah Bantai Hougang United

Sabah FC meneruskan aksi cemerlang mereka di pentas asia apabila berjaya menumbangkan wakil Singapura, Hougang United dalam saingan Kumpulan F Piala AFC sebentar tadi. Sabah yang menurunkan barisan terkuat mereka memulakan perlawanan dengan momentum menyerang yang bertali arus. Selepas beberapa percubaan Sabah tidak menemui jaring lawan, Sabah akhirnya berjaya di hadapan pada minit ke-16 melalui […]
Jurulatih Terengganu Gusar Pertahanan Utama ‘Hilang’

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mengakui kehilangan beberapa pertahanan utama telah merencatkan aksi Terengganu berdepan Sabah. Namun jurulatih itu tetap mengucapkan tahniah kepada Sabah atas kemenangan di Gong Badak walaupun kecewa pasukannya tewas. “Tahniah kepada Sabah, mereka telah musnahkan kita (Terengganu FC). Dalam mana-mana segmen bola sepak, dari minit pertama hinggalah rehat separuh masa, mereka […]
Tomislav Steinbruckner Anggap Hujan Ganggu Persiapan Terengganu

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memberitahu bahawa beliau sudah meramalkan pasukannya akan berdepan Sabah sungguhpun beraksi di laman sendiri. Pertembungan dua Malaysia di Asia itu dikejutkan dengan aksi yang cukup mencabar buat tuan rumah apabila The Rhinos tampil garang untuk meledak tiga gol pada babak pertama. Pasukan pelawat kelihatan cukup bersedia untuk memafaatkan keadaan […]
Liga Super: Sabah Bedil Terengganu 4-0

Aksi di Stadium Sultan Zainal Mizan Abidin berakhir dengan kemenangan memihak kepada pasukan pelawat apabila Sabah mengutip tiga mata selepas mengatasi Terengganu dalam saingan Liga Super 2023. Pemain import Sabah, Ramon Machado memecah kebuntuan seawal minit keenam permainan selepas menyempurnakan hantaran lintang Rizal Ghazali dengan satu sepakan gunting cantik menggegar jaring. Pada minit ke-29 permainan, […]
Kecergasan Dua Bintang Utama Sabah Membimbangkan

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui resah dengan tahap kecergasan dua bintang utama mereka, Dominic Tan dan Stuart Wilkin. Mereka merupakan sebahagian daripada Harimau Malaya yang mencipta kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan baru-baru ini. Begitupun, kedua-duanya dilaporkan mengalami kecederaan semasa menjalani tugas skuad kebangsaan. Justeru, tahap kecergasan Dominic dan Stuart akan dinilai […]
Angel Alfredo Vera Bakal Tinggalkan Kelantan

Kelantan FC bakal menjadi pasukan terbaru yang terpaksa melupakan khidmat jurulatih mereka untuk baki kempen Liga Super. Ini selepas ketua jurulatih skuad Kijang dari Argentina, Angel Alfredo Vera bakal meninggalkan pasukan itu tidak lama lagi. Perkara ini dinyatakan sendiri beliau dalam sidang media pasca-perlawanan Kelantan-Sabah FC semalam. “Kemungkinan saya bisa keluar (pada) minggu hadapan. Saya […]
Liga Super: Sabah Berpesta Gol Tewaskan Kelantan

Satu perlawanan tertunda Liga Super telah berlangsung malam ini iaitu di antara Kelantan FC dan Sabah FC. Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium UITM Shah Alam itu menyaksikan Sabah menang besar 7-0 ke atas Kelantan. Aksi dimulakan dengan Sabah berjaya menguasai perlawanan namun tiada percubaan merbahaya dapat dihasilkan mereka untuk tempoh 20 minit pertama. Jafri Firdaus […]
Kelantan Terpaksa Ubah Venue Ke Shah Alam

Pasukan Liga Super Kelantan FC terpaksa ubah venue bagi aksi Liga Super bertemu Sabah FC yang dijadualkan pada 20 November ini. Ini kerana Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang menjadi venue utama buat Kelantan tidak boleh digunakan pada tarikh tersebut disebabkan kerana Perbadanan Stadium Darul Makmur Akan menganjurkan kejohanan sukan antara Stadium Se Malaysia(SUKAS) Negeri Pahang […]
Minggu Gemilang Tiga Wakil Malaysia Di Asia

Minggu ini mungkin boleh dikatakan sebagai minggu gemilang bola sepak Malaysia apabila menyaksikan tiga kelab Liga Super Malaysia mencatatkan kemenangan berharga di pentas asia. Minggu gemilang bola sepak Malaysia dimulakan dengan kemenangan berharga juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menwaskan juara Liga K1 Korea, Ulsan Hyundai dengan keputusan 2-1 pada aksi Liga […]